Salah satu keistimewaan wanita adalah dikurniakan tempoh ‘pembersihan dalaman’ atau haid, datang kotor atau datang bulan. Kebiasaannya, wanita akan didatangi haid sebulan sekali dan tempoh standard adalah selama 5-7 hari, namun ada juga yang lebih daripada itu.

Setelah dirasakan tiada lagi darah haid pada penghujung tempoh tersebut, maka diWAJIBkan melakukan mandi wajib.

Cara Mandi Wajib Setelah Haid, Apa Perkara Wajib & Sunat

Mandi wajib ini bukan sahaja wajib kepada perempuan yang baru habis haid tetapi juga kepada semua yang dalam keadaan hadas besar.

Artikel berkaitan: Hukum Mandi Wajib Selepas Subuh Semasa Bulan Ramadan

Artikel berkaitan: Ini Antara Amalan Boleh Dilakukan Kalau Nak Kumpul Banyak Pahala, Walaupun Sedang Dalam Haid

Allah SWT memerintahkan hambaNya melaksanakan mandi wajib bagi sesiapa yang berhadas besar sebelum melakukan beberapa ibadah seperti mendirikan solat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya.

Firman Allah SWT:

IKLAN

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.
(Surah al-Nisa’: 43)

Kita wajib mandi wajib sekiranya melakukan persetubuhan, keluar air mani secara sengaja atau tidak, mati selain daripada mati syahid, datang haid bagi perempuan, nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin) dan wiladah (bersalin)

Namun untuk perkongsian kali ini, berikut adalah tatacara mandi wajib untuk perempuan selepas haid. Haid adalah salah satu najis yg menghalangi kita (wanita) untuk melaksanakan ibadah solat dan puasa, maka setelah selesai haid kita harus bersuci dengan cara yang betul mengikut sunnah Rasulullah SAW.

1. Menghadap kiblat :

Hadapkan badan ke arah kiblat, basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga (3) kali, berinstinjak dengan membasuh kemaluan, buang najis atau membersihkan apa sahaja yang akan menghalang air mandi terkena permukaan kulit.

IKLAN

Cara Mandi Wajib Setelah Haid, Apa Perkara Wajib & Sunat

2. Wuduk (dilakukan sebelum mandi):

Niat : Sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi wajib, sunat kerana Allah Ta’ala

3. Niat:

Segala amal itu tergantung pada niatnya, maka jangan lupa niat. Niat boleh diucapkan boleh juga di dalam hati.
Mulakan dengan bacaan Basmallah (Bismillahi Rahmani Rahim) kemudian diikuti dengan niat mandi wajib iaitu:

Bacaan niat :

IKLAN

Cara Mandi Wajib Setelah Haid, Apa Perkara Wajib & Sunat

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala”

4. Meratakan air:

Siram air dan diratakan ke seluruh tubuh badan dari kepala hingga hujung kaki. Pastikan air sampai sampai ke semua anggota badan. Mulakan dengan sebelah kanan kepala, kiri dan tengah.

5. Siram ke seluruh badan:

Siram dari epala keseluruhan lalu jangan lupa seluruh tubuhnya wajib terkena air semuanya. Jangan ada bahagian yang tidak terkena air. 

Cara Mandi Wajib Setelah Haid, Apa Perkara Wajib & Sunat
Gambar sekadar hiasan

Perkara Wajib & Sunat Semasa Mandi Wajib

Perkara Wajib:

  • Niat
  • Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau rambut. Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya.

Perkara Sunat:

  • Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air
  • Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
  • Berwuduk
  • Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali
  • Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri.
  • Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
  • Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.
  • Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk

Walaupun nampak ringkas, tetapi ia sangat penting kerana tanpa mandi wajib, segala ibadat kita tidak diterima Allah.

Kashoorga: Ibu-ibu boleh kongsikan kepada anak-anak perempuan sebagai persediaan dan boleh juga kongsikan artikel ini kepada yang lain kerana ia amat mustahak untuk diketahui, fahami dan amalkan.

Sumber artikel: Ritha

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI