Boleh Ke Pegang Al-Quran & Handphone Waktu Solat Sebab Tak Banyak Hafal Surah. Ini Hukumnya Perlu Kita Tahu!

Share

Soalan: Apa hukumnya bila kita mahu bersolat tetapi pegang Al-Quran. Ini adalah disebabkan tidak hafal banyak surah. Adakah solat saya akan terbatal atau bagaimana?

Gambar sekadar hiasan.

Jawapan:

HUKUM MEMEGANG AL QURAN KETIKA SEDANG SOLAT

Membaca Surah Al Fatihah tidaklah menjadi satu masalah kepada kebanyakkan kita ketika menjadi imam tetapi yang selalu kita risaukan ialah apabila mahu membaca ayat-ayat lain selepas Surah Al Fatihah

Allah berfirman di dalam Al Quran :

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ

Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”

Surah al-Muzammil: 20

Maka membaca surah-surah yang mudah dan sudah dihafal itu bukanlah menjadi satu kesalahan sekalipun kita mengulang surah yang sama.

Maka timbul satu persoalan ketika Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi mengenai bacaan Al Quran dengan memegang mashaf ketika solat

Gambar sekadar hiasan.

Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Qur’an daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafal surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95)

Dinasihatkan bagi yang memegang telefon pintar agar mengaktifkannya kepada mod penerbangan supaya ketika kita merujuk aplikasi Al Quran tidak di ganggu dengan deringan ataupun mana-mana mesej yang boleh menganggu kekhusyukan solat.

Dr Nur Mohammad Hadi

Pengasas Akademi Al Bayan

Peneraju Pendidikan Masyarakat

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga Solat, Sayangi Ibu, Rahsia Rezeki Ustaz Ebit Lew Mencurah Masuk. Kini ‘Sibuk’ Tolong Orang Susah!

IKLAN