Serangan wabak virus koronavirus tidak mengenal siapa. Tidak kira golongan kanak-kanak, muda ataupun orang tua berpotensi untuk terkena wabak pandemik ini.
Salah seorang yang turut terkena adalah Pendakwah Bebas juga pelakon PU Riz yang telah disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam panas tiga hari lalu.
Menurutnya, perkara ini disahkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut PU Riz, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.
Menurutnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah dan hanya keluar rumah untuk membeli barangan keperluan sahaja.
Tetapi tambahnya lagi, dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Seri Petaling Kuala Lumpur sebelum masjid ditutup kerana penyebaran wabak berkenaan.
Rumahnya memang betul-betul berhadapan dengan masjid berkenaan dan kerap solat di situ sebelum ia ditutup.
Sebelum inipun dia ada berkongsi berita sedih apabila bapa saudaranya juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di hospital.
SUMBER: HARIAN METRO & MSTAR
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Terpisah Selama Lima Jam, Beg Ditoreh Dan DiHalau Di Airport Antara Pengalaman Suami Isteri Ini Ketika Bercuti
Tidak dapat dinafikan suami isteri yang bercuti bersama akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam rumah tangga. Dalam setahun luangkan beberapa kali masa untuk bercuti bersama. Bagi blogger Bella Idura aktiviti bercuti bersama suaminya, Mohd Firdaus bukan sahaja memberikan satu pengalaman baru buat dia dan suaminya tetapi juga dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.
Percutian bersama mengeratkan hubungan suami isteri apabila kami berkerjasama dan berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kerana percutian kami selama ini tidak pernah melalui mana-mana travel agency. Semuanya diaturkan sendiri. Selalunya saya yang akan menyusun itinerary dan bajet, suami pula akan lebih berusaha bila sampai di destinasi untuk mengikut itinerary dan menyusun masa bila tiba disana. Dengan kerjasama ini, kebanyakan destinasi kami di luar negara akan berjaya mengikut itinerary yang disusun.
PENGALAMAN MENDEBARKAN
Sepanjang bercuti bersama, banyak kali juga alami pengalaman yang mendebarkan antaranya hampir terlepas flight ke Krabi dan Hongkong. Semasa di Singapura kami terpisah selama lebih lima jam ketika mahu menaiki kereta api laju. Suami sempat menaiki kereta api tetapi Bella tidak sempat dan menyebabkan Bella tertinggal dengan hanya kamera di tangan. Suami merayau-rayau mencari Bella di semua stesen sehinggakan ditangkap polis Singapura. Akhirnya polis tersebut membantu suami mencari Bella dengan membuat pengumuman di semua stesen.
Sesat bersama ketika menaiki bot di Bangkok! Kami berada di dalam bot sehingga malam dan penjaga tiket bot tersebut sangat kurang ajar dan menghalau kami kerana ia adalah perjalanan bot yang terakhir. Pemandu bot berhentikan kami di satu kawasan yang sangat sunyi seperti kuil. Nasib kami baik kerana pemandu bot tersebut sangat baik telah menghubungi bot lain yang melalui kawasan kami untuk menumpangkan kami ke stesen keretapi terdekat.
Beg kami ditoreh semasa di airport Macau kerana ada losyen di dalamnya, walaupun losyen itu kurang dari 100 ml. Tidak setakat itu, kami tidak ke kaunter “verification id” kerana Bella kurang mengkaji tentang sistem imigresen di Macau, menyebabkan kami hampir dihalau oleh imigeresen Macau. Sedangkan waktu itu kapal terbang hanya 100 meter di depan kami! Sekali lagi kami bernasib baik kerana pekerja AirAsia bersama-sama merayu supaya melepaskan kami masuk. Agak mengecewakan kerana sebelum kami ke kaunter yang terakhir kami terpaksa melalui 4 kaunter imigresen yang lain tetapi tidak seorang pun menahan kami menyebabkan kami rasa ia ok. Setelah melalui semua ini, kami lebih berhati-hati dan menjadikan ia pengajaran untuk perjalanan yang akan datang.
PENGALAMAN LUCU
Pengalaman lucu ialah ketika mencari jalan untuk ke sesuatu tempat. Kami akan bertengkar untuk menentukan langkah perjalanan kami seterusnya walaupun ada peta ditangan. Tapi bila kami sampai ke destinasi yang kami nak tuju, kami akan ketawa mengingatkan siapa yang betul dan siapa yang salah.
TIP PASANGAN SUAMI ISTERI YANG INGIN BERCUTI BERSAMA
*Buatlah tempahan tiket penerbangan awal untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah kerana ia akan menjimatkan banyak kos percutiaan kita.
*Pastikan itinerary disusun mengikut kesesuaian kita bukan amazing race untuk sampai ke semua tempat.
*Pastikan bajet cukup sehingga hari terakhir perjalanan.
*Kaji tahap keselamatan, cuaca, budaya, mata wang yang digunakan, tempat makanan halal dan belajar sedikit bahasa sebelum sampai ke sebuah negara baru.
*Persetujuaan bersama amat penting. Jadi berbincanglah untuk membuat apa sahaja keputusan bagi memastikan perjalanan kita lebih seronok dan bermakna.
Sumber: Bella Idura
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Walaupun Gaji Kecik Mampu Kumpul Duit Cecah Ribuan Ringgit, Gadis Ini Kongsi Cara Menabung Konsisten & Berbaloi
Tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru. Bagaimana dengan sistem kewangan anda, sudah mencukupi atau masih biasa-biasa saja.
Jika sebelum ini asyik boros berbelanja, apa kata tanam azam tahun pada 2020 ini dengan mengumpul duit simpanan untuk lebih disiplin dan sistematik.
Memanglah terasa lambat untuk menggunakannya memalui kaedah menyimpan ini, tetapi siapa tahu hujung tahun depan anda boleh merancang pergi bercuti bersama teman-teman.
Ramai yang turut beri alasan gaji kecik agak sukar untuk menyimpan. Tetapi sebenarnya ada cara yang boleh kita praktikkan untuk menyimpan
wang walaupun bergaji kecil.
Seperti perkongsian wanita ini, Haryani Salim di laman twitter yang berjaya membuat simpanan mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
1 – Tengok kemampuan utk letak dalam tabung sehari berapa. Hari hari mesti letak. Nak semnagat ajak kawan/partner
Kalau you mampu 1hari rm50 you can continue rm50 sampai 31/12. Kalau mampu rm1 letak rm1. Yg pasti, letak jumlah yg tkmembebankan. So that you can simpan dgn aman
2- Bila dah dapat berapa mampu utk bayar sehari. Beli buku. Tulis tarikh dari 1/1 – 31/12 utk elak diri kita dripda tk masuk duit dalam tabung dalam sehari. Bila dh masuk duit, tandaaa ! So that, you takkan ade satu hari pun yg tkmenabung.
3- Beli tabung yg tkboleh buka! Penting! Ini untuk mengelakkan tgn kita yg gatal nk amik duit dlm tabung haha. Beli dkt kedai rm2 ke diy ke ade je jual. Beli yg murah sbb hujung tahun tabung tu nak pecah jgk.
4- Selain duit kertas yg hari2 kita masukkan tu, you boleh simpan duit syiling rm50sen jgk. Jgn campur dgn syiling lain. If sebalang 50sen mampu penuh kan. Tktipu paling sikid boleh dpt 500rm. Guna balang cekelat mcm dkt kedai kalau tkmmpu beli tabung besar yg tkleh buka tu.
If you study, you can letak duit mana mampu utk setiap sem baru you tu. If skrg sem 4. Masuk sem baru tu 3/1 start 3/1 you dah letak duit dlm tabung sampai lah hbs sem tu. Tuh utk side saving hehe. Bt tmbh tmbh
Next, simpan duit syiling . Jgn guna duit syiling. Setahun you guys boleh dpt rm90-100 dlm tgn even tkde 50sen sekali pun. Beli tbung kecik ke bekas kecik ke haa boleh.
Macam i, i do with my partner. So hujung tahun dedua kaya sekejap hahahah. At least dedua berduit, andai kata jodoh panjang dgn saving tu jgk lah yg dpt bantu kami nanti hehe. Kau org boleh bt dgn kwn. Reward diri kauorg hujung tahun sesama kwn dgn pergi travel.
Travel tkperlu jejauh, dlm malaysia pun okey. Sorg sikid akan kuar duit, so tkbnyak sgt guna duit kalau pergi dgn kwn kwn hehe
Macam saya, me and my partner simpan rm50sen sahaja. Hujung tahun gigih kire then tukar dkt kedai/bank. Kami pernh tiga bulan simpan rm50sen sahaja dapat dkt rm400
. Nilai yg tkdipandang ni kalau betul cara kita bt boleh jdi besar. Time ni guna bks kecik je. Tk penuh pun dh byk
2018 i and my partner guna tips ; masuk duit tiap hari, tiap bulan, dan saving syiling rm50sen and other 50sen. Alhamdullilah. However it is, you also can saving dgn masuk duit dlm tbung ikut minggu
Kalau ikut minggu, setahun ade 52minggu. Minggu pertama rm1 minggu kedua rm2 dan seterusnya. Sampai hbs minggu 52 dlm tgn kauorg akan ade rm1300+. Tknk beban. Masuk dlm tbung yg jumlah bnyk dulu seperti rm52 (utk minggu kedua) then tick dkt dlm buku.
Kalau kauorg nak saving setahun rm1000. Kauorg boleh guna minggu ini sahaja. Tkperlu saving rm50sen or rm1 sehari.
If you guys nak saving rm2000 setahun you need use rm1 sehari, minggu, dan rm50sen sebalang, sure you can gain rm2000 setahun.
Pls pls pls, sesiapa yg baru mula atau yg pernh saving tp tksampai sebulan dh guna saving, jgn guna nilai yg bnyk utk saving. Biar sikit tp consistent
Act, menabung ni kene ade niat dan panduan. You menabung utk apa? Kalau you ade guideline kenapa you menabung im swear you can consistent utk menabung. If i can share why i menabung lama dh i share but everyone have their own reasons. So do your best !
Semoga membantu utk kauorg yang baru nak mula menabung
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Banyakkan Berdoa Pada Allah Agar Diberi Kemudahan.’ Mina Tempat Menguji Kesabaran, Keimanan & Ketakwaan Jemaah Haji
‘Banyakkan berdoa pada Allah agar diberi kemudahan.’ Mina tempat menguji kesabaran, keimanan dan ketakwaan jemaah haji. Dikatakan sepanjang di Mina, kita janganlah terlalu banyak merungut, sebaliknya doa pada Allah agar dipermudahkan urusan.
Ternyata apa yang jemaah haji lalui di Mina pasti akan menjadi ingatan dan kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Ikuti perkongsian Azli Loko tentang pengalamannya bermalam di Mina sempena musim haji kali ini.
Artikel Berkaitan:
Banyakkan Berdoa Pada Allah
Mina, tempat di mana semua ‘Ismail-Ismail’ aku dilucutkan.
Alhamdulillah, banyak cerita-cerita perjalanan haji yang dikongsikan sehari dua ini.
Ini pula, cerita aku…
Ramai yang sifatkan Mina sebagai tempat ujian yang berat, yang menguji tahap kesabaran dan juga yang akhirnya menimbulkan rasa syukur dalam diri. Sesungguhnya memang betul pun…
Aku… Bila isteri bergenang air mata tanya ‘Abang, kita tak boleh ke naffar awal?
Huhu… Adoi, luluh hati aku. Khemah dia panas, isteri dan anak hanya survive makan maggie, tak lalu hendak telan apa pun. Ajak minum-minum tak hendak, sebab tak sanggup kerap-kerap beratur lama dekat toilet.
Agar Diberi Kemudahan
Lepas jumpa anak, isteri… Aku ke sana, ke sini tanya macam mana cara hendak balik ke Makkah. Jumpa jalannya, aku WhatsApp bagitahu dia kita boleh balik Makkah…
Dia reply, tak apa abang. Kita reda, apa yang Allah bagi. Kita reda, kata dia, ilmu kita tak sebanyak mana sehingga hendak decide buat kerja haji ikut cara sendiri.
Takut tersalah nanti menyesal sampai bila-bila. Allahuakbar, Allah masukkan lapang dalam hati dia, tapi Allah ajar aku ikhtiar cari yang paling baik untuk mereka.
Bila reda dan berniat untuk buat yang terbaik. Lillahitaala, Allah Ya Rahman, Ya Rahim, kirimkan nikmat satu persatu. Dihantar maggie tak putus-putus cakap saja apa flavour yang teringin.
Sebelum tidur aiskrim datang dekat khemah, mereka siap boleh pilih hendak strawberi atau vanilla. Buah pula, tak payah cakaplah melimpah ruah, anak hendak apple juice sampai satu catton dapat.
Maknya suka pineapple juice ambillah sampai tak lalu hendak minum, kemudian ada orang datang masukkan kipas-kipas dalam khemah. Allahuakbar…
Video Tetamu Haramain:
Shamsul Ghau Ghau Dalami Agama Selepas Tunai Haji Pertama – Tetamu Haramain EP 5
Mina Tempat Menguji Kesabaran
Menjelang pagi, bila jemaah naffar awal sudah beransur balik, mereka pindah masuk khemah kosong. Tunjuk gambar tilam berlapis-lapis, siap kena pakai selimut sebab sejuk sangat pula.
Mandi pun boleh berkali-kali sehari. Hendak pergi toilet pun pilih saja yang mana. Senyum-senyum bergurau dengan geng mereka sambil minum hot chocolate al-maklum sebab sejuk katanya.
Malam datang nasi Arab, sampai kena tolak sebab kenyang sangat. Alhamdulillah tabarakallah.
Pergi melontar pun boleh bergurau senda, tidak ada yang tak bahagia. Bergenang lagi air mata dia, tapi isteri cuma cakap, Alhamdullillah.
Aku fikir selama ini bila anak, isteri hendak itu dan ini, akulah yang adakan semua untuk mereka. Malah, akulah yang bagi itu, akulah yang providekan ini, akulah yang buat dia bahagia akulah yang buat dia senyum. Dan akulah, semua aku.
Keimanan & Ketakwaan
Tapi dekat sini Allah ajar aku, bukan kau yang bagi, tapi aku. Bukan kau yang buat anak isteri bahagia tapi aku, bukan kau yang ada semua kuasa tapi aku.
Kau tidak akan mampu kalau aku tak bagi kau jalannya. Sungguh kerana hanya 4 hari aku di Mina, membuat aku memohon keampunan, sungguh aku serahkan kembali semua ‘Ismail-Ismail’ yang Allah pinjamkan.
Sungguh aku mengaku aku tidak ada daya dan upaya dalam hidup dan hanya kepada-Nya aku memohon dan berlindung. Dan sungguh, Mina meninggalkan kesan paling dahsyat dalam jiwa aku sebagai hamba, melucutkan segala KEAKUAN dan aku balik dengan kesyukuran atas sekecil-kecil nikmat Allah bagi…
Jemaah Haji
Semoga segala yang aku rasa di Mina akan kekal dalam diri aku selamanya… Semoga Allah ampunkan kami, redakan dan terima segala ibadah dan izinkan kami pulang dengan haji yang mabrur.
Isteri aku kata, semoga Allah limpahi kita dengan segala Ismail yang ada tetapi hati kita tidak akan terikat dengan semua ismail2 yang dipinjamkan. Amin. Insyallah.
Baca Di Sini:
‘Allah Makbulkan Doa Saya.’ Hafiz Mahamad Sebak Dapat Hantar Mama, Abah Tunai Haji
Kashoorga: Kisah inpirasi buat kita semua. Semoga Allah makbulkan impian kita untuk ke Tanah Suci.
Sumber: Azli Loko
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI