Menutup aurat memang menjadi kewajipan seorang wanita yang sudah akil baligh. Namun dewasa ini kita lihat memahai tudung itu sudah seperti berfesyen.
Ada yang merasa sudah cukup dengan hanya menutup rambut dengan sehelai tudung tetapi masaih melakukan beberapa perkara yang turut menjadi kesalahan.
Mereka ini menutup aurat bukan sekadar memenuhi tuntutan Allah tetapi lebih kepada niat untuk berfesyen.
Tanpa sedar apa yang dilakukan itu tidak menepati syariat Islam. Ini antara kesalahan wanita berhijab yang sering abaikan tentang penjagaan aurat.
Ads
1. Bertudung tapi ada rambut terkeluar
Memang dikatakan bertudung tetapi menayangkan jambul atau hujung tambut. Tahukah anda hanya dengan sehelai rambut dilihat lelaki, satu dosa yang akan kita dapat. Jadi dapatkan kiranya kita membuat perkiraan jika menampakkan rambut terutama pada gambar yang dimuat turun di laman sosial facebook. Bayangkan berapa pula mata lelaki yang memandangnya.
2. Tudung singkat, nipis hingga menampakkan leher tengkuk & dada
ini dikatakan trend apabila ramai hijabi kini gemar memakai hijab singkat. Asalkan rambut tidak kelihatan tetapi cara ini menampakkan sebaagian leher, tengkuk dan juga dada. Lebih teruk jika ada memuji penampian begini cantik tetapi perlu diingat pemakaian tudung itu mestilah menutup dada.
3. Berpakaian hingga menampakkan susuk badan
Ada juga yang berpakaian tetapi menggayakan baju yang menampakkan tubuh badan. Penampilan seperti ini sama seperti tidak memakai tudung. Berpakaian ketat hingga menampakkan sebahagian lurah dada atau bentuk peha dan betis.
Ads
4. Bertudung tetapi nampak lengan
Ada juga yang mengenakan tudung tetapi mengenakan baju t-shirt pendek hingga menampakkan lengan. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat kerana lelaki boleh melihat lengan yang terdedah. Kalau mahu mengenakan t-shirt sebegini elokkan dipakai dengan jaket atau kardigan.
5. Nampak kaki
Jangan tak tahu kaki kita juga adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stoking tetapi wajib menutup kaki. Seperti mana solat, perlu menutup kaki, lengan, rambut dan tubuh kerana ia adalah aurat.
Ads
6. Sanggul bonggol seperti unta
Ada pula sesetengah yang memakai fesyen tudung bonggol unta dan ada mengatakan ia adalah haram. Hati-hati dengan cara pemakaian tudung sebegini kerana boleh undang hukum haram.
Kesimpulannya menjaga batasan aurat itu menjadi lebih mudah sekiranya tahu batasan hukum yang perlu dipatuhi dan mengikut segala syariat Allah SWT. Sekiranya diikuti pelbagai ganjaran dan pahala yang akan diperoleh.
Jangan sampai apa dilakukan mendapat kemurkaan Allah. Jadi berhati-hati dengan apa yang dilakukan dan cuba perbaiki kesilapan.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Berkaitan Hukum Berkenaan:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Nampaknya semakin hari kes penularan wabak pandemik koronavirus ini semakin serius dan membimbangkan.
Malah setiap hari ada saja kematian dicatatkan dan sehingga artkel ini ditulis, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah ada 23 kes kematian dengan keseluruhan sebanyak 2,031 kes.
Sehubungan itu, satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui posting di Laman Sosial Instagram Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkfli Mohamad Al-Bakri memberitahu titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong tentang cadangan perlaksanaan Solat Hajat secara serentak di seluruh negara esok Jumaat.
Solat hajat ini boleh dilakukan selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing. Justeru itu, Menteri Agama juga turut meminta kita semua memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Sesungguhnya kepada Allah SWT jua kita berserah.
Mendengar keluh kesah dan kekecewaan terhadap doa yang tidak dikabulkan Allah bukanlah perkara asing lagi. Ada sahaja sahabat atau orang sekeliling kita yang tertanya mengapa doanya tidak termakbul walaupun telah dipanjatkan pada waktu mustajab.
Bagi menjawab persoalan ini, elok kita baca terus kupasan daripada ustaz Mohd Masri Mohd Ramli yang acapkali ditanya tentang hal ini.
Saya sering mengulangi mesej yang sama setiap hari Jumaat. Iaitu kelebihan berdoa di hari Jumaat, terutamanya selepas waktu Asar.
Satu hari, saya mendapat satu komen yang bertalu-talu. Asalnya saya menyangka dia ingin bertanya apakah tips untuk doa lebih mustajab.
Tetapi penghujungnya, dia menzahirkan putus asa kerana sudah banyak kali berdoa pada waktu yang mustajab yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih, akan tetapi doanya tetap belum diterima.
Di sini saya kongsikan sedikit jawapan kepada kita semua yang menghadapi masalah yang sama.
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]
2. Kekuatan doa itu banyak bergantung kepada sangkaan kita kepada Allah
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang daripada kalian berkata: Ya Allah ampuni aku jika engkau mahu. Ya Allah rahmati aku jika engkau mahu. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya tiada siapa dapat memaksa Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5891]
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata: Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5892]
3. Apa yang kita sangka baik dalam diri kita boleh jadi hakikatnya tidak baik. Jadi Allah menggantikan dengan yang lebih baik
Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut:
(1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa.
Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921
4. Boleh jadi ada perbuatan-perbuatan haram kita yang membuatkan doa kita kurang berkesan
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua. Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul.
Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51].
Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172]
Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu.
Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai Tuhan, wahai Tuhan’, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu? [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1692]
Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang. Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya.
Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan. Lengan yang memegangnya pula lengan yang kuat.
Tiada pula perkara yang menghalang. Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya.
Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu.
Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok. Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa. Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi. [Al-Jawab Al-Kafi]
Wallahua’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hujan lebat yang berterusan dalam dua hari ini memberikan khabar duka apabila banyak rumah ditenggalami banjir.
Dari perkongsian di fb, ternyata sudah banyak jalan ditutup dari sebarang kenderaan berikutan paras air meningkat tinggi.
Dari satu perkongsian di fb atas nama Cik Angah, beliau meminta semua pihak mendoakan keselamatan mereka kerana daerah Kuala Lipis yang menjadi tempat tinggalnya kala ini sedang tenggelam sekaligus mencatat sejarah duka di awal tahun 2021. Malah katanya, banjir 2014 yang melanda Kelantan nyata lebih buruk kali ini. “Hendak ke mana-mana dah tak boleh,”jelasnya.
Dalam pada itu, perkongsian dari PU Lokman di fbnya, berkongsi keadaan Pondok Tahfiz Haji Ahmad yang terletak di Kg Dala Lanchang, Pahang hanya tinggal paras bumbung sahaja dan beliau meminta jika ada pihak sudi berhulurkan bantuan dari segi kewangan untuk pelajar tahfiz.
Sementra itu, BERNAMA melaporkan banjir di Pahang meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas, manakala seorang anaknya hilang dibawa arus ketika meredah banjir di Kampung Gintong, kira-kira 100 kilometer dari sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan, berkata mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras ketika berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.
Dalam kejadian itu seorang daripada anak lelakinya Ukai Iskandar, 23, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang di sini, turut hilang dan sehingga pagi ini masih belum ditemukan.
"Kesemua mereka difahamkan berjalan kaki dari Kampung Gintong untuk pulang ke rumah di Taman Perdana yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat Iskandar meletak kenderaan semasa kejadian berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mazlan berkata dua lagi anak mangsa yang berusia 15 dan 13 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Operasi mencari Ukai yang dimulakan sekitar 11 malam membabitkan 17 anggota pasukan mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada 3.30 pagi ekoran cuaca yang semakin buruk.
Mazlan juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan perkembangan banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?