Apa yang biasa kita lakukan, apabila sudah habis usaha mendapatkan rawatan perubatan moden? Ada kalangan kita akan berjumpa tok bomoh atau pengamal rawatan tradisional. Jika ini terjadi, kebiasaannya ahli keluarga terdekat pesakit akan ambil ikhtiar ini sebagai cara terakhir.
Bagaimanapun dalam sibuk mencari pusat rawatan alternatif ini, kita perlu berhati-hati kerana bimbang pesakit tidak mendapat rawatan sepatutnya dan tidak mengikut rawatan Islam sebenar.
Carilah pusat rawatan perubatan Islam yang dikenali dan terbukti menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai ikhtiar rawatan. Takut-takut, tersalah langkah, kita menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional yang lebih dikenali sebagai bomoh menggunakan jin.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah cara untuk kita kenalpasti perkhidmatan yang bertentangan dengan ajaran Islam
Ads
Awal-awal sudah tahu niat kita untuk berjumpa
Agak pelik kan? Bagaimana bomoh boleh tahu tujuan kita nak jumpa dia. Sebenarnya jin yang mendampingi bomoh tadi telah bercakap dengan qarin kita.
Berbeza jika kita ke klinik, doktor tidak tahu apa sakit kita sehinggalah dia periksa tanda-tanda kesakitan di badan kita. Berbeza dengan bomoh, pesakit belum beritahu, pengamal perubatan tradisional sudah tahu terlebih dahulu.
Bertanya nama kita dan nama ibu kandung kita
Secara logiknya, apabila mendapatkan rawatan, nama yang diperlukan hanyalah nama penuh pesakit sebagaimana tertera pada kad penganalan.
Penyakit yang dihidapi tiada sangkut paut dengan nama ibu kandung. Di sini sahaja sudah patut timbul tanda tanya.
Membawa limau nipis, telur, bunga, buah-buahan, haiwan tertentu dan sebagainya
Permintaan membawa barang-barang seperti di atas sudah cukup menimbulkan keraguan. Dalam situasi ini, kita tidak perlulah teruskan niat untuk berubat. Cari lah pusat rawatan islam lain yang diperakui.
Ads
Tidak perlukan penjelasan kita apa yang telah terjadi
Mereka mengetahui perkara ghaib yang telah berlaku atau akan berlaku. Daripada mana dia tahu? Tentulah daripada jinnya.
Aksi membakar kertas
Ada jugak bomoh yang akan menuliskan sesuatu atas kertas dan membakarnya lalu dihirupkan asapnya.
Mengetahui perkara ghaib
Bomoh yang gunakan khidmat jin mengetahui perkara ghaib tentang keberadaan makhluk ghaib, boleh melihat jin dan menangkap jin. Sebenarnya manusia tidak boleh melihat jin dalam bentuk asal kecuali nabi SAW.
Kita boleh melihat jin apabila dia menjelma seperti ular, kala jengking, pontianak, pocong dan sebagainya.
Saranan menyalahi Sunnah Nabi SAW & Mengihna Kalam Allah
Bomoh menyarankan untuk mengamalkan amalan menyalahi sunnah yang tak pernah diamalkan oleh Nabi SAW atau membaca mantera yang tidak jelas maknanya, membaca potongan ayat Quran yang ditambah atau diubah ayat dan sebagainya seperti tulisan ayat Quran terbalik sebagai pelaris di kedai-kedai.
Ads
Satu penghinaan kepada kalam Allah! Sebenarnya, ada sekumpulan jin yang menjaga bentuk pelaris itu dan makhluk tersebut akan ludah, kencing dalam makanan yang menggunakan pelaris dan kita tersihir.
Penggunaan peralatan pelik semasa merawat
Bomoh menggunakan barang-barang yang pelik-pelik seperti sawat buaya, gigi harimau dan sebagainya. Jika nampak dia menggunakan alat ini, maka itu sudah cukup memberikan pengesahan. Tiada keraguan lagi.
Menggunakan tangkal, azimat, batu akik, pusaka, benda-benda keramat dan selainnya
Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah dosa-dosa itu?
Sabda baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita suci beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina – [HR Bukhari].
Sabda Nabi SAW lagi: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam – [HR Muslim].
Ulama bersepakat bahawa mempelajari sihir, mengajar serta mempraktikannya adalah haram. Hatta berjumpa bomoh untuk mengubati sihir pun hukumnya adalah haram.
Kenapa haram? Sebabnya perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan selain daripada Allah iaitu jin dan syaitan yang membawa kepada syirik kepada Allah! Nauzubillah!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seperti bulan-bulan lain, Ogos juga merupakan bulan yang cukup istimewa. Malah bulan Ogos juga cukup sinonim dengan bulan kemerdekaan dan memberi maksud tersendiri.
Bagaimana pula dengan insan yang lahir di bulan Ogos atau bulan lapan ini. Hasil kajian ini adalah mengikut kajian kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.
Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Insan yang lahir di bulan Ogos ini disifatkan sebagai seorang yang suka melawak dan membuatkan orang lain mudah tertawan dengan sikap mereka.
Mereka juga dikategorikan sebagai orang yang mempunyai sikap santung dan begitu ambil berat soal orang lain.
Individu lahir bulan Ogos juga seorang yang berani, tidak tahu takut dan sangat tegas serta mempunyai ciri-ciri pemimpin.
Namun begitu, mereka juga begitu pandai memujuk orang lain, bersikap pemurah tetapi dalam masa sama mempunyai ego yang tinggi.
Paling istimewa mereka mempunyai semangat juang luar biasa, mempunyai daya pemikiran tajam dan teliti serta mempunyai pemikiran yang teliti, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.
Insan kelahiran Ogos juga sangat romantik, pengasih dan penyayang dan paling suka mencari kawan.
Antara selebriti yang lahir di bulan ini adalah Awal Ashari, Shila Amzah, Faezah Elai, Mawi dan juga Stacy.
Shila Amzah antara selebriti yang lahir bulan Ogos.
Jadi bagi yang masih belum bertemu jodoh, boleh pertimbangkan untuk mencari mereka yang lahir di bulan Ogos kerana mempunyai ciri-ciri suami idaman.
Walau bagaimanapun solal jodoh ini adalah urusan Allah dan kita hanya mampu merancang Tuhan juga menentukan.
Gambar sekadar hiasan
OGOS # suka berlawak # mudah tertawan kepadanya # sopan santun dan caring terhadap org lain # berani dan tidak tahu takut # orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan # pandai pujuk org lain # terlalu pemurah & bersikap ego # nilai harga diri yg sangat tinggi # dahagakan pujian # semangat juang yg luar biasa # cepat marah & mudah mengamuk # mudah marah apabila cakapnya dilawan # sangat cemburu # daya pemerhatian yg tajam & teliti # cepat berfikir # fikiran yg berdikari # suka memimpin & dipimpin # sifat suka berangan # berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat # sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk # cepat apabila ditimpa penyakit # belajar utk relax # sikap kelam kabut # romantik ,pengasih,penyayang # suka mencari kawan
‘Wanita Cina terima anugerah maulidur rasul.’ Kasih tidak bersempadan, besarkan anak angkat ikut ajaran Islam dan dirinya sentiasa memastikan anak angkatnya tidak lupa untuk amalkan ajaran Islam sepenuhnya.
Malah kasih sayang yang dicurahkan wanita berbangsa Cina, Chee Hoi Lan kepada Rohana Abdullah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Kesungguhan Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika menjaga dan memelihara gadis itu sebagai Muslim sejak dari usianya dua bulan menarik perhatian ramai.
Segalanya bermula apabila Rohana ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan seorang pembantu warga Indonesia tempat Hoi Lan pernah bekerja.
Terima Anugerah Maulidur Rasul
Baru-baru ini Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul menerusi kategori ikon ibu sejati-keluarga malaysia.
Wanita berusia 83 tahun dipilih atas jasanya membesarkan Rohana mengikut ajaran Islam.
Menyayangi Rohana sebagai anak sendiri, Hoi Lan berusaha memberikan pendidikan buat anak angkatnya. Wanita berbangsa Tionghua itu berusaha memastikan Rohana itu tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Kasih Tidak Bersempadan
Membesar tanpa taraf kerakyatan bukan mudah. Rohana dilaporkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai calon swasta selepas terpaksa meninggalkan bangku persekolahan ketika di tingkatan empat.
Kisah Rohana mendapat perhatian perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gadis berkenaan tidak memiliki kerakyatan telah menerima taraf kewarganegaraan pada April 2022.
Diasuh dengan penuh kasih sayang, gadis itu kini bergelar mahasiswa Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kos pembiayaan pengajian Rohana ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor universiti berkenaan.
Besarkan Anak Angkat
Ketika menjejakkan kaki ke kampus, Rohana berkata ‘laoshi’ (panggilannya untuk Hoi Lan) berpesan agar beliau sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.
“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika selepas mendaftarkan diri di UTeM baru-baru ini.
Tambahnya, ia adalah kali pertama kali mereka berdua berpisah dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.
“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.
“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi sudah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.
Rohana berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya itu.
Kashoorga : Benarlah kasih sayang dan mengenal bangsa dan agama.
“Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina ‘adzabannar”.
Doa dari Surah Al Baqarah, ayat 201 ini selalu kita baca sewaktu mengakhiri doa.
Ramai juga yang sekadar membacanya tanpa mengetahui akan besarnya makna doa ini kepada kita.
Teruskan mengamalkan kerana ayat ini merupakan doa yang mencakupi kebaikan di dunia dan diakhirat.
Memetik daripada laman web Maktabah Al Bakri berikut adalah kelebihan doa ini.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.” Surah al-Baqarah (201)
Doa ini juga merupakan antara doa yang sering diucapkan oleh Nabi SAW. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas R.A, beliau berkata:
“Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” Riwayat al-Bukhari (6389) dan Muslim (7016)
Maksudnya: “Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan beberapa doa, maka dia menyertakan doa tersebut di dalamnya.”
Doa meliputi kebaikan di dunia dan menjauhi segala kejahatan
Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan bahawa al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Nabi SAW sering berdoa dengan doa ini kerana pada doa ini terkumpul makna doa seluruhnya, baik yang berhubungan dengan perkara dunia mahupun akhirat. (Lihat Fath al-Bari, 14/430)
Imam Ibn Kathir pula menjelaskan bahawa doa ini meliputi pelbagai kebaikan di dunia dan menjauhkan segala kejahatan. Ia mencakupi permintaan yang bersifat duniawi seperti kesihatan, rumah yang luas, isteri yang cantik, rezeki yang melimpah, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, kenderaan yang baik, pujian dan sebagainya.
Kebaikan di akhirat pula mencakupi masuk ke dalam syurga – yang merupakan kebaikan yang tertinggi – kemudahan hisab dan pelbagai urusan akhirat yang lain. Manakala keselamatan dari api neraka pula bererti juga kemudahan dari pelbagai faktor penyebabnya di dunia, iaitu berupa perlindungan daripada segala dosa dan larangan serta terhindar daripada pelbagai syubhat dan perkara haram. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/390)
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...