Solat itu adalah tiang agama. Tidak kira walau kita berada di mana atau dalam apa situasi suruhan yang satu ini jangan sesekali ditinggalkan. Malah banyak manfaat kita perolehi dengan mengerjakan solat lima waktu sehari.
Bukan sahaja hidup diberkati, rezeki juga insya-Allah makin bertambah dan segala urusan juga akan dipermudahkan.
Seperti perkongsian satu status pengguna laman sosial Facebook, Muhammad Faisal yang begitu mengkagumi adiknya Dr Nurul Huda yang dari kecil tidak pernah tinggal solat. Walaupun setelah dia berkelana menuntut ilmu di perantauan.
Ads
Malah berkat menunaikan kewajipan Allah ini juga dia tidak pernah melihat adiknya berada dalam kesusahan. Malah sentiasa cemerlang dalam pelajarannya.
Dia juga tidak pernah meminta duit dari keluarga walaupun ketika itu masih belum ada pekerjaan.
Ads
Bukan itu saja, dia juga turut mampu membiayai perbelanjaan ibu bapanya biarpun masih belum bekerja dengan membelikan sebiji kereta untuk kegunaan.
Menjadikan adiknya itu sebagai mentor, dia turut memberitahu siapa yang menjaga hubungan dengan Allah dan kedua ibu bapanya, pastinya Allah akan melancarkan kehidupan seharian mereka.
Ads
Dari kecil tak pernah tinggal solat
Ni pic sy ambik curi2..sy nk share ape yg sy nmpk dr mata kasar sy slama sy hidup bsama adk sy….salah satu rahsia My Sis ni..hubungan dia dgn Allah..dr dia kecil smpai besar solat dia xpnh tnggal mlainkn uzur sj..bila sy tiba d bumi euro pd thn 2013 ataw 2014..frst time sy visit dia..sy pnh tgk dia solat d dlm bus,fitting room n Al-Quran sentiasa d tgn dia..klaw nk taw bkn sng nk jd seowg Doktor..
Tak pernah minta duit keluarga, malah kumpul duit dari tingkatan lima dan bagi pula pada emak
My sis bmula dr UPSR 5A,PMR 9A n SPM Straight A (10A)…lepas tu sambg d Asasi MSU nk fight utk biasiswa under Mara dpt pointer 3.8 bru layak p poland tp result dia hmpir 4 full. under biasiswa Mara..smpai poland 6 tahun kena bjuang lagi d tmpt org..result dia sbnrnya cemerlang d poland..sy taw last minit..yg paling best slama dia dok asrama penuh dia xpnh minta duit dr family dia..btl2 harap duit biasiswa oleh kjaan n program pelajar cemerlang..smpai form 5..duit dia kumpul tu..dia bg dkt my mom..
Tak pernah nampak dia rasa susah. Malah ketika masih belum bekerja, masih boleh beri duit pada emak ayah
sy xpnh tgk dia trasa ssh..sy nmpk urusan dia mcm lancar je mcm dpmudahkn sgala urusan..cool n rilex..walaupun psaingan dia kuat n byk..smpai ke ari ni..msh xbkerja lagi..msh boleh lagi sponsor my mum n xpnh lupa kpd family..elaun dr biasiswa dia mcm lbh cukup mcm berkat rezeki dia..My sis dh travel hmpir 15 negara sy rasa..tnpa minta dr duit ibubapa dia..pd diri dia handbeg paling mahal sy rasa xsmpai rm 100..balik malaysia dia dh ada title sbgai doktor dh..masa depan yg cerah cuma nk beli kete kancil n sbuah rumah kpd my mom utk pmulaan..
Nampak dia begitu menjaga hubungan dengan Allah dan kedua ibu bapanya. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah, pasti Allah akan melancarkan perjalanan kehidupannya seharian
sy nmpk dia cuma jaga hubugan dia dgn Allah n Kdua ibubpa dia…sape yg mjga hubungan dia dgn Allah pasti Allah akan mlancarkn khidupan dia sharian..klaw org tnya sape mentor sy smpai ke ari ni..org tu xjauh..adk sy sndri..Dr Nurul Huda..sy pnh d tegur n d nasihat oleh dia..walaupun abg..sy mnerima bnda yg baik dr dia…sy harap d dunia lbh mcabar ni..adk2 sy d pelihara oleh sgala musibah n dlancarkn sgala urusan mreka
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tragedi bot terbalik, sungguh menyayat hati 49 pelajar madrasah ditemui lemas. Kejadian yang berlaku di Pakistan ini dikatakan berpunca daripada bot terbalik kerana terlebih muatan.
Seramai 51 orang termasuk 49 kanak-kanak dan remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah tasik di barat laut Pakistan, Islamabad.
Pegawai kanan pasukan penyelamat, Khateer Ahmad mengesahkan, 49 mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu adalah pelajar sebuah madrasah yang mengadakan lawatan sehari ke tasik Tanda Dam.
Katanya, dua lagi mayat yang ditemukan ialah seorang guru dan pengendali bot berkenaan.
Sungguh Menyayat Hati
“Air empangan itu membeku kerana cuaca sejuk sekali gus menghalang misi menyelamat.
“Tetapi hari ini penyelam dapat menyelam kawasan paling dalam untuk mengeluarkan mayat mangsa lain,” katanya.
Jurucakap polis, Fazal Naeem mengeluarkan angka kematian membabitkan 51 orang selepas tamat misi menyelamat semalam, selain turut mengesahkan punca kemalangan itu.
“Bot itu terlebih muatan sedangkan kapasitinya cuma 20 hingga 25 orang saja.
“Lima orang berjaya diselamatkan termasuk empat pelajar dan seorang guru,” katanya kepada AFP.
49 Pelajar Madrasah
Sementara itu, mangsa terselamat, Muhammad Mustafa, 11, berkata, nasibnya baik kerana tersangkut di bawah bot selepas kemalangan.
“Badan saya kebas kerana airnya sangat sejuk.
“Saya fikir saya akan mati apabila seorang lelaki di atas tiub kembung menyelamatkan saya,” katanya.
Ditemui Lemas
Dalam pada itu, Muhammad Umar, yang menjual teh di tapak perkelahan yang menghadap ke destinasi pelancongan popular hujung minggu itu berkata, puluhan ibu bapa dan saudara-mara berkumpul sejak beberapa hari lalu bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai mangsa.
“Setiap kali mayat ditemukan di tempat kejadian, mereka akan pergi ke arah penyelam untuk melihat sama ada itu anak mereka dan waktu itulah kami akan mendengar mereka menjerit dan keperitan kehilangan insan tersayang.
“Seumur hidup, saya tidak pernah menyaksikan perkara ini dan ia tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tasik Tanda Dam terletak kira-kira lima kilometer dari madrasah berkenaan iaitu sebuah sekolah Islam yang menawarkan pendidikan agama percuma di Kohat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Jadi suami perlu memain peranan dalam membantu isteri memikul kerja rumah. Dan isteri juga kena sabar dengan kelemahan suami dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai dia di sisi.
Inilah pesanan yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam perkongsian di laman Instgramnya.
Memberi peringatan buat pasangan suami isteri supaya tahu tugas masing-masing. Tambahnya lagi supaya tegur secara baik, doa yang baik dan insya-Allah rezeki yang datang juga nanti akan baik-baik.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan hadam kepada semua pasangan yang baru atau sudah lama berumahtangga.
“Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
“Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
“Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
“Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
“Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
“I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Terdahulu Ustaz Don yang sudah lapan tahun berkahwin dengan isteri tercinta Dr Husna Zahry Rafie dan dikurniakan 3 cahayamata (akan datang empat anak) turut berkongsi tip sepanjang perkahwinannya itu.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
‘Tanpa sengaja solat isyak lima rakaat.’ Tertambah rakaat, solat sah atau tidak? Kadang-kadang disebabkan rasa letih, lesu dan mengantuk membuatkan seseorang itu jadi terlupa rakaat solat yang telah didirikan.
Dalam mamai-mamai tanpa sedar kita tertambah rakaat, jadi apabila kita tersedar rakaat telah ditambah secara tak sengaja apa yang harus kita lakukan.
Soalan: Salam ustaz nak tanya, kalau kita terlebih rakaat pada solat, sah atau tidak?
Jawapan:
Seseorang yang sedang mendirikan solat terlupa, kemudian menambah rakaat dengan secara tak sengaja. Sebenarnya terdapat dua situasi untuk kita fahami perkara ini dengan jelas.
Tanpa Sengaja Solat Isyak Lima Rakaat
Situasi yang pertama sekiranya selesai seseoran g itu memberi salam, kemudian dia teringat solat yang dilakukan sebentar tadi, terlebih satu rakaat. Jadi solatnya sah kerana baru saja terin gat.
Manakala situasi kedua, seseorang yang menambah rakaat sebagai contohnya solat isyak yang sepatutnya empat rakaat, dia bangun untuk rakaat kelima secara tak sengaja.
Tertambah Rakaat
Kemudian dia rukuk, baru dia teringat yang rakaat itu adalah rakaat yang dia tertambah secara tidak sengaja. Maka apabila dia sedar itu adalah rakaat yang tertambah, situasi yang terbaik adalah teruskan sahaja duduk tahiyat akhir.
Tetapi jika dalam keadaan rukuk, dia tersedar dan terus bertindak bangun iktidal kerana tersedar rakaat tertambah, maka solatnya terbatal.
Baca Doa Makan Selepas Solat?
Solat Sah Atau Tidak?
Bagi menjawab persoalan ini, ianya bergantung kepada situasi seperti yang diterangkan tadi iaitu tersedar setelah memberi salam, solat sah dan diterima.
Sebaliknya ketika dia menambah rakaat iaitu pada rakaat kelima, dia teringat bahawa dia tersalah. Maka, diminta untuk dia terus saja duduk tahiyat akhir dan sebelum memberi salam disunatkan sujud sahwi.
Walau bagaimanapun bagi situasi yang tersedar di pertengahan rakaat kelima dan kemudian dia teruskan kesilapan hingga memberi salam, maka solatnya terbatal.
Nafkah tempat tinggal adalah antara kewajipan bagi seorang suami. Bersyukurlah jika suami mampu menyediakan sebuah rumah selesa untuk di duduki isteri dan anak-anak.Tapi bagaimana...