Perkahwinan bermaksud satu perjanjian yang mengandungi syarat dan rukun tertentu, dan ia menghalalkan pergaulan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang kedua-duanya bukan mahram.
Daripada Abdullah ibnu Mas’ud Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya, “Wahai para pemuda, sesiapa yang berupaya dalam kalangan kamu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin sebab perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan. Dan barang siapa yang tidak berkemampuan, hendaklah ia berpuasa kerana puasa akan menjadi perisai untuknya.”
Namun ada juga pasangan yang bercinta terlalu lama dengan alasan belum cukup duit untuk membina rumah tangga. Mengapa ini terjadi? Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar
“Tapi bang, bukan saya tak cuba. Saya kerja, cuba kumpul duit tapi belum cukup.”
“6 tahun tu bukan tempoh sekejap. Kumpul lagi ni boleh jadi makan 7 tahun pula. Sebab tu dia marah ke kamu. Marah dia bukan apa, dia nak kepastian tentang diri dia. Bila kamu nak jadikan dia isteri kamu yang sah.”
“Itulah bang. Mak dia pun dah asyik tanya-tanya. Apa nasihat abang?”
“Dia macam ni, betul semua benda kita kena usaha. Bagus dah apa yang kamu buat. Cuma lagi bagus kalau kamu letak Tuhan dekat depan daripada segala hal.
Ads
Maksud dia begini. 6 tahun berhubungan, mesti selalu jumpa, makan sama dan mesej hari hari. 6 tahun tu dah terlebih cukup untuk buatkan kamu dan dia dalam hubungan yang cukup rapat.
Tapi masih belum ada hubungan yang sah. Mesti ada keluar, jalan sama-sama pegang tangan. Gurau-gurau main cuit cuit. Ambil gambar berkepit rapat.
TETAP KENA ADA IZIN TUHAN
Terfikir tak kenapa punya lama kerja, kumpul duit, tapi tak juga cukup? Dekat sini kamu kena ingat, usaha kita tetap kena ada izin daripada Tuhan.
Mungkin dengan apa yang kamu buat selama ini, menyebabkan rahmat Tuhan itu jauh. Kasih sayang Tuhan itu tiada. Jadi Tuhan susah susahkan, sekali pun niat kamu baik. Iyalah berjumpa berdua, berjalan berdua semua itu Islam tak benarkan. Maksudnya Tuhan tak suka.”
Ads
“Jadi bang apa saya kena buat sekarang?”
“Berdoalah. Taubat dulu atas apa yang kamu dah buat selama ni. Mengaku yang kamu terlalu berharap ke diri sendiri, sampai kamu tak sedar kamu dah ketepikan Tuhan dalam mengatur hidup kamu.
KAHWIN IKUT SYARIAT
Ads
Berkahwin ini memang Islam suruh. Tapi kena ada jalan dia. Ada cara yang Rasul suruh ikut. Ikutkan kamu ni bertuah. Sebab Tuhan nak kamu berkahwin dalam keadaan yang Tuhan nak.
Yang dimulakan dengan taubat dan bersih daripada dosa. Banyakkan sembahyang, bersungguh baiki sembahyang. Tengok nanti Tuhan mudahkan urusan kamu. Faham ke?”
“InsyaAllah bang, faham. Betul lah abang cakap. Tuhan boleh buat apa sahaja. Jadi kita lah kena balik pada Dia.”
Ramai yang berkata bahawa jodoh itu mesti dicari. Usah berdiam diri tanpa usaha, jika tidak, bagaimana jodoh datang mendekati. Sebenarnya jodoh itu bukan dicari sebaliknya dicipta.
Mengapa demikian? Alasannya kerana ramai orang sering membuat kesalahan ketika mencari jodoh sehingga tidak bertemu dengan orang yang menjadi impiannya.
Rumah tangga yang bahagia hingga suami isteri meninggal dunia, barulah dinamakan jodoh.
Sebuah rumah tangga yang harmoni diketuai oleh suami yang memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga, isteri sebagai pembantu dan pengelola rumah tangga, dan anak sebagai anggota keluarga. Maka barulah lengkap perjalanan sebuah rumah tangga.
TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA
Kita tidak akan pernah menemukan jodoh dengan 1001 syarat dan kriteria. Tidak akan pernah ada orang yang memenuhi kriteria jodoh ideal, kerana tidak ada manusia yang sempurna.
Maka sebab itulah jodoh perlu ‘dicipta.’ Jika kita meletakkan 10 kriteria yang ada dalam diri seseorang, kita harus menerima kenyataan bahawa tidak semua kriteria tersebut ada pada jodoh yang kita pilih. Oleh itu kita harus bersama-sama mencipta kesempurnaan itu bersama insan yang menjadi pilihan.
Mungkin kita hanya menemukan dua kriteria yang ada dalam diri pasangan. Namun oleh kerana merasakan dialah jodoh maka kita menerimanya sebagai pasangan hidup. Semestinya kita memerlukan proses yang panjang untuk mendapatkan keluarga yang ideal dan harmoni.
Suami isteri saling melengkapi kekurangan pasangannya dan tidak mencela kekurangan pasangan. Terus belajar bersama pasangan agar jodoh tidak berakhir dengan cara yang menyakitkan.
Buatlah kriteria calon pasangan yang realistik bukan kriteria yang tidak mampu dicapai dek akal. Bila bertemu dengan seseorang yang hanya memenuhi sedikit kriteria yang kita mahukan, jangan ke tepikan si dia.
Jadikanlah dia pasanganmu, dan berusahalah bersama menuju keluarga harmoni kerana jodoh itu ‘dicipta’ bukan dicari.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tiada tempoh tertentu yang boleh dikatakan terbaik untuk bercinta. Ada yang bercinta sejak sekolah hingga masuk universiti. Ada yang bercinta selepas tamat pengajian di universiti, ada yang bercinta setahun dua, kemudian terus bernikah. Ada juga yang tidak bercinta, sebaliknya terus nikah.
Tiada istilah lebih lama tempoh percintaan maka lebih baiklah hubungan itu. Lebih baik cepatkan sahaja hubungan itu menjadi halal. Percayalah selagi anda tidak tinggal sebumbung, tidur sebantal, anda tidak akan tahu diri sebenar (true colour) seseorang itu.
Memendekkan tempoh percintaan adalah lebih baik. Terus kepada bertunang dan seterusnya bernikah. Tempoh pertunangan pun seeloknya pendek sahaja. Tidak perlu ‘ikat’ bertahun-tahun dengan alasan mahu mengukuhkan kedudukan dalam kerjaya terlebih dahulu.
Perkahwinan bukanlah satu ikatan yang boleh menghalang anda mencapai sebarang kejayaan. Malah perkahwinan sebenarnya satu ikatan yang boleh mendorong anda lebih berjaya dalam apa-apa sahaja yang anda lakukan.
LIMA SEBAB MENGAPA TIDAK PERLU BERCINTA LAMA-LAMA:
*Menjaga aurat serta sentuhan antara bukan mahram.
*Elak fitnah daripada masyarakat sekeliling.
*Elak gangguan orang ketiga.
*Perasaan was-was dan mula berubah hati.
*Mengelakkan berlakunya ‘bunga-bunga’ zina hingga menjurus kepada zina.
Bukankah bercinta selepas nikah itu lebih indah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seorang isteri tentunya ingin terus disayangi oleh suaminya. Di samping menjaga rupa paras, amalan doa juga mampu menambat kasih sayang suami.
Melalui amalan doa, kasih sayang antara suami isteri dapat dipupuk.
Kuasa doa, tiada siapa yang mampu menidakkannya. Bagi isteri yang ingin suaminya sentiasa sayang padanya, cuba amalkan baca Surah Al-Insyiroh setiap hari.
Setiap kali habis sholat fardhu, amalkan baca Surah Al-Insyiroh. Niatkan ketika membacanya agar selalu disayang suami. Setelah selesai membaca, tiupkan ke telapak tangan dan usapkan ke seluruh wajah.
Terjemahan ayat:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?2: Dan Kami pun telah menurunkan beban darimu. 3: Yang memberatkan tanggunganmu, 4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu. 5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 7: Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras(untuk urusan yg lain).8: Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap.
Selain untuk tujuan di atas, Surah Al-Insyiroh ini memiliki fadhilah lain, di antaranya:
Sabda Nabi:
“Barangsiapa membaca surat Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan darinya.”
Barangsiapa biasa membaca Surah Al-Insyiroh selepas selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya dan dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Amalan membaca surah ini juga melapangkan dada dari segala kesulitan dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu dan mendatangkan rajin dalam menunaikan amal ibadah.
Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardhu, Allah akan menjauhkan darinya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Semoga dengan amalan doa tersebut seorang isteri itu semakin disayangi dan dicintai oleh suami. Keluarga juga menjadi keluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah, wa rahmah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kebelakangan ini kita banyak melihat perkongsian di sosial media yang dikaitkan dengan istidraj. Melakukan dosa terang-terangan dan merasa bangga dengannya kerana hidup masih senang...