
Setiap orang pasti ada barangan idaman yang ingin dimiliki. Ada kalanya harga barang tersebut melebihi bajet semasa, namun apabila terlihat tawaran bayaran ansuran beberapa bulan, ramai yang terus tertarik untuk membuat pembelian.
Tambahan pula, promosi bayaran bulanan dengan “faedah sifar peratus” sememangnya nampak mudah dan meyakinkan.
Namun sebagai seorang Muslim, timbul persoalan penting, adakah kemudahan transaksi seperti ini benar-benar bebas daripada unsur riba?
Secara asasnya, hukum asal dalam muamalat adalah harus selagi tiada unsur yang bercanggah dengan syarak. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”
(Surah al-Baqarah, ayat 275)
Secara ringkas, Buy Now Pay Later (BNPL) ialah kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna membeli sesuatu barangan terlebih dahulu dan membayarnya secara ansuran dalam tempoh beberapa bulan, kebiasaannya tanpa perlu menggunakan kad kredit.
Kaedah ini sangat cepat, mudah dan mesra pengguna kerana semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi.
Malah, ada penyedia yang mempromosikan tiada caj tambahan, sekali gus membuatkan ramai merasa ia selamat digunakan.
Namun, persoalan utamanya adalah di manakah titik bahaya dalam skim ini?
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah apabila berlaku kelewatan bayaran. Dalam kebanyakan situasi, pengguna yang gagal membayar pada waktu ditetapkan akan dikenakan caj penalti atau bayaran tambahan oleh pihak penyedia jualan.
Di sinilah timbulnya persoalan sama ada kontrak yang berlaku itu benar-benar berasaskan jual beli, atau sebenarnya lebih dekat kepada pinjaman?
Dalam Islam, sebarang tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman boleh termasuk dalam kategori riba, terutama jika bayaran tambahan itu memberi keuntungan kepada pihak pemberi pinjaman, bukan sekadar menampung kos sebenar pengurusan.
Sebab itu, pengguna Muslim tidak boleh hanya melihat pada iklan “mudah”, “cepat” atau “0% interest” semata-mata, sebaliknya perlu memahami struktur akad dan syarat perjanjian yang digunakan.
Buy Now Pay Later boleh jadi patuh syariah jika:
Walaupun ada skim BNPL yang mungkin harus digunakan, ia tetap boleh menjadi makruh atau bahkan haram jika menyebabkan seseorang berhutang melebihi kemampuan sendiri.
Islam mengajar umatnya supaya berbelanja secara berhemah dan mengamalkan sifat qanaah, iaitu merasa cukup dengan rezeki yang ada serta tidak memaksa diri mengejar kehendak semata-mata kerana terpengaruh dengan gaya hidup orang lain.
BACA JUGA:
FOMO Buat Hati Tidak Tenang, Qanaah Jadi Penawar Terbaik Buat MuslimJangan sampai kerana mahu kelihatan setanding dengan orang lain, kita sanggup berhutang untuk perkara yang bukan keperluan. Kemudahan kewangan yang ada sepatutnya membantu, bukan menjerat kita dalam beban hutang yang berpanjangan.
Islam tidak menolak kemudahan, tetapi Islam mendidik umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam urusan kewangan. Sebelum menggunakan kemudahan BNPL, baca dan fahami dahulu syarat serta terma yang dikenakan.
Jika masih ragu-ragu, lebih baik tangguhkan dahulu pembelian, kumpul wang secukupnya dan utamakan keperluan berbanding kehendak.
Jangan mudah tergoda dengan tawaran yang nampak indah di awal, tetapi boleh membawa kesulitan di kemudian hari.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok