Hidup adalah pinjaman sementara di dunia. Ada kala suami isteri berkasih sayang dengan baik tetapi bila masuk campur ipar duai dan ibu bapa, semuanya jadi tidak keruan. Dari rasa sayang, tukar jadi benci dan seterusnya ada berakhir dengan perceraian.
Malah semasa hidup berumahtangga juga, ada ramai ibu bapa merancang kewangan yang terbaik untuk anak-anak tetapi apabila salah seorang dijemput Illahi, harta yang tinggal itu jadi rebutan hingga isteri yang dalam kesedihan bertambah kemurungannya.
Pernahkan kita dengar cerita isteri dihalau dari rumah, duit arwah suami dikawal keluarga sebelah suami dan lain-lain lagi masalah yang timbul selepas kematian suami.
Satu perkongsian dari Brother Firdaus Shakirin ini wajar dipraktiskan oleh suami isteri agar apa-apa yang berlaku pada masa depan, isteri khususnya sudah ada perlindungan terutama bila melibatkan simpanan atas nama anak-anak. ‘
Baca perkongsiannya;
"Kenapa tak letak nama abg ja…?"
Kelmarin saya buka SSPN-I Plus…saya letak nama pendeposit tu nama dia. Pastu saya bagi login id, password. Saya ajar macam mana nak check baki, mcm mana nak tambah duit dan sebagainya.
Awal tahun bulan satu hari tu, buka akaun Tabung Haji anak2. Pun letak nama dia, suruh dia daftarkan akaun bersama dengan anak-anak. Dia jadi penjaga akaun.
Dia tanya, kenapa tak letak nama saya ja…
Soalan yang baik. Tak ramai yang tahu, tak ramai yang faham. Kalau suami letak nama dia sebagai penjaga, kalau suami pemilik bersama akaun tu dengan anak-anak dan ditakdirkan jadi apa-apa kepada suami seperti kematian, maka senang ke, susah isteri nak keluarkan duit dari akaun anak-anak tu untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian…?
Banyak proses, banyak prosedur dan isteri takkan dapat duit on the spot…
Check kat bank, suami pulak tak daftar penama. Bank nak isteri kemukakan dokumen macam-macam baru pihak bank bleh bagi keluarkan duit.
Untuk elakkan urusan itu rumit, maka eloklah sekiranya kita buat akaun bersama anak-anak tu atas nama isteri. Akaun remaja ASB nama isteri dan anak-anak, akaun Tabung Haji nama isteri dan anak-anak, akaun Sspn-i Plus pun nama isteri dengan anak-anak.
Waris suami boleh tuntut tak hak faraid untuk akaun tu semua…?
Akaun simpanan suami, nama suami, jawapannya YA.
Tapi akaun simpanan isteri, nama isteri walaupun sharing dengan anak-anak, jawapannya TIDAK.
Itu hak isteri sepenuhnya kerana itu dah dikira sebagai harta isteri. Jumlah simpanan dalam akaun tu adalah milik PENJAGA akaun selagi anak tu di bawah 18 tahun.
Suami pam je duit masuk akaun-akaun tu. Secara online je.
Senang dan mudah isteri nak jaga kebajikan anak-anak dan besarkan anak-anak dengan duit simpanan tu yang tidak boleh dicabar atau dituntut orang lain walaupun mereka adalah waris dari pihak suami..
Jadi inilah alasan mengapa nama isteri wajar sebagai PENJAGA akaun anak-anak.
Kalau nak cari imam sebaik begini. Yang dah fikirkan perancangan masa depan anak-anak dan isteri, apa kata serta webinar jodoh kami untuk mengenal imam baik anda dalam Webinar Jodoh: Suami Kiriman Ilahi
WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI
Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku”
Jelas dan yakin dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
Akan dijauhi heartbreak dan lelaki yang tak serius
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI