Berehatlah Anak Syurga, Rayan Selamat Dikebumikan & Ratusan Orang Hadiri Pengkebumiannya

Share

Perginya dalam keadaan tragis. Ditangisi ramai kerana masing-masing memanjatkan doa agar dirinya dapat diselamatkan selepas terjatuh ke dalam telaga kosong sedalam 32 meter di di kampung Ighran iaitu sebuah kawasan pergunungan.

Usaha menyelamatkannya dilakukan 24 jam bagi memastikan tubuh kecil ini dapat diselamatkan. Namun Allah lebih sayang kerana selepas lima minit diselamatkan (ada mengatakannya 20 minit), dirinya disahkan meninggal dunia sekaligus membuatkan ramai menangis. Meninggalkan ibu bapanya dalam kepiluan yang masing-masing mengharapkan dirinya membesar sihat.

Usaha menyelamatkannya berakhir dengan kesedihan apabila anak kecil ini hanya sempat hidup lima minit selepas diselamatkan
Ratusan orang menghadiri majlis pengkebumiannya.
Kerandanya dibalut dengan kain hijau. Berehatlah anak syurga!

Tidak saja saat dirinya ditemui tetapi semalam, anak kecil ini, Rayan Awram sekali lagi menjadi tumpuan apabila ratusan orang menghadiri pengkebumiannya.

Beratus-ratus berdiri untuk berkabung di tanah perkuburan di bukit terpencil di wilayah Chefchaouen utara yang terletak beberapa kilometer dari lokasi kemalangan ketika seorang imam membacakan doa selepas jenazahnya dikebumikan.

Keranda kecil kanak-kanak lelaki itu dibalut dengan kain hijau.

Kematiannya dimuliakan sebagaimana ramai berusaha menyelamatkannya namun berakhir dengan kesedihan


.

Pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI turut mengucapkan takziah kepada ibu dan bapa Rayan berikutan kematiannya.

Berehatlah anak syurga, masukilah mana-mana pintu syurga seperti mana nama diberi ibu bapamu (Rayan bermaksud pintu syurga) kerana sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik buatmu. Agensi / AFP

IKLAN