Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.
Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai contoh apakah dibolehkan isteri keluar rumah untuk menyiasat suaminya yang mempunyai skandal?
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, haram untuk seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, jika isteri keluar untuk menyiasat kejahatan suami, maka hukumnya tidak haram.
“Ini kerana dalam kitab-kitab fiqah ada menjelaskan kewajipan isteri untuk meminta izin suami sebelum keluar rumah melainkan ada lima masalah (yang menggugurkan kewajipan itu).
“Salah satunya ialah apabila isteri mahu keluar rumah untuk berjumpa dengan qadi, ahli keluarganya atau mahu menyiasat tentang kejahatan yang dilakukan suaminya, ia dibolehkan,” katanya dalam rakaman video di akaun YouTubenya baru-baru ini.
Jelasnya, sudah pasti suami tidak akan membenarkan seorang isteri keluar dari rumah semata-mata untuk menyiasat kejahatan yang dilakukannya di luar rumah.
Ads
Atau isteri hendak mengadu kepada qadi, mufti atau mahkamah syariah berkenaan suami yang tidak menunaikan nafkah, dia tidak wajib untuk minta izin suami.
“Maka dibolehkan (untuk tujuan tersebut),” katanya.
Taat tapi bukan pada perkara dilarang Allah
Begitu juga jika isteri dalam keadaan sakit dan berhajat untuk mendapatkan rawatan, diharuskan untuknya keluar rumah meskipun tanpa keizinan suami demi kemaslahatan dan kesihatannya, ujar Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dalam artikel Irsyad Hukum Siri ke-608: Hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami kerana darurat ada menjelaskan, isteri perlu taat kepada suami dalam perkara yang makruf kerana suami telah diamanahkan ALLAH sebagai ketua keluarga.
Ads
“Namun begitu, Islam menetapkan bahawa ketaatan isteri kepada suami bukanlah kepada perkara yang dilarang ALLAH serta boleh menandingi ketaatan kepada ALLAH dan rasul-NYA.
“Bahkan ketaatan kepada suami bukanlah termasuk ketaatan yang mutlak (tidak terbatas),” hurainya.
Ujarnya, hal ini kerana terdapat bebepara perkara yang isteri tidak wajib mentaati suami seperti arahan melaksanakan perkara yang mendatangkan mudarat pada dirinya.
Ads
“Sebagai contoh isteri diajak bersetubuh dalam keadaan dia sedang sakit dan boleh menyebabkan mudarat kepadanya.
“Maka ketika ini isteri tidak wajib taat kepada suami, bahkan isteri tidak hilang haknya ke atas suami kerana dalam hal ini dia tidak dikira sebagai nusyuz seperti dinyatakan Imam An-Nawawi,” jelasnya.
Selain itu katanya, isteri dibenarkan keluar rumah tanpa izin suami dalam beberapa keadaan seperti bimbang tentang diri dan hartanya daripada orang fasik atau pencuri.
Kebiasaannya, ketika banjir agak susah untuk mendapatkan bekalan air bersih kecuali air minuman dibekalkan. Lalu bagaimana dengan wuduk yang kita ambil untuk bersolat?. Bolehkah kita menggunakan air banjir untuk mengambil wuduk sekiranya ketiadaan air bersih. Adakah mangsa banjir perlu menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci ataupun bertayamum?
Jawapan:-
Pendapat kami, dibolehkan untuk mangsa banjir menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci. Kata al-Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili:
“Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan.
Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan.” Rujuk al-Muktamad fi Fiqh al Syafie (1/38).
Wallahua`lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tiada keperluan jamak solat semata-mata nak pergi rumah terbuka.’ Setiap orang tak sama kesulitannya, jadi jangan samakan kesulitan atau keuzuran dengan kita.
Lagi pula Allah memberi kelonggaran atau ruang kecil dalam menunaikan solat dalam beberapa keadaan, oleh itu adalah lebih baik solat jamak daripada meninggalkannya terus.
Sebenarnya, tidak ada masalah untuk solat Jamak ketika kita kunjung-mengunjung di hari raya. Lebih-lebih lagi, ziarah adalah tuntutan agama. Bagi yang tiada anak kecil mungkin tidak ada masalah untuk solat seperti biasa.
Namun bagi yang ada anak kecil,menyusu atau sebagainya, atau berdepan perjalanan jauh. Apatah lagi dengan keadaan jalan sesak di musim perayaan ini, membuatkan ada masyaqqah di situ.
Kalau boleh solat mengikut waktu lebih baik, tetapi sekiranya kita ada masyaqqah seperti di atas bolehlah melakukan solat Jamak. Namun begitu kita ikuti pandangan pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Anas Mohamad Naem berkaitan isu ini.
Pertama sekali kita perlu faham asas yang mana disebut dalam Al-Quran yang bermaksud, solat itu adalah sesuatu yang fardu dan telah ditetapkan waktunya.
Sebagaimana solat zohor ada waktunya, asar ada waktunya. Begitu juga maghrib, isyak dan subuh. Jadi di sini kita seharusnya mendirikan solat mengikut waktunya yang telah ditetapkan.
Seterusnya yang kedua, kita kena fahami apa yang didefinisikan sebagai jamak dan juga qasar. Kebiasaannya kita lakukan solat jamak dan qasar ini ketika musafir dan ramai menganggap jamak dan qasar ini adalah dua benda yang sama.
Sedangkan jamak itu perkara yang lain dan qasar itu perkara yang lain, dua benda yang berbeza.
Qasar adalah kita memendekkan atau meringkaskan solat fardu, sebagai contoh solat zohor empat rakaat kita pendekkan dua rakaat. Begitu juga dengan solat asar dan isyak. Manakala maghrib tiada qasar. Hanya musafir sahaja yang layak menqasarkan solat.
Manakala jamak pula membawa maksud menghimpun dan mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Kita kumpulkan solat zohor dan asar dalm satu waktu atau kita himpunkan solat maghrib dan isyak dalam asatu waktu.
Kita dibenarkan untuk jamak solat dalam beberapa keadaan antaranya:
1.manasik haji
2. musafir
3. ketika sakit
4. ketika hujan lebat
5. dalam keadaan ketakutan
6. ketika berada dalam keuzuran
Menerusi status tersebut, tuan tanah kata tiada keperluan untuk jamak solat ketika pergi rumah terbuka. Jadi di sini, bila mana kita hendak meletakkan satu hUkum terhadap sesuatu perkara kepada orang lain kita perlu berhati-hati.
Hukum ini sebenarnya berbeza mengikut keadaan, masa, tempat dan jenis manusia. Oleh itu kita perlu melihat setiap sudut, barulah kita dapat jatuh hukum.
Sebaiknya kita kembali kepada asas, apa hukumnya kita pergi open house atau kenduri. Nabi Muhammad juga menegaskan bahawa jika ada panggilan atau jemputan selayaknya kita hadiri.
Berbalik kepada isu tadi adalah berhubung dengan kesulitan atau keuzuran. Jadi setiap orang kita tak boleh tentukan tahap keuzurannya. Hanya kita dan Allah saja yang mengetahui tahap keuzuran yang dihadapi.
Bila kita melihat fenomena hari ini, ramai yang pergi open house hingga meninggalkan solat. Kalau ramai orang sudah faham kepentingan solat mengikut ketetapan waktunya, sanggup berhenti solat dan luangkan waktu apabila masuk waktu solat adalah bagus dan alhamdulillah.
Tapi untuk kes ini kita melihat orang yang tak faham dan kurang peka dengan kefahaman agama dan seterusnya kita pula menutup ruang-ruang rukshah ini sudah tentu mereka dengan sengaja memilih untuk meninggalkan solat apabila berdepan dengan situasi yang sukar.
Oleh sebab itu kita kena melihat melalui banyak sudut dan Allah telah memberi rukshah untuk kita menggabungkan solat jika ada kesulitan.
Daripada membiarkan seseorang itu meninggalkan solat adalah lebih baik kita mengambil ruksah untuk tetap solat kerana kesibukan dia berhari raya dan sebagainya. Wallahualam.
Kashoorga: Ini adalah ijtihad masing-masing. Jika dia berasa sukar, tidak ada masalah melakukannya. Asalkan tidak menjadi kebiasaan.
Sering kali kita terdengar ayam berkokok tanda hari siang. Bahkan ia bersahut-sahutan. Sesetengahnya menganggap sebagai gangguan tidur tapi andai kita tahu, kokokan ayam jantan itu sebenarnya tanda malaikat datang. Dan kita disarankan berdoa yang baik-baik.
Dikongsi dari Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam Maktabah Al Bakri menjawap persoalan mengenai benarkah ayam berkokok merupakan tanda ayam melihat malaikat?
Jawapan:-
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Persoalan berkenaan ayam berkokok apabila melihat malaikat adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:“Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”.[1]
Dalam riwayat Imam Ahmad, terdapat tambahan lafaz iaitu ’pada malam hari’,
Maksudnya: Apabila kamu mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Oleh itu, mintalah kepada Allah akan kurniaan-Nya.[2]
Keistimewaan Ayam Jantan
Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa. Hal ini menunjukkan keistimewaan ayam jantan.
Ibn Hajar al-Asqalani di dalam syarahnya menyebut: Ayam jantan memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain, iaitu ia mengetahui perubahan waktu di malam hari. Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, ia tidak pernah tersalah waktu. Sama ada pada malamnya yang panjang atau yang singkat. Oleh sebab itu, sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu.[3]
Beliau menukilkan pandangan daripada al-Dawudi, katanya: Kita boleh belajar dari ayam jantan 5 perkara iaitu:
Larangan Mencela Ayam
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya:Jangan kamu mencela ayam jantan, kerana ia membangunkan orang untuk solat.[5]
Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan al-Halimi, katanya: Faedah daripada hadith ini bahawa semua yang boleh memberikan manfaat kebaikan, tidak selayaknya dicela dan dihina. Sebaliknya, dia dimuliakan dan dilayan dengan baik. Sabda baginda SAW: ‘ayam membangunkan (orang) untuk solat’ bukan maksudnya dia menyebut solat secara hakikat’ namun maknanya adalah bahawa kebiasaan ayam berkokok ketika terbit fajar dan ketika tergelincir matahari. Fitrah ayama adalah fitrah yang Allah berikan kepadanya. [6]
Galakan Berdoa
Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan kata-kata ‘Iyadh:
Maksudnya: Sebab kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. Faedah yang boleh diambil daripada hadith ini adalah tuntutan untuk berdoa ketika hadirnya orang-orang yang soleh.[7]
Manakala Syihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Qastalani di dalam syarahnya menyatakan: Para ulama’ memahami makna hadith ini bahawa kita diminta untuk berdoa kepada Allah SWT ketika mendengar bunyi ayam berkokok serta dalam masa yang sama kita juga mengharapakan agar para malaikat mengaminkan doa kita dan istighfar para malaikat kepada kita.
Selain itu juga, agar para malaikat ini menjadi saksi akan keikhlasan dan kerendahan (kehinaan) diri kita ketika memohon kepada Allah SWT. Tambahan pula, hadith ini menunjukkan sunat kita berdoa ketika kehadiran orang-orang yang soleh. Antara kelebihan yang ada pada ayam ialah dengan mengetahui waktu-waktu walaupun kadang-kadang siang itu panjang dan juga kadang-kadang siang itu pendek. Begitu juga, ia berkokok sebelum dan selepas subuh. Maha suci Allah yang menjadikan ayam seperti itu. [8]
Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi pula menyatakan di dalam syarahnya: Dikatakan hadith ini menunjukkan bahawa turunnya rahmat ketika hadirnya orang-orang yang soleh maka kita disunatkan untuk berdoa pada waktu itu.[9]
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami nyatakan bahawa ayam jantan berkokok disebabkan mereka melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW sebut di dalam hadith yang sahih. Justeru,kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita. Akhirnya semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.
Wallahua`lam. Bertarikh: 10 Februari 2022 bersamaan 8 Rejab 1443H [1] Riwayat al-Bukhari, (3058), Muslim (4908), Abu Dawud, (4438) dan al-Tirmizi, (3381) [2] Riwayat Ahmad (8064) Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (8764) menyatakan hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari [3] Lihat Fath Bari, 6/353 [4]Ibid [5] Riwayat Abu Dawud (5101), al-Nasaie di dalam al-Sunan al-Kubra (10781) dan Ahmad (21679). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij Zad al-Ma’ad (2/431) menyatakan hadith ini sanadnya hasan [6] Lihat Fath Bari, 6/353 [7]Ibid [8] Lihat Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari, 5/309 [9] Lihat Aun al-Ma’bud, 9/238
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.