‘Berkongsi Perkara Asas Fardhu Ain.’ Tahu Ke Tidok Celik Agama, Program Islamik Komedi Game Show

Share

‘Berkongsi perkara asas fardhu ain.’ Tahu Ke Tidok Celik Agama, program islamik komedi game show.

Biarpun tampak santai dan kelakar, namun program ini banyak memberi info meliputi ibadat puasa, bidang tauhid, solat, bersih dan hormat.

‘Berkongsi Perkara Asas Fardhu Ain.’

Setiap episod membawa topik berbeza bagi menguji para peserta. Tahu Ke Tidok ialah program yang bertemakan Islamik Komedi Game Show.

Secara umumnya, program ini akan berkongsikan tentang Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA).

Tahu Ke Tidok

Program ini akan dikendalikan oleh Raqib Majid selaku Hos rancangan dan menampilkan beberapa peserta seperti Fikry Ibrahim, Saiful Apek, Sharif Zero, Namee, Ubai MZ, Eida Moin dan ramai lagi.

Program ini akan menemui penonton sempena bulan Ramadan ini bermula 22 Mac 2023, jam 7.30 malam di Astro Oasis (106).

Program Islamik Komedi Game Show

Episod pertama, anda akan bersama dengan pelakon dan pelawak yang semakin meningkat naik namanya iaitu Fikry Ibrahim dan juga pelawak lagenda yang terkenal di Malaysia iaitu Saiful Apek.

Topik pada episod ini ialah Ilmu Tauhid. Nak tahu boleh atau tidak selebriti-selebriti jemputan menjawab semua soalan ini? Jangan lupa saksikan Tahu Ke Tidok Celik Agama di Astro Oasis.

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

IKLAN