Berniqab Bukan Penghalang Ainan Tasneem Berfesyen, Sejuk Mata Memandang Dengan Gaya Penuh Sopan

Share

Sejuk mata memandang dengan imej berniqab Ainan Tasneem. Mula memakai niqab sejak Syawal yang lalu, Ainan kelihatan cukup selesa dengan penampilan tersebut. Meskipun berniqab ianya langsung tidak menghalang atau menyekat Ainan untuk bergaya.

Gaya fesyen yang ditampilkan oleh ibu kepada Ainan Salsabila ini sentiasa nampak menawan meskipun wajahnya dilindungi. Gandingan niqab dan busana yang sopan tetap menampakkan keayuan ibu muda ini.  Jadi siapa kata apabila sudah berniqab tidak boleh bergaya.

Lihat sahaja fesyen gaya sopan yang ditampilkan oleh Ainan. Sejuk mata memandang….

Di samping itu melalui ‘Insta story’ nya, Ainan telah memberi peluang kepada peminatnya untuk bertanyakan soalan. Antara soalan yang diajukan ialah tentang berniqab.

Ini antara soalan-soalan yang diajukan kepada Ainan.

Ainan telah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang nyanyian selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu. Ibu muda ini mahu menumpukan perhatian sebagai seorang isteri dan ibu sepenuh masa.

Moga Ainan terus istiqomah dengan perubahan baik yang telah dilakukannya serta menjadi contoh kepada muslimah di luar sana.

Sumber: Instagram Ainan Tasneem92

IKLAN