Tidak dinafikan ramai yang mengkagumi keperibadian pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah yang trending dengan drama Sweet Dreams. Ramai mahu menjadikan dirinya sebagai idola dek kerana personalitinya yang jarang dilanda gosip panas.
Malah Mira juga sangat aktif berkongsi apa jua maklumat atau info berguna di media sosial sama ada twitter atau Instagram.
Baru-baru ini ada warga net yang tweet padanya bagaimana untuk mengatasi masalah depresi. Mira yang mempunyai follower di twitter hampir 200K memberitahu cara terbaik dan cadangan untuk mengatasi masalah depresi atau kemurungan ini.
Walaupun bukan kepakarannya untuk bercakap mengenai soal itu (depresi), tetapi pelakon cantik ini memberi cadangan apa yang boleh dilakukan. Mira mencadangkan seseorag itu mengatasinya dengan mengambil wuduk dan kemudian bersolat.
Ads
Bercakap pada Allah apa masalah yang menganggu. Apa yang membuatkan diri seseorang itu sedih minta padaNya untuk memaaafkan diri dan minta diberikan kekuatan.
Ads
Mira turut menyuruh mengerjakan solat sunat banyak-banyak dan juga melakukan solat tabut serta hajat.
Menurutnya lagi seseorang yang melakukan amalan ini insa-Allah akan merasa lega berdepan masalah berkenaan. Cadangan dari Mira ini turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Mana mungkin pasangan berkahwin tidak berhajat mendapatkan zuriat. Sudah tentu mereka inginkan cahayamata sebagai penyeri rumahtangga selain menjadi pewaris harta yang ditinggalkan kelak.
Namun rezeki dikurniakan anak itu berbeza-beza antara satu sama lain. Ini semua perancangan Allah. Tugas kita adalah berusaha ke arah itu dan berdoa serta tawakal. Terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan oleh para pasangan suami isteri.
Kita ikuti penjelasan ustaz Azhar Idrus mengenai amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh pasangan yang inginkan zuriat.
Kawan saya sudah berumah tangga selama 12 tahun tetapi belum mendapat zuriat dan telah menjalani beberapi kali rawatan di klinik pakar untuk mendapatkan zuriat. Bolehkah ustaz kongsikan apa-apa doa atau amalan untuk mendapatkan zuriat?
Antara doa yang elok diamalkan setiap kali selesai solat fardhu dan sunat ialah membaca :
“Wahai Tuhanku janganlah kiranya Engkau biarkan aku sendirian tanpa keturunan dan Engkaulah sebaik-baik orang-orang yang mewarisi.”
“Wahai Tuhanku kurniakanlah bagiku dari sisi Mu zuriat yang baik. Sungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar akan permintaan.”
2.Banyakkan Bersedekah Dan Istighfar
Antara amalan yang boleh meringankan kesusahan atau penyakit ialah membanyakkan sedekah dan istighfar.Kesukaran mendapatkan zuriat adalah termasuk orang yang berada dalam kesusahan.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a. Rasulullah ﷺ bersabda :
دَاوُوا مَرضاكُمْبِالصَّدقةِ
Ertinya : “Rawatlah kamu sekalian akan segala penyakit yang ada pada kamu dengan bersedekah.” (Hadith di dalam kitab Sahih Al-Jami’ & Ad-Dailami)
Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata telah datang seorang lelaki mengadu kepada Nabi ﷺ dan berkata :
“Tiada direzeki akan aku ini anak sama sekali dan aku tidak ada zuriat lalu bersabda Rasulullah : Engkau hendaklah perbanyakkan istighfar dan banyakkan bersedekah nescaya direzeki akan kamu dengan sebab keduanya. Maka lelaki itu pun membanyakkan sedekah dan beristighfar. Berkata Jabir : Kemudian lelaki itu telah dikurniakan seramai sembilan orang anak lelaki.” (Riwayat Abu Hanifah di dalam Musnadnya)
Telah berkata Syeikh A’idh Al-Qarni :
Ertinya : “Dan setengah dari kisah yang sangat elok berlaku pada setengah orang yang menderita sakit tidak mendapat anak dan sungguhnya dia telah berubat dengan pelbagai ubat sehingga lemah para doktor untuk merawatinya.
Kemudian dia bertanyakan ulama maka kata ulama : Hendaklah kamu banyakkan istighfar pada waktu pagi dan petang maka sesungguhnya Allah telah berkata tentang orang yang banyak beristighfar bahawa Allah akan mengurniakan kepada mereka harta dan anak-anak. Lalu lelaki itu mengamalkan istighfar maka Allah telah mengurniakannya zuriat yang baik.” (Al-Kalimu At-Tayyib)
KESIMPULAN Orang yang belum mendapat zuriat hendaklah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.Antara usahanya ialah mendapatkan rawatan dengan pakar-pakar kesihatan yang berkaitan dan melazimkan pula selalu berdoa dan memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan selalu beristighfar kepada Allah.
Hendaklah sentiasa menaruh harapan bahawa Allah pasti akan mengurniakannya zuriat kerana Allah itu adalah apa yang disangkakan oleh hamba-Nya.
Segalanya pasti atas izin dari-Nya. Kun fa yakun (jadi, maka jadilah ia).
Hari ini media sosial melaporkan enam tahanan berjaya melarikan diri dari dari penjara Gilboa yang dianggap terketat di dunia milik Israel. Ia dianggap sebagai insiden “mencemar maruah” Isreal hingga berita ini cuba dipadamkan dari berita mereka.
Malah satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin, Nadir Al Nuri turut berkongsi berita ini di instagramnya @nadialnuri dan meminta umat Islam terus berdoa untuk kesejahteraan enam rakyat Palestin ini yang diketahui sejak dulu lagi ditindas dan tidak diberikan perbicaraan yang adil.
Tulis Nadir Al-Nuri:-
6 orang tahanan Palestin dalam penjara penjajah ‘Jalbu’ berjaya melarikan diri melalui sebuah lubang yang digali di dalam bilik air.
Berita awal mengatakan mereka mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut. Mereka juga dikatakan telah berjaya sampai ke Jenin dan kegiatan mencari mereka sangat sukar memandangkan Jenin adalah kawasan diduduki penduduk Palestin dan terkenal dengan sikap berani bangkit.
Sehingga kini jejak mereka masih belum dapat dikesan. Jangan lupa solat sunat hajat untuk pastikan mereka terus selamat dan banyakkan membaca
وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
Semoga Allah menjadikan engkau duhai penjajah tidak melihat!
Dalam pada itu, Sinar Harian memaklumkan, tahap kawalan keselamatan yang lemah disyaki menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel pada Isnin.
Lapor The Jerusalem Post, siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal melakukan pemeriksaan rutin sehingga memberi peluang kepada semua tahanan terbabit menggali lubang di sel mereka dalam usaha meloloskan diri.
Malah, pihak penjara gagal menghidu rancangan awal tahanan terbabit yang sebelum itu membuat permohonan untuk ditempatkan dalam sel yang sama.
Siasatan lanjut juga mendapati, pelan rekaan Penjara Gilboa dapat diakses dengan mudah di internet, namun sejak insiden itu laman web berkenaan telah ditutup.
Sementara itu portal berita Ynet melaporkan, kehilangan keenam-enam tahanan terbabit hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas mereka bertindak meloloskan diri.
Difahamkan, tahanan terbabit meloloskan diri sekitar jam 1.30 pagi (waktu tempatan).
Terdahulu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omar Bar Lev berkata Penjara Gilboa dibina di atas tanah berpasir menjadikan kerja-kerja menggali lubang lebih mudah.
Pegawai penjara meneliti lubang yang dikorek di tandas sel yang menempatkan keenam-enam tahanan warga Palestin terbabit.
Dalam insiden yang memalukan sistem penjara Israel pada Isnin, enam warga Palestin yang dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak dulu lagi, kita sering mendengar orang tua melarang pernikahan dengan sepupu sendiri. Alasannya kalau berkahwin nanti anak dilahirkan cacat serta banyak lagi alasan diberikan khususnya bab zuriat.
Satu perkongsian di Tik Tok, @dinanur2397 berkongsi dirinya berkahwin dengan sepupu sendiri di mana ayahnya dan ibu mentuanya adalah adik beradik. Dirinya kini berada dalam fasa bahagia dan menyulam cinta dengan izin Allah selepas diijabkabulkan baru-baru ini.
Tulisnya, “suamiku sepupuku” membuktikan cinta selepas berkahwin amat bahagia dan pasangan ini mengharapkan kehadiran cahayamata secepat mungkin.
Menariknya walau ada ikatan sepupu, namun mereka amat jarang bertemu kerana masing-masing merantau jauh menuntut ilmu bahkan suaminya juga lulusan dari Universiti Al Azhar, Mesir.
Jelas Dina yang kini berusia 24 tahun, jarak usianya dan suami berbeza enam tahun. Kebanyakan keluarga besar mereka merantau keluar dari kampung untuk menimba ilmu agama di seluruh tempat sebaik habis sekolah rendah.
Dirinya sendiri belajar hingga ke Bogor Jawa Barat dan menetap di sana selama tujuh tahun dan suami berkelana di bumi Mesir selama 11 tahun.
“Walau sepupu, pertemuan pertama kami berlangsung pada tahun 2017 dan pertemuan kedua pada 2021 di saat pernikahan kami berlangsung,” katanya memaklumkan baru lapan bulan mendirikan rumahtangga.
Di saat ramai tertanya-tanya bolehkah menikahi sepupu sendiri di dalam hukum islam perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Di dalam firman Allah SWT yang menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang membawa maksud:
“Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”