bot karam

Tragedi bot terbalik, sungguh menyayat hati 49 pelajar madrasah ditemui lemas. Kejadian yang berlaku di Pakistan ini dikatakan berpunca daripada bot terbalik kerana terlebih muatan.

Seramai 51 orang termasuk 49 kanak-kanak dan remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah tasik di barat laut Pakistan, Islamabad.

Artikel Berkaitan:

‘Berhenti Sekolah Biasa, Nekad Hantar Anak Mengaji Al-Quran Bersanad.’ Bukan Mudah Buat Keputusan, Libatkan Masa Depan Anak

Tragedi Bot Terbalik

Pegawai kanan pasukan penyelamat, Khateer Ahmad mengesahkan, 49 mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu adalah pelajar sebuah madrasah yang mengadakan lawatan sehari ke tasik Tanda Dam.

Katanya, dua lagi mayat yang ditemukan ialah seorang guru dan pengendali bot berkenaan.

Sungguh Menyayat Hati

“Air empangan itu membeku kerana cuaca sejuk sekali gus menghalang misi menyelamat.

“Tetapi hari ini penyelam dapat menyelam kawasan paling dalam untuk mengeluarkan mayat mangsa lain,” katanya.

IKLAN

Jurucakap polis, Fazal Naeem mengeluarkan angka kematian membabitkan 51 orang selepas tamat misi menyelamat semalam, selain turut mengesahkan punca kemalangan itu.

“Bot itu terlebih muatan sedangkan kapasitinya cuma 20 hingga 25 orang saja.

“Lima orang berjaya diselamatkan termasuk empat pelajar dan seorang guru,” katanya kepada AFP.

49 Pelajar Madrasah

Sementara itu, mangsa terselamat, Muhammad Mustafa, 11, berkata, nasibnya baik kerana tersangkut di bawah bot selepas kemalangan.

“Badan saya kebas kerana airnya sangat sejuk.

IKLAN

“Saya fikir saya akan mati apabila seorang lelaki di atas tiub kembung menyelamatkan saya,” katanya.

Ditemui Lemas

Dalam pada itu, Muhammad Umar, yang menjual teh di tapak perkelahan yang menghadap ke destinasi pelancongan popular hujung minggu itu berkata, puluhan ibu bapa dan saudara-mara berkumpul sejak beberapa hari lalu bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai mangsa.

“Setiap kali mayat ditemukan di tempat kejadian, mereka akan pergi ke arah penyelam untuk melihat sama ada itu anak mereka dan waktu itulah kami akan mendengar mereka menjerit dan keperitan kehilangan insan tersayang.

“Seumur hidup, saya tidak pernah menyaksikan perkara ini dan ia tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata,” katanya ketika dihubungi, semalam.

IKLAN

Tasik Tanda Dam terletak kira-kira lima kilometer dari madrasah berkenaan iaitu sebuah sekolah Islam yang menawarkan pendidikan agama percuma di Kohat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Baca Di Sini:

Terima Kasih KKM Layan Anak-Anak Yatim Ini Dengan Baik. Moga Allah Rahmati Kerja Kalian, Surat Terbuka Buat Frontliner Dari Pengetua Madrasah

Kashoorga: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mereka kuat berdepan dengan ujian berat ini.

Sumber : myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI