Soalan

Ketika saya bersendirian, dalam hati saya kerap berkata-kata perkataan yang tidak elok kepada Allah dan Nabi Muhammad. Kadang kadang saya risau sekiranya saya ada melafaz tanpa saya sedari.

Tetapi saya tetap juga yakin dengan Islam dan mengamalkan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Cuma saya risau, boleh jadi murtadkah saya disebabkan benda ini iaitu kata kata hati dan mungkin satu masa nanti akan terlafaz. Apakah amalan yang saya boleh buat. Saya pernah berubat dan ustaz memberitahu saya ada penyakit lintasan hati.

Jawapan

Lintasan hati merupakan satu keadaan yang berlaku kepada ramai orang, malah mungkin semua orang. Bezanya dari segi mengawal dan mengurus lintasan hati yang bersifat negatif seperti yang saudara alami.

Untuk itu saudara perlu berusaha “melawan” lintasan-lintasan tersebut dengan cara;

IKLAN

i. Dengan sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

ii. Tidak “melayan” lintasan-lintasan tersebut dengan fikiran dan perasaan, sebaliknya gantikan dengan perkara-perkara yang baik, dengan meningkatkan kerja-kerja amal soleh/ ibadat.

iii. Sibukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan serta elakkan berada bersendirian dalam tempoh yang panjang.

IKLAN

iv. Dapatkan rawatan dan nasihat kaunselor bertauliah.

Lintasan yang tidak dengan kehendak saudara, tidak diambil kira dari segi hukum, dan tidak berlakulah hukum-hukum murtad kepada saudara, bagaimanapun ia hendaklah diusahakan untuk tidak dibiasakan berterusan, ditakuti secara tidak sedar akan dilafazkan.

IKLAN

Oleh itu hendaklah sentiasa memperbaharui syahadah dengan mengucap kalimah syahadah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Perbaharuilah iman kamu” Rasulullah ditanya :”Bagaimana cara untuk memperbaharui iman kami?”. Rasulullah SAW jawab : “Perbanyakkan berkata لا اله الا الله. (رواه أحمد والحكم والطبراني). Allah Maha Pengampun. Pengampunan (Rahmat) Allah mengatasi kemurkaannya.

Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.

Sumber: Mufti Selangor

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI