Perginya dalam keadaan tragis. Ditangisi ramai kerana masing-masing memanjatkan doa agar dirinya dapat diselamatkan selepas terjatuh ke dalam telaga kosong sedalam 32 meter di di kampung Ighran iaitu sebuah kawasan pergunungan.
Usaha menyelamatkannya dilakukan 24 jam bagi memastikan tubuh kecil ini dapat diselamatkan. Namun Allah lebih sayang kerana selepas lima minit diselamatkan (ada mengatakannya 20 minit), dirinya disahkan meninggal dunia sekaligus membuatkan ramai menangis. Meninggalkan ibu bapanya dalam kepiluan yang masing-masing mengharapkan dirinya membesar sihat.
Usaha menyelamatkannya berakhir dengan kesedihan apabila anak kecil ini hanya sempat hidup lima minit selepas diselamatkanRatusan orang menghadiri majlis pengkebumiannya.Kerandanya dibalut dengan kain hijau. Berehatlah anak syurga!
Tidak saja saat dirinya ditemui tetapi semalam, anak kecil ini, Rayan Awram sekali lagi menjadi tumpuan apabila ratusan orang menghadiri pengkebumiannya.
Ads
Beratus-ratus berdiri untuk berkabung di tanah perkuburan di bukit terpencil di wilayah Chefchaouen utara yang terletak beberapa kilometer dari lokasi kemalangan ketika seorang imam membacakan doa selepas jenazahnya dikebumikan.
Keranda kecil kanak-kanak lelaki itu dibalut dengan kain hijau.
Ads
Kematiannya dimuliakan sebagaimana ramai berusaha menyelamatkannya namun berakhir dengan kesedihan
.
Ads
Pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI turut mengucapkan takziah kepada ibu dan bapa Rayan berikutan kematiannya.
Berehatlah anak syurga, masukilah mana-mana pintu syurga seperti mana nama diberi ibu bapamu (Rayan bermaksud pintu syurga) kerana sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik buatmu. Agensi / AFP
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Kebersihan sebahagian daripada iman.’ Tiada larangan dalam islam menyapu sampah pada waktu malam seperti yang dimomokkan oleh kebanyakan orang.
Ramai yang percaya bahawa menyapu sampah pada waktu malam akan membawa kesusahan dan kesempitan dalam hidup. Ternyata ia hanya sekadar kepercayaan bukannya larangan dalam agama Islam.
Ikuti penerangan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang isu menyapu sampah di malam hari akan membawa kepada kemiskinan.
Benarkah menyapu rumah pada malam hari membawa kepada kemiskinan? Sebabnya saya pada waktu siang, saya bekerja, jadinya waktu malam sahaja masa yang ada untuk mengemas rumah. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Secara umumnya tidak ada larangan dalam Islam untuk menyapu dan membersihkan rumah pada waktu malam.
Bahkan sebaliknya kita dituntut untuk menjaga kebersihan rumah dan tempat tinggal kita pada bila-bila masa.
Hal ini kerana Islam sangat prihatin terhadap soal menjaga kebersihan dan bersuci. Ini kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri orang beriman.
Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abu Malik al-Asy‘ari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Maksudnya: “Bersuci itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri keimanan.”
Riwayat Muslim (223)
Begitu juga terdapat hadith lain yang menggalakkan atau menggesa untuk membersihkan rumah-rumah, dan ia jelas disebut sebagai salah satu ciri orang Mukmin dan meninggalkannya pula adalah salah satu ciri orang Yahudi.
Terdapat riwayat daripada Sa‘ad bin Abu Waqqas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu baik dan mencintai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, mulia dan mencintai kemuliaan, pemurah dan menyukai kedermawanan. Oleh itu, bersihkanlah halaman rumahmu dan janganlah menyerupai orang Yahudi.”
Riwayat al-Tirmizi (2799) dan beliau menilainya sebagai gharib kerana di dalamnya terdapat perawi bernama Khalid bin Ilyas dan dia dinilai sebagai dha’if.
Syu‘aib al-Arna’ut pula menyatakan dalam Takhrij Zad al-Ma‘ad (4/256), di dalamnya terdapat perawi bernama Khalid bin Ilyas dan dinyatakan dalam al-Taqrib, matruk al-hadith (orang yang ditinggalkan hadithnya).
Bahkan Dr. Muhammad ‘Abd al-Sami‘, Mudir Idarah al-Furu‘ al-Fiqhiyyah dan Ahli Jawatankuasa Fatwa di Dar al-Ifta’ ketika ditanya mengenai adakah menyapu rumah pada waktu malam membawa kepada kefakiran?
Beliau menyebutkan bahawa dibolehkan untuk membersihkan rumah pada waktu malam dan tidak ada apa-apa akibat dalam melakukan hal tersebut, serta hukumnya tidak haram sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian orang.
Beliau menambah lagi dalam jawapannya itu, begitulah juga halnya membersihkan kawasan perniagaan pada waktu malam. Hal ini kerana tidak ada dalam agama apa-apa yang melarang daripada melakukannya dalam apa jua keadaan.
Kami berpendapat selama mana ia kotor dan ada kemampuan oleh tuan rumah atau amah, maka boleh dibersihkan siang ataupun malam.
Kami melihat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dibersihkan siang dan malam begitu juga hotel-hotel. Tiada nas yang sahih lagi sarih yang melarang untuk menyapu rumah sama ada malam, siang, pagi dan petang.
Pepatah Arab menyebut:
النَّظَافَةُ مِنَ الَايْمَانِ
Maksudnya: “Kebersihan sebahagian daripada iman.”
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Kashoorga: Umum mengetahui bahawa orang-orang tua dahulu banyak kiasan, jadi barangkali mungkin mereka hanya berpesan agar anak-anak mengemas rumah di siang hari melakukan pekerjaan lain.
Semalam menjadi hari paling sedih buat seluruh warga kerja di Sinar Harian, apabila Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.30 pagi.
Kehilangan beliau bukan saja ditangisi seluruh warga kerja syarikat penerbitan itu, tetapi juga alumni dan juga rakan wartawan yang mengenali beliau.
Datuk Abdul Jalil yang juga dianggap veteran dalam dunia kewartawanan ini berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan.
Beliau juga turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Selain itu beliau juga turut menjadi Profesor Adjung di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Siapa saja yang tidak terhibur dengan setiap baik tulisannya baik dalam kolum di beberapa majalah seperti Seri Dewi & Keluarga, Pesona Pengantin dan juga dalam buku antaranya berjodol Asam Garam, Gula & Kopi.
Tulisannya cukup dekat di hati peminat setianya berana mempunyai unsur jenaka yang turut diselitkan beberapa nasihat berguna.
Menurut isteri kesayangan beliau, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan, Jumaat malam lalu mereka sempat mengadakan kenduri tahlil di surat berdekatan kediaman untuk mendoakan kesihatan suami.
Waktu itu sudan nampak diri suami yang sangat lemah. Malah waktu dipakaikan baju dan dibawa keluar ke laman juga perasan matanya sudan tidak bersinar, kelabu dan kelam.
“Dalam jam 2 pagi dia kata panas. Minta dipasangan kipas. Saya tanya sakit perut ke? Katanya ok. Dalam 3.15 pagi, dia nampak resah.
“Waktu itu saya pasangkan selawat tafrijiyyah dan saya pun berselawat sama untuknya. Sambil urut, pegang tangannya,” ceritanya ketika ditemubual Sinar Harian di kediamannya.
Selawat dipasang terhenti apabila mengangkat telefon yang disambung dan sampailah jam 4.45 pagi.
Dalam masa sama isteri berkata-kata, terdengar Allahyarham menyebut Allah, dan itulah perkataan terakhir dari arwah.
Waktu itu segera isteri bingkas bangun memeluk suaminya. Dan selepas suami mendengus dua kali, nafasnya terhenti.
Ketika inilah baru ahli keluarga memanggil ambulan untuk bantuan kecemasan. Namun Allah lebih menyayangi arwah dan seluruh ahli keluarga reda tengan kehilangan insan tersayang.
Setelah melalui pelbagai proses, akhirnya jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di sini pada jam 12.40 Tengah malam tadi.
Suasana di tanah perkuburan diselubungi pilu apabila sebahagian besar daripada lebih 100 yang hadir ialah kakitangan serta alumni Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) yang amat merasai pemergian veteran wartawan itu.
Pengebumian turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah merangkap Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Allahyarham yang menghidap penyakit buah pinggang meninggalkan seorang balu, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan dan empat orang anak serta seorang cucu.
Sesungguhnya kehilangan beliau tiada penggantinya terutama dalam dunia kewartawan. Marilah kita sama-sama mendoakan agar tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman.
Memang ada individu yang lebih selesa hidup membujang. Bukan mereka tidak mahu berkahwin namun hal ke arah itu masih tidak berlaku.
Ada yang berkata selesa hidup sendiri kerana ada pekerjaan dan ada aset yang mereka kumpulkan sejak mula bekerja. Sama ada memang benar-benar selesa hidup sendiri ataupun hanya sekadar manis di mulut untuk menyedapkan hati sendiri, wallahualam.
Bagi wanita, sudah pasti ada rasa malu untuk memulakan perkenalan yang menjurus ke arah perkahwinan. Bimbang dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Bimbang juga dikata pergi mencari timba. Lantas segalanya dipendamkan. Cuma berani berkawan-kawan biasa. Jika ada perkenalan yang membawa ke arah perkahwinan, alhamdulillah. Kalau tak ada pun, terserah.
Jika mahu minta keluarga carikan jodoh, bimbang pula hati tidak berkenan. Walaupun lewat bertemu jodoh, namun diri sendiri tetap ada taste. Tidak mahu main tangkap muat, orang kata, asal ada suami.
Bagi lelaki pula, barangkali keadaan kewangan mengekang mereka daripada meminang anak dara orang. Kerja tidak seberapa. Tidak berani hendak buka mulut untuk berkahwin. Kos membuat majlis boleh tahan juga pada hari ini. Lantas, daripada malu orang tahu tak ada duit, maka lebih baik membujang.
Bertuahlah bagi lelaki yang bertemu dengan ibu bapa wanita yang boleh berlebih kurang. Buat majlis seringkas boleh kerana mahu memudahkan proses perkahwinan. Perkara paling penting ialah akad nikah. Majlis menguar-uarkan pernikahan anak buatlah ringkas sahaja.
Justeru, apakah faktor yang menjadikan jodoh itu berat bagi seseorang?
Di sinilah kita berbalik kepada soal jodoh yang masih dalam lingkungan rahsia ALLAH. Orang yang sudah berkahwin pun tidak pasti sampai bilakah pasangan mereka kekal sebagai jodohnya.
Antara faktor berat jodoh atau liat jodoh ialah:
1) Malas Usaha
Jodoh perlu diusahakan. Misalnya mencari jodoh melalui internet dengan berwaspada, mempersiapkan diri dengan penampilan sedap mata memandang supaya jodoh mudah mendekat, berjumpa ahli agama untuk berubat membersihkan ‘dalaman’ diri, rajin pergi reunion dengan harapan untuk berjumpa bakal jodoh. Anda tidak boleh hanya duduk di rumah dan berharap ada jodoh yang datang tanpa anda usaha ke arahnya. Ya, memang jodoh itu rezeki namun anda perlu berusaha.
2) Tidak Berdoa
Doa itu senjata orang Islam. Berdoalah kepada ALLAH. Mintalah pada DIA. Kalau solat pun anda malas, apatah lagi berdoa. Lengkapkanlah diri dengan agama dan dekatkan diri dengan ALLAH.
3) Terlalu Cerewet Memilih
Apabila anda cerewet dalam soal pemilihan jodoh, tidak mustahil jodoh jadi berat. Liat jodoh hendak datang kepada anda. Hendak yang begitu, hendak yang begini. Tidak mahu yang begini, tidak mahu yang begitu.
4) Kriteria Terlalu Tinggi
Anda menetapkan kriteria yang terlalu tinggi misalnya mahu si dia yang tampan, kerjaya hebat dan hendaklah sudah mempunyai rumah serta kereta. Jika terlalu tinggi, maka semakin ketatlah syarat untuk anda bertemu jodoh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...