Nampaknya semakin hari kes penularan wabak pandemik koronavirus ini semakin serius dan membimbangkan.

Malah setiap hari ada saja kematian dicatatkan dan sehingga artkel ini ditulis, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah ada 23 kes kematian dengan keseluruhan sebanyak 2,031 kes.

YDP Agong Titah Umat Islam Lakukan Solat Hajat Secara Serentak Seluruh Negara Hari Ini, Lepas Solat Zohor

Sehubungan itu, satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui posting di Laman Sosial Instagram Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkfli Mohamad Al-Bakri memberitahu titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong tentang cadangan perlaksanaan Solat Hajat secara serentak di seluruh negara esok Jumaat.

Solat hajat ini boleh dilakukan selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing. Justeru itu, Menteri Agama juga  turut meminta kita semua memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Sesungguhnya kepada Allah SWT jua kita berserah.⁣

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YB Menteri di JPM (Agama) (@drzulkifli.albakri) on

KENYATAAN MEDIA⁣

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA⁣

1. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 26 Mac 2020 telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.⁣

2. Berdasarkan taakulan saya – dengan ilham daripada-Nya – , tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 2 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.⁣

3. Renungkanlah firman Allah SWT:⁣
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ⁣

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)⁣

4. Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.⁣

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI⁣
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)⁣
26 MAC 2020

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI