Persoalan darah haid, istihadah atau nifas memang tidak dapat dielakkan di kalangan wanita lepas bersalin atau keguguran. Mereka biasanya akan melalui satu tempoh pendarahan atau keluar darah kotor sebagai proses pembersihan dalaman secara biologi. Maha Besar Allah, ini semua adalah satu proses menakjubkan.

Namun amat penting bagi para ibu yang lepas bersalin atau gugur dapat kenal pasti darah yang keluar itu sama ada darah haid, istihadah atau nifas.  
Islam ada menetapkan tempoh tertentu untuk klasifikasikan ia darah nifas atau sebaliknya.

Artikel berkaitan: Cara Mandi Wajib Setelah Haid, Apa Perkara Wajib  Sunat

Artikel berkaitan: Zikir Laa Ila Ha Illa Anta, Subhaanaka Innii, Kuntu Minazzolimin, Mudahkan Isteri Bersalin. Suami Pun Patut Amalkan!

Setiap wanita mempunyai ciri biologi berbeza, maka akan ada perbezaan tempoh nifas. Bagi mengelakkan kekeliruan, kita dapatkan penjelasan ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil agar tiada lagi bimbang di hati.

Keliru Status Darah Nifas, Istihadah Atau Haid? Ini Penjelasan Ustaz

Soalan:

Saya ada kemusykilan. Saya baru sahaja keguguran. Kandungan sekitar 12 minggu. Saya diberitahu oleh doktor bahawa darah yang keluar selepas keguguran mengambil masa 1 – 2 minggu.

Soalan saya adakah darah yang keluar selepas hari ke 15 dikira sebagai darah istihadah dan saya wajib untuk mandi dan menunaikan solat?

IKLAN

Atau sebaliknya. Mohon pencerahan dari ustaz sebab ramai sangat yang memberikan saya jawapan yang berbeza beza. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.

Jawapan:

Secara ringkas wanita yang keguguran hukumnya sama seperti wanita yang bersalin. Oleh itu darah yang keluar selepas keguguran dikira sebagai darah nifas.

Berikut sedikit perincian mengenai hukum hakam mengenai darah nifas menurut mazhab Syafi’ie:

Kadar minimum bagi nifas ialah satu percikan(majjah) darah yang keluar selepas bersalin walaupun sedikit.

IKLAN

Tempoh normal/kebiasaan bagi darah nifas ialah 40 hari. Manakala tempoh maksimum untuk darah nifas ialah 60 hari.

Berikut adalah beberapa permasalahan yang berkaitan dengan darah nifas:

  1. Jika darah nifas terputus kurang dari 60 hari kemudian timbul semula dalam tempoh tersebut maka ia masih dikira darah nifas.

Contohnya darah terhenti pada hari ke 45, kemudian timbul semula pada hari ke 55, maka darah yang keluar dari hari ke 55 masih dikira sebagai nifas. Namun jika masih berterusan lebih dari 60 hari ia dikira istihadah.

  1. Jika seseorang wanita terputus darah nifas dalam tempoh maksimum, namun kurang daripada 15 hari maka ia masih dikira sebagai darah nifas.

Contohnya darah nifas Siti terhenti pada hari ke 20 kemudian datang semula pada hari kemudian iaitu hari ke 31, maka ia masih dikira sebagai darah nifas.

  1. Berlainan pula jika seorang wanita terputus darah nifas selama 15 hari atau lebih, maka darah yang datang untuk kali kedua itu dikira sebagai darah haid kerana dia telah melalui tempoh penyucian haid yang minimum iaitu 15 hari.

    Contohnya apabila Siti terputus darah nifas pada hari ke 20, kemudian darah muncul          kembali selepas 15 hari iaitu hari ke 36, maka darah ini dikira sebagai darah haid bukan      lagi darah nifas.

IKLAN

Keliru Status Darah Nifas, Istihadah Atau Haid? Ini Penjelasan Ustaz

  1. Jika wanita yang mengalami pendarahan lebih dari 60 hari maka darah itu dikira sebagai darah istihadah bukan darah nifas lagi
  1. Namun setelah 60 hari darah masih keluar, jika terputus darah walaupun sehari maka darah yang kedua itu sudah dikira sebagai darah haid kerana ia sebagai pemisah antara darah istihadah dan darah haid yang baru.

Contohnya darah keluar selama 63 hari kemudian berhenti pada hari 64 dan darah muncul kembali pada hari 65 maka ia dikira bermulanya kitaran darah haid. Manakala hari 61 ke 63 ialah darah istihadah.

Jika seorang wanita setelah melahirkan anak namun tidak kelihatan darah nifas yang keluar walaupun setitik seperti proses “caesarean birth”.

Keliru Status Darah Nifas, Istihadah Atau Haid? Ini Penjelasan Ustaz
Kemudian setelah beberapa hari darah pun keluar. Dalam keadaan melihat kepada dua situasi:

  1. Jika darah keluar dalam tempoh 15 hari maka darah itu dikira sebagai darah nifas. Contohnya jika Siti selepas melahirkan anak tanpa ada keluar darah (biasanya berlaku pada wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan) kemudian darah muncul pada hari ke 7 selepas bersalin, maka darah ini masih dikategarikan sebagai darah nifas.
  1. Situasi kedua pula, jika selepas bersalin secara normal atau pembedahan dan darah tidak timbul atau keluar, namun darah mula keluar selepas 15 hari, maka darah ini dikategarikan sebagai darah haid bukan darah nifas.

Sebagai contoh: Siti tidak melihat darah keluar walau sedikit pun selepas bersalin, namun darah mula keluar pada hari ke 16 selepas melahirkan anak, maka darah ini dikategorikan sebagai darah haid bukan darah nifas.

Semoga penjelasan ini dapat membantu ibu atau wanita yang keguguran untuk kenal pasti status darah istihadah atau nifas.

Wallahu A’lam

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI