--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan

Bertaubatlah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka

Jika seseorang itu pernah melakukan dosa besar dan menyesalinya, apakah yang perlu dilakukan olehnya bagi menghapuskan dosa tersebut termasuk juga dengan dosa kecil?

Orang yang pernah melakukan dosa besar hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.

Antara cara atau syarat bagi mereka yang benar-benar bertaubat kepada Allah ialah:

1. Bertaubat hanya kerana Allah SWT, bukan kerana manusia.

2. Betul-betul menyesali dan benci akan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.

Ads

3. Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa.

4. Sekiranya melakukan kesalahan terhadap manusia, hendaklah memohon maaf kepada orang tersebut.

5. Dirikan solat sunat taubat untuk menyempurnakan lagi taubat kepada Allah.

Ads

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan DIA Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka luas kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat. Sekiranya orang kafir tertarik dan kembali kepada Islam, maka segala dosa yang pernah dilakukannya diampunkan sama sekali.

Allah SWT berfirman,

Ads

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (al-Baqarah: 222)

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” (Riwayat Muslim)

Manakala dosa kecil pula boleh diampunkan dengan memperbanyak istighfar, menyempurnakan wuduk untuk mendirikan solat, berjalan menuju ke masjid untuk solat dan amalan-amalan yang lain.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

World #QuranHour 2026 Seru Umat Islam Kembali Jadikan Al-Quran Sebagai Panduan...

Program World #QuranHour 2026 sekali lagi mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan seharian. Program tahunan yang...