--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--
[ramadan_schedule]
Ads

Menonton Sukan Yang Menampilkan Aurat, Apa Adab Yang Perlu Diketahui?

Setiap kali tiba musim suka, masyarakat kita ramai yang akan bersemangat untuk memberikan sokongan buat atlet kegemaran mereka. Lihat sahaja ketika Piala Dunia yang berlangsung baru-baru ini, betapa ramainya yang menyokong perlawanan akhir di Dataran Merdeka. Begitu juga ketika musim perlawanan bola sepak dan badminton.

Realitinya, terdapat beberapa acara sukan seperti gimnastik, renang atau acara balapan yang memerlukan atlet memakai pakaian ketat atas faktor teknikal dan aerodinamik. 

Sebagai penonton, kadangkala pasti kita akan berada dalam dilema, “Aku cuma nak sokong atlet Malaysia, tapi rasa bersalah pula apabila terlihat aurat mereka,”.

BACA JUGA: Boleh Buka Tudung Depan Wanita Bukan Islam? Ini Batas Aurat Muslimah Yang Perlu Dijaga

Ketika menonton sesuatu acara suka, konsepnya sama sahaja dengan menonton program televisyen lain yang memerlukan kita menjaga pandangan. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur ayat 30 dan 31 berkaitan hal ini.

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Ads

(Surah al-Nur, 24:30)

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

(Surah al-Nur, 24:31)

Ads

Sebenarnya, terdapat perbezaan antara pandangan yang tidak disengajakan ketika menonton perlawanan dan pandangan yang sengaja difokuskan atau dinikmati. Kita sebagai penonton adalah untuk memberi sokongan moral moral dan menikmati seni sukan, bukannya untuk melihat tubuh badan atlet.

Sudah semestinya, dalam menonton acara sukan pun kita harus menjaga adab sebagai seorang Muslim. Ketika perlawanan sedang berlangsung, selain daripada melihat persembahan para atlet, anda juga boleh fokus kepada papan markah yang terpapar.

Jangan sesekali tangkap layar (screenshot) dan simpan gambar atau video atlet dan elakkan ulang semula scene (babak) yang terlalu mendedahkan aurat mereka.

Ads

Sebagai netizen pula, jaga jari jemari anda daripada mengeluarkan komen-komen negatif berbentuk guraun lucah, gangguan seksual  atau kecaman melampau (body shaming) atlet di ruangan komen media sosial mereka. 

Ingat, niat menegur bukannya tiket untuk anda mengeluarkan kata-kata kesat yang memalu dan merendahkan seseorang, lebih-lebih lagi secara terbuka. 

Kesimpulannya, memberikan sokongan terhadap atlet negara sememangnya memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam diri masyarakat Malaysia.Menyokong itu tidak salah, tapi jangan sehingga lupa prinsip dan adab kita sebagai Muslim.

Kebersihan hati dan kawalan kendiri adalah benteng utama apabila berdepan dengan situasi dilema begini.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Jangan Tampar Muka Anak, Islam Melarang Perbuatan Ini

Jangan tampar muka anak kerana Islam melarang perbuatan ini. Ketahui dalil hadis, kesan fizikal dan psikologi serta cara mendidik anak dengan kasih sayang mengikut sunnah Rasulullah SAW.