La ilaha illallah wahdahu la syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahua ‘ala kulli syai’in qodiir (dibaca 100 kali setiap mahu tidur)
“Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Viral di media sosial apabila admin fb Cikgu Fadli Salleh berkongsi mengenai luahan seorang ibu yang anaknya belajar di tahun satu tak dibenarkan bawa bekal air ke sekolah di bulan Ramadan ini.
Dalam perkongsiannya Minmin menulis :-
Ni zalim namanya. Tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Budak usia 6-9 tahun perintah wajib belum jatuh atas mereka untuk buat amal ibadah termasuk puasa.
Mewajibkan anak-anak sebesar ini puasa, paksa mereka jangan makan jangan minum, tidak membenarkan mereka bawa air dan bekal bagi yang jelas tak puasa adalah tindakan yang tidak betul.
Benda tak betul kena tegur dan betulkan. Ada parent mendakwa ia adalah peraturan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Betul ke? Harap KPM respon. Ni isu semasa yang perlu respon segera.
Karang ada budak pitam, budak pengsan, budak gastrik asbab hal ini, siapa nak bertanggungjawab? Tolong jangan menzalimi anak-anak belum baligh. Jika ada anak-anak mampu dan larat untuk puasa penuh, tahniah. Boleh teruskan. Namun jika ada anak-anak tak mampu, usah dipaksa-paksa pula.
Kadang aku sedikit pelik, bab puasa dipaksa sungguh-sungguh. Bab solat tidak ditekankan. Terbalik tu. Kata seorang guru aku, “Orang puasa belum tentu solat. Namun orang yang menjaga solat dah tentu takkan meninggalkan puasa”.Begitulah.
– Minmin (admin Cg Fadli) –
Dan dari perkongsian ini ia mendapat respon pelbagai dari ibu bapa yang ada bersetuju dan ada berkongsi pendapat.Dalam pada itu, tentu ibu bapa millenial mahu tahu berapa usia sebenarnya mendidik anak-anak berpuasa. Ikuti penjelasan dari Unit Buhuth, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu di atas.
Pada umur berapakah seorang kanak-kanak itu perlu didik supaya berpuasa?
Jawapan:-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Puasa dan kanak-kanak
Para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadith yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh. Saidina Ali bin Abi Tolib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras. Sunan Abi Dawud (4402)
Namun, jika seorang kanak-kanak yang telah mumayyiz itu berpuasa, maka hukumnya adalah sah. Kata Imam al-Qalyubi:-
Maksudnya: (Dan salah satu syarat sah puasa itu) ialah beraqal, dalam erti kata tamyiz, iaitu mampu membezakan antara baik dan buruk; maka sah puasa seorang kanak-kanak yang sudah mumayyiz. (Rujuk Hasyiyata al-Qalyubi wa ‘Umairah 2/76)
Timbul pula persoalan, pada umur berapakah seorang kanak-kanak itu perlu diajar dan dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari dan Syeikh Dr. Muhammad Hassan Hito, ibu bapa atau wali perlu menyuruh kanak-kanak untuk berpuasa seawal umur tujuh tahun, dan mendidiknya dengan ‘pukulan kecil’ yang tidak menyakitkan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia engggan. Hal ini diqiyaskan dengan hadith suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik). Sunan Abi Dawud (494) (Rujuk Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din, hlm. 38 dan Fiqh al-Siyam hlm. 23)
Namun, ibu bapa atau wali hendaklah memastikan puasa itu tidak menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak tersebut, dan menilai sejauh mana kemampuan mereka untuk meneruskan puasa.
Kesimpulan
Tuntasnya kami nyatakan bahawa ibu bapa atau wali perlu mengajar dan menyuruh anak-anak supaya berpuasa seawal umur tujuh tahun, dan mendidik dengan pukulan yang ringan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia enggan. Hukum ini diqiyaskan dengan hadith mendidik anak-anak untuk solat yang dinyatakan di atas.
Wallahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pisang, tanaman yang banyak didapati di negara kita. Ada pelbagai jenis pisang seperti pisang emas, embun, montel, nangka, rastali dan lain lagi. Harga buah ini juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat.
Dari sudut kesihatan, pisang sangat baik dimakan. Bukan saja sebagai pencuci mulut malah ia baik untuk pencernaan makanan selain membantu untuk mendapatkan kecantikan secara semulajadi.
Buah pisang kaya dengan kaya dengan vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium di mana pisang terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi.
Sebiji pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Malah didapati dengan hanya pengambilan dua biji pisang sahaja, atlet akan mendapat energi dengan segera. Bukan saja dapat memberikan tenaga tapi juga tubuh tetap fit.
Masa yang sama, buah pisang mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Malah dengan mengamalkan makan pisang ia dapat mencegah gangguan jantung dan pembuluh darah. Bahkan pisang turut berkhasiat untuk menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual selain mampu mencegah depresi dan mengubati imsomnia.
Mungkin tanpa kita sedar, pisang sebenarnya adalah makanan penghuni syurga. Dalam surah Al-Waqiah ayat 29 dinyatakan,
وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ
Ertinya :- Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya).
Dalam surah Al-Waqiah yang bermaksud Surah Hari Kiamat, ada di nyatakan bahawa akan terjadi hari Kiamat. Kejadian (kiamat) ini merendahkann satu golongan dan meninggikan satu golongan lain.
Golongan kanan sangat beruntung di mana mereka akan masuk syurga berbanding golongan kiri yang akan masuk neraka (ada dinyatakan di Padang Masyhar nanti kalau kita menerima kitab amalan di tangan kanan maka kita akan masuk syurga dan jika kita menerima kitab amalan di tangan kiri, maka nerakalah tempatnya).
Malah diceritakan betapa beruntungnya golongan kanan yang mana akan dilayan oleh bidadari dan percakapan mereka juga baik-baik.
Makanan mereka juga mewah tidak seperti di dunia ini.
Surah Al-Waqiah ayat 27- 33 menyatakan,
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”(Al-Waqiah : 27-33)
Jadi kalau mahu rasa makanan syurga, makanlah buah pisang mulai hari ini dan bayangkan makanan inilah kita akan makan di syurga Allah kelak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Turning point ketika jalankan umrah kedua, saya sebenarnya orang yang jahil.’ Shamsul Ghau Ghau kongsi momen berhijrah yang dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain.
Benarlah bukan mudah untuk kita berubah, apatah lagi bergelar seorang artis dan dikenali ramai. Namun apa yang dilakukan Shamsul di saat awal penghijrahannya amat membuka mata semua orang.
Bila Allah menjentik hati dan perasaan seseorang, itu tandanya Allah sayangkan hamba-Nya. Benarlah hidayah itu milik Allah SWT.
Sebelum ini, tular sebuah video pelakon Shamsul Ghau Ghau berkongsi detik permulaannya untuk berhijrah dan istiqamah ketika menyampaikan ceramah di sebuah majlis ilmu.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu menyatakan penghijrahannya bermula sewaktu dirinya menjalani ibadah umrah yang kedua, di Tanah Suci Mekah.
Menerusi video itu juga, Shamsul mengakui dirinya begitu jahil sehingga terjadinya beberapa perkara yang membuatnya muhasabah diri dan kembali ke jalan yang benar.
“Turning point dia bermula apabila saya melakukan umrah yang kedua. Saya ini orang yang jahil dan fakir. Sampai sekarang pun saya jahil dan tak banyak ilmu. Saya ikut orang Makkatul Mukaramah.
“Nak sembahyang solat sunat, saya tak tahu solat sunat apa. Nak tawaf sunat pun kita penat. Jadi saya ambil yang paling simple tengok dapat pahala, tengok kaabah.
“Saya duduk dekat atas tangga itu sambil tengok kaabah. Dapat dua puluh rahmat saya pandang kaabah. Tanpa disedari, Allah persoalkan dalam kepala saya macam-macam perkara berkenaan akhirat,” katanya.
Malah, Shamsul juga menyatakan di saat dia sedang menikmati keindahan kaabah, seorang anak kecil datang duduk disebelahnya dan membaca Al-Quran dengan lancar.
Tambahnya, ketika itu dia mula sedar bahawa dia sudah lupa cara untuk mengaji dan wujud rasa malu, sekali gus membuatnya nekad untuk memohon beberapa hajat yang diimpikan ketika itu.
“Di saat air mata mula turun tanpa henti saya minta kepada Allah agar diampunkan dosa, minta agar diberikan keizinan untuk berkahwin, dikurniakan anak yang soleh dan solehah, ada rumah dekat dengan masjid dan dianugerahkan kembali pandai mengaji seperti dulu,” katanya.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.