--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Buy Now Pay Later (BNPL), Adakah Konsep Ini Benar-benar Patuh Syariah?

Setiap orang pasti ada barangan idaman yang ingin dimiliki. Ada kalanya harga barang tersebut melebihi bajet semasa, namun apabila terlihat tawaran bayaran ansuran beberapa bulan, ramai yang terus tertarik untuk membuat pembelian.

Tambahan pula, promosi bayaran bulanan dengan “faedah sifar peratus” sememangnya nampak mudah dan meyakinkan. 

Namun sebagai seorang Muslim, timbul persoalan penting, adakah kemudahan transaksi seperti ini benar-benar bebas daripada unsur riba?

Secara asasnya, hukum asal dalam muamalat adalah harus selagi tiada unsur yang bercanggah dengan syarak. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”


(Surah al-Baqarah, ayat 275)

Secara ringkas, Buy Now Pay Later (BNPL) ialah kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna membeli sesuatu barangan terlebih dahulu dan membayarnya secara ansuran dalam tempoh beberapa bulan, kebiasaannya tanpa perlu menggunakan kad kredit.

Kaedah ini sangat cepat, mudah dan mesra pengguna kerana semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi. 

Ads

Malah, ada penyedia yang mempromosikan tiada caj tambahan, sekali gus membuatkan ramai merasa ia selamat digunakan.

Namun, persoalan utamanya adalah di manakah titik bahaya dalam skim ini?

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah apabila berlaku kelewatan bayaran. Dalam kebanyakan situasi, pengguna yang gagal membayar pada waktu ditetapkan akan dikenakan caj penalti atau bayaran tambahan oleh pihak penyedia jualan.

Di sinilah timbulnya persoalan sama ada kontrak yang berlaku itu benar-benar berasaskan jual beli, atau sebenarnya lebih dekat kepada pinjaman?

Dalam Islam, sebarang tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman boleh termasuk dalam kategori riba, terutama jika bayaran tambahan itu memberi keuntungan kepada pihak pemberi pinjaman, bukan sekadar menampung kos sebenar pengurusan.

Ads

Sebab itu, pengguna Muslim tidak boleh hanya melihat pada iklan “mudah”, “cepat” atau “0% interest” semata-mata, sebaliknya perlu memahami struktur akad dan syarat perjanjian yang digunakan.

Buy Now Pay Later boleh jadi patuh syariah jika:

  1. Tiada faedah (interest) yang bertambah mengikut masa
    Jika harga yang dipersetujui pada awal akad adalah tetap dan tidak bertambah hanya kerana tempoh bayaran, maka ia lebih dekat dengan konsep yang dibenarkan. Yang penting, tiada unsur pertambahan hutang semata-mata kerana masa berlalu.
  2. Caj lewat bayar hanya sekadar menampung kos operasi, bukan untuk keuntungan
    Sekiranya pengguna lewat membayar, caj yang dikenakan mestilah munasabah dan bukan bertujuan mengaut keuntungan. Jika caj kelewatan menjadi sumber pendapatan pihak penyedia, maka ia sangat berisiko mengandungi unsur riba.
  3. Akad atau perjanjian mestilah jelas
    Pengguna perlu tahu dengan tepat apa yang sedang dipersetujui. Adakah ia kontrak jual beli, kontrak pembiayaan atau bentuk kemudahan kredit? Semua terma seperti jumlah bayaran, tempoh ansuran, caj kelewatan dan tanggungjawab pengguna mestilah jelas dan tidak mengelirukan.
  4. Ada pemantauan atau penasihat syariah
    Antara perkara penting yang wajar disemak ialah sama ada syarikat atau penyedia BNPL tersebut mempunyai panel penasihat syariah atau tidak. Ini memberi keyakinan bahawa produk yang ditawarkan telah diteliti dari sudut hukum, bukan sekadar nampak patuh pada zahirnya sahaja.

Walaupun ada skim BNPL yang mungkin harus digunakan, ia tetap boleh menjadi makruh atau bahkan haram jika menyebabkan seseorang berhutang melebihi kemampuan sendiri.

Islam mengajar umatnya supaya berbelanja secara berhemah dan mengamalkan sifat qanaah, iaitu merasa cukup dengan rezeki yang ada serta tidak memaksa diri mengejar kehendak semata-mata kerana terpengaruh dengan gaya hidup orang lain.

Ads

BACA JUGA: FOMO Buat Hati Tidak Tenang, Qanaah Jadi Penawar Terbaik Buat Muslim

Jangan sampai kerana mahu kelihatan setanding dengan orang lain, kita sanggup berhutang untuk perkara yang bukan keperluan. Kemudahan kewangan yang ada sepatutnya membantu, bukan menjerat kita dalam beban hutang yang berpanjangan.

Islam tidak menolak kemudahan, tetapi Islam mendidik umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam urusan kewangan. Sebelum menggunakan kemudahan BNPL, baca dan fahami dahulu syarat serta terma yang dikenakan.

Jika masih ragu-ragu, lebih baik tangguhkan dahulu pembelian, kumpul wang secukupnya dan utamakan keperluan berbanding kehendak. 

Jangan mudah tergoda dengan tawaran yang nampak indah di awal, tetapi boleh membawa kesulitan di kemudian hari.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Jaga Maruah, Ini Batas Kemesraan Suami Isteri Di Khalayak Ramai

Ketahui batas kemesraan suami isteri di khalayak ramai menurut Islam agar maruah dan adab terpelihara serta tidak melampaui hukum syarak.