Dalam Islam sekecil apa pun hal yang baik selalu bernilai, bahkan senyuman serta wajah ceria yang tampak berseri di hadapan orang pun sangat bernilai dalam Islam.
Siapa sangka senyuman yang mungkin pada sesetengah orang tiada apa-apa sebenarnya memiliki nilai yang luar biasa.
Rasulullah SAW bersabda:
Imam Muslim dan At-Tirmidzi meriwayatkan sabda Rasulullah SAW betapa pentingnya sebuah senyum, serta wajah ceria yang tampak berseri ketika berhadapan dengan orang lain.
عن أبي ذر قال قال لي النبي {صلى الله عليه وسلم} لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجهٍ طليق
“Dari Abu Dzar RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Kamu jangan mengecilkan kebaikan sekecil apapun, meski kau hanya menampakkan diri dengan wajah berseri di hadapan saudaramu,”(HR Muslim dan At-Tirmidzi).
Ads
Dalam riwayat Imam At-Tirmidzi, secara tegas Nabi Muhammad bersabda bahawa senyuman di hadapan orang lain itu adalah sedekah. Kuasa sebuah senyuman itu memiliki erti yang sangat luar biasa.
“Dari Abu Dzar RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu bernilai pahala sedekah bagimu,’” (HR At-Tirmidzi).
Dengan tersenyum banyak sekali manfaatnya. Senyum tidak hanya membuat orang lain yang melihatnya ikut merasa tenteram dan bahagia namun dibalik senyum yang tulus itulah terdapat kelapangan jiwa, kerendahan hati dan semangat dalam menghormati orang lain.
Ads
Itulah nilai senyum yang tampak remeh bagi sesetengah orang. Rasulullah SAW mengingatkan agar kita tidak ‘kedekut’ untuk tersenyum di hadapan orang lain.
PESAN NABI MUHAMMAD SAW
Jika terhadap orang lain dianjurkan untuk selalu terlihat berseri-seri dengan wajah yang penuh dengan senyuman, lalu bagaimana jika terhadap orang terdekat?
Tentu jawapannya sangat dianjurkan dan lebih dianjurkan lagi.
Ads
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada puterinya, Siti Fathimah RA untuk selalu menjaga senyum yang tulus di hadapan suaminya. Ini kerana ada pahala yang sangat besar yang Allah SWT berikan terhadap isteri yang wajahnya terlihat berseri-seri kerana menjaga ketulusan senyumnya.
يا فاطمة أيما امرأة تبسمت في وجه زوجها إلا نظر الله لها بعين الرحمة
“Wahai Fatimah, Tiada seorang isteri yang tersenyum di hadapan suaminya kecuali Allah akan memandangnya dengan pandangan kasih (rahmat).”
Senyum yang penuh ketulusan antara suami dan isteri dapat melahirkan pandangan rahmat Allah terhadap rumah tangga mereka.
Dari senyum satu sama lain ini, Allah menurunkan rahmat, berkah, kasih sayang, ketenteraman, dan keharmonian di dalam rumah tangga tersebut.
Lihatlah, betapa bernilai sebuah senyuman terutama dalam menyuburkan kasih sayang dalam rumah tangga.
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula rumah tangga. Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup antara seorang lelaki dan wanita yang telah bersetuju untuk hidup bersama. Apabila sudah lama hidup bersama maka sudah tentulah banyak ‘perubahan-perubahan’ yang akan berlaku. Di sinilah terletaknya toleransi antara pasangan suami isteri.
Perkongsian Mohd Fhais dilaman Facebooknya tentang perkahwinan ada benarnya. Itulah yang dinamakan realiti.
Orang kahwin mana yang tak ada masalah. Semua bermasalah. Tapi tak bermaksud dah berkahwin tak boleh enjoy. Malah lepas kahwinlah kena banyak enjoy, baru bahagia!
Pejam celik dah masuk 6 tahun usia rumahtangga saya dan isteri. Mula berdua sekarang dah berempat.
BANYAK YANG BERUBAH
Banyak sangat perubahan dah berlaku. Baik buruk perubahan itu semua di telan. Suka atau tak tetap kena telan. Inilah kehidupan berumahtangga.
Sekarang dah tak sama macam dulu:
1. Masa mula kahwin dulu tak boleh cakap sebarangan. Walaupun typo kat whatsapp, mudah curiga. Boleh buat merajuk 2-3 hari. Sensetif ya amat.
Sekarang dah lain. Trust tu lebih kuat. Pergi kerja jauh sampai ke negara orang pun dia tak curiga. Nak trust kuat, jangan sesekali buat onak, sekali buat sampai ke tua dia tak percaya.
2. Kalau dulu masing-masing jaga badan. Maintain pakai baju saiz m. Tapi sekarang asal nampak makanan, semua di bedal. Itu sebab saiz baju dah bertukar xl. Suami badan berisi tandanya bahagia. Betul ke??
Tapi badan je berisi tapi poket tak berisi pun tak boleh bahagia juga. Kena lah rajin usaha.
3. Dulu setiap masa nak meseg tanya buat apa tu. Kalau boleh setiap minit nak tahu status terkini. Kadang rasa annoying pun ada.
Tapi sekarang tak ada dah nak meseg-meseg. Call terus je. Itu pun kalau ada emergency baru nak call. Rasa rindu pula nak meseg sweet-sweet.?
4. Dulu cepat gelabah. Masalah kecil pun nak haru biru. Ingat lagi masa rania kecil, dia menangis je, dah jerit-jerit panggil isteri. Punyalah gelabah tak tahu nak buat apa masa tu.
JADIKAN KITA KUAT
Tapi sekarang dah kental. Nak mandi anak, cebuk berak, bagi anak makan semua dah teror. Siap boleh bagi isteri rehat lagi kat rumah. Bukan kena Queen Control ye tapi dah boleh Control Ego sendiri.
Itulah maksud perkahwinan, semua akan berubah. Berubah lebih baik, atau lebih buruk. Pilihan pada kita sendiri.
Perkahwinan sepatutnya menjadikan kita lebih kuat. Setiap dugaan dan masalah yang di tempuh sepanjang perkahwinan adalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat.
Bak kata Prof. Muhaya,
“Kena ENJOY dengan masalah, sebab masalah itulah yang akan buat kita jadi lebih kuat!”
Perkahwinan adalah ujian. Ujian kejujuran, ketahanan dan kepimpinan. Lulus ujian ini jambatan menuju kebahagiaan menanti kita.
Sumber kredit: FB: Mohd Fhais
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dapat dinafikan memang sakit apabila diri dikhianati apatah lagi apabila melibatkan orang yang tersayang. Dalam sebuah rumah tangga, apabila dicurangi, sakitnya memang tidak dapat digambarkan perasaannya.
Mungkin sakitnya lebih perit berkali ganda berbanding seperti isi disiat daripada kulit. Begitulah perumpamaan betapa ‘tercederanya’ jiwa pihak yang dicurangi dan dikhianati.
Berikut perkongsian yang dikutip daripada catatan Ila Fadzilah di laman Facebooknya.
BILA LELAKI CURANG
Dah lama saya dapat mesej ni, dari time raya. Tapi masih belum berbalas sebab bab-bab perangai manusia ni agak kompleks dan rumit. Kalau nak membalas dengan baik, lebih tepat kiranya saya betul-betul memahami situasi dan permasalahan empunya diri.
Tapi dek kerana penangan drama #janganbencicintaku dan banyaknya ledakan emosi wanita, maka saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri, orang lain dan pembelajaran. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang.
Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana. Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango. Usah rendahkan diri pada mereka sebab martabat anda lebih tinggi dari kekasih gelap suami. Selesaikan isu dengan suami. Usah buang masa memikirkan pihak ke 3 yang biasanya akan sentiasa rasa mereka lebih bagus dan ‘menang’ kerana mampu buat seorang lelaki berkahwin jatuh cinta kali kedua dengan godaan dan pujukan.
TAK PERLU SERANG PIHAK KETIGA
Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu serang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami senantiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘jahat’ di mata suami. Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.
Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga. Apatah lagi bila senang saja beliau jatuh ke riba seorang perempuan yang tiada ikatan di sisi Allah.
Jangan menyiksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah. Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibubapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.
Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran.
Saya dulu, setiap hari menzahirkan rasa sedih dan duka di dalam 3 buah diari sekadar melepaskan duka di hati. Saya lega selepas menangis di atas kertas. Usah bercerita terlalu banyak hal kecurangan suami di media sosial. Banyak buruk dari baik. Anda akan nampak lebih buruk di mata suami, walau sekadar mahu melepaskan rasa marah dan sakit hati. Diam bukan bererti mengalah tetapi berfikir untuk masa depan dan create a sense of direction.
Hati sesiapapun milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan. Berbincang dengan suami tentang jalan penyelesaian samada suami serius dengan hubungan terlarang (berkahwin atau suka-suka).
Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan pragmatik, bukan emosi. Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat hidup. Andai suami sudah tetapkan pilihan, anda harus tetapkan matlamat dan pilihan anda. Bersedia atau tidak, apa saja kemungkinan persiapkanlah mental untuk reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.
BUKAN MALAIKAT
Wahai isteri! Kita bukan Malaikat yang mampu menarik tangan suami untuk meninggalkan maksiat. Kita juga bukan malaikat. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar. Tapi kita sendiri perlu belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja objektif kehidupan kita tidak sama dan mungkin bercanggah antara satu sama lain. Bila keadaan sudah terlalu runcing, buatlah kronologi peristiwa penting serta berapa banyak tempoh masa suami di rumah serta nafkah yang diberikan suami. Kumpulkan bukti kecurangan suami. Semua ini penting sekiranya konflik berakhir di mahkamah. Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian besar kes kecurangan akan berakhir dengan perceraian. Samada isteri memohon cerai atau suami yang menceraikan.
Yakinlah walau perceraian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang durjana.
Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan curang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa alasan.
Curang bukan pilihan, walaupun kononnya atas alasan mahu menambah isteri atau mencari kesempurnaan seorang wanita. Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan milik kita melainkan dengan doa dan kekuatan iman.
Biar puas kita berbuat baik walau dibalas racun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang sang suami walau ketika nyawa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh kita dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.
Suatu ketika dulu, waktu zaman tiada telefon pintar atau gajet lain, diari menjadi teman paling setia. Pada diari inilah kita menulis apa sahaja aktiviti atau curahan hati yang terlintas ketika itu. Diari seolah-olah menjadi peneman tidur yang paling nyaman sekali.
Siapa sangka, impian sejak kecil yang ditulis dalam diari telah berjaya direalisasikan dan menjadi kenyataan.
Seperti perkongsian lelaki ini Amir Faisal M Khairi terbaca diari isterinya Munazieraa Ab Aziz sehari lepas nikah yang memasang impian untuk tinggal di sebuah rumah banglo di atas bukit yang menghadap tasik.
Impian yang ditulis ketika ketika zaman kanak-kanak isterinya itu disempurnakan oleh suami tersayang dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo seperti yang digambarkan dalam diarinya.
Rata-rata netizen yang membaca turut gembira dengan perkongsian ini di laman sosial facebooknya. Masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia till jannah.
Tidak kurang juga yang turut tag nama pasangan masing-masing dan mahukan impian mereka juga terlaksana seperti pasangan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?