Perbankan internet banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pelbagai kemudahan disediakan dari membayar bil utility, pemindahan bank ke bank, membuat pembayaran pembelian barang dan makanan serta lain-lain lagi termasuk membuat simpanan.
Khusus bagi pendeposit Tabung Haji, jika suatu ketika dahulu kita perlu berurusan di kaunter Tabung Haji dalam membuat urusan transaksi simpanan dan pengeluaran dan kemudian ia ditambah baik dengan urusan boleh dilakukan di Bank Islam dan Bank Rakyat. Bagi memudahkan urusan pendeposit, Tabung Haji telah melancarkan THiJARI di mana penyimpan boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter lagi.
Mulai semalam, demi memudahkan pengguna membuat simpanan dan menyemak baki simpanan, Tabung Haji menjalin kerjasama dengan Rakan Strategik mereka iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di mana pendeposit boleh menambah simpanan melalui aplikasi JomPAY sahaja. Lebih mudah dan lebih selamat serta cepat tanpa perlu ke kaunter lagi.
Ads
Dalam perkongsian di fb rasmi mereka, Tabung Haji memaklumkan, selain di kaunter-kaunter TH dan UTC, pendeposit juga boleh melakukan transaksi TH di kaunter-kaunter Uniteller, Automated Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM) dan Perbankan Internet rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.
Pengaktifan (link) kad ATM perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi membolehkan pendeposit menggunakan perkhidmatan TH melalui ATM, CDM dan Perbankan Internet Rakan Strategik TH.
Tapi sebelum nak buat perbankan internet melalui JomPAY kita perlu tahu no akaun Tabung Haji sebanyak 15 digit itu.Kalau tak ingat boleh call Tabung Haji untuk dapatkannnya.
Bila dah ada nombor akaun Tabung Haji, bila buat membuat JomPAY, di biller code nanti tulis 60228 diikuti nombor akaun Tabung Haji kita di Ref 1 (yang 15 digit tu) dan diikuti tulis Tabung Haji bagi Ref 2. Dan selepas itu boleh diteruskan seperti biasa.
Ads
Aktifkan akaun di Tabung Haji dalam tempoh 7 tahun sebelum akaun diiktiraf tidak aktif
Ads
Dalam pada itu, Tabung Haji turut mengingatkan pendeposit agar melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi di Tabung Haji dalam tempoh 7 tahun agar akaun masih sah dan tidak berstatus tidak aktif.
Bagi yang ingin tahu, boleh hubungan pihak Tabung Haji untuk maklumat lanjut.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap dari kita pasti pernah berdoa kepada Allah SWT. Sama ada diterima atau belum dimakbulkan, jangan pernah berputus asa kerana satu hari nanti apa yang kita minta itu akan diperkenankan Allah.
Tapi tahukah, ada tiga orang yang doanya tidak tertolak di hadapan Allah.
Berdasarkan hadis ;-
“Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang doanya tidak tertolak. Pertamanya, pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sampai ia berbuka,dan doa orang yang terzalimi, Allah akan mengangkatnya di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya seraya berfirman: Demi keagungan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu meski setelah beberapa saat.” (Hadis Hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Penjelasan hadis:-
Hadis ini menjelaskan tiga kelompok orang yang doanya tidak tertolak, iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga ia berbuka, dan orang yang dizalimi.
Kalimat “tiga orang yang doanya tidak tertolak” menjelaskan faktor-faktor dan ciri-ciri orang yang doanya cepat terkabul, baik berdoa untuk diri sendiri mahupun orang lain. Faktor doa mereka dikabulkan disebabkan kebaikan yang ada pada diri mereka atau kerana tawaduknya kepada Allah ketika berdoa.
Para ulama hadis menjelaskan bahawa penyebutan bilangan “tiga” tidak menunjukkan terbatasnya jumlah mereka in tapi hanyalah merujuk kepada di antara orang-orang yang doanya cepat terkabul.
Pertama: Pemimpin Yang Adil
Yang dimaksud kalimat “pemimpin yang adil” adalah pemerintah yang menguruskan segala urusan manusia dan kemudian ia berlaku adil, mentaati perintah Allah dengan meletakkan Allah dihadapannya dalam membuat keputusan. Menurut Ibn Mandhur dalam kamus Lisan Arab, adil adalah sesuatu keputusan dibuat tidak menurut hawa nafsu dan lalai dalam membuat suatu keputusan.
Kedua: Orang Yang Berpuasa
Orang berpuasa sampai ia berbuka meliputi mereka berpuasa sunat mahupun wajib di bulan Ramadan. Setiap doa pasti akan dikabulkan Allah kerana sesungguhnya orang berpuasa ini menahan hawa nafsunya dari godaan syahwat.
Dalam sebuah hadis dari Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak ada yang dapat menolak qadha’ kecuali doa, dan tidak ada yang dapat menambah (kualiti) usia kecuali ketaatan.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh at-Tirmidzi
Ketiga: Orang Yang Dizalimi
Berhati-hati membuat aniaya kepada orang lain, mencaci maki, menjatuhkan maruah dan lain lagi kerana doa orang teraniaya tiada hijabnya di antara Allah.
Dalam Al-Qur’an, Allah SWT berfirman:
“Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa: 148).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bulan November 2020 menjadi bulan penuh bersejarah buat semua muslim seluruh dunia apabila kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah umrah kepada jemaah antarabangsa dalam kuantiti terhad.
Kebenaran ini merupakan satu berita gembira kepada bakal jemaah kerana pintu Mekah telah ditutup semenjak berlakukan pandemik Covid 19 pada Mac 2020 lalu.
Syukur ke hadrat Allah, akhirnya kegelisahan dan kerinduan terungkai dengan kebenaran ini. Berikutan itu pihak berkuasa Arab Saudi telah menetapkan prosedur baharu sepanjang ibadat umrah dilakukan dan ia mesti dipatuhi oleh jemaah.
Susulan itu, pastinya perkongsian menarik ustaz Muhammad Shaharuddin dan isteri, ustazah Salima Mat Hashim yang menetap di Arab Saudi bagi melanjutkan pelajaran di sana, mengenai norma baharu sepanjang mereka melakukan ibadah umrah di sana ketika ini boleh memberi sedikit gambaran dan panduan kepada pelayar laman web Kashoorga.
Menurut mereka, masih ramai yang tertanya-tanya, bagaimankah sebenarnya tawaf dilakukan dalam musim Covid-19 ini? Jelas kelihatan segalanya nampak sitematik, tersusun dan tenang. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan.
Berikut adalah bagaimana jemaah melakukan tawaf norma baharu yang diterapkan kepada semua jemaah:
Kalau anda perasan pada gambar-gambar ini, ada banyak pelekat yang diletak pada bulatan-bulatan Mataf (kawasan tawaf). Pelekat inilah sebenarnya yang memainkan peranan penting agar memastikan para jemaah umrah sentiasa berada dalam trek tawaf yang lurus. Jarak di antara satu bulatan dengan yang lain dalam lebih kurang satu depa.
3.PARA PEGAWAI PENJAGA TAWAF
Kalau dahulu kita boleh tawaf sesuka hati, tawaf norma baru ini boleh dikatakan setiap bulatan ada penjaganya iaitu para pegawai, demi memastikan tawaf dilakukan dalam penjarakan fizikal lebih kurang 1.5 hingga 2 meter, dan supaya para jemaah sentiasa berada dalam trek yang betul.
Pantang mereka ini nampak orang terkeluar trek atau rapat-rapat ketika tawaf, pasti akan dilaungkan: “تَبَاعُدْ!!!!” Tabaa’ud!!! (Jarak!!!)
Dalam keadaan ramai para jemaah umrah yang sedang bertawaf, para pegawai akan memastikan mereka memulakan tawaf dengan bulatan ketujuh yang ditulis pada pelekat itu dengan “المَسَارُالسَّابِع”Al-Masaar as-Saabi’ (trek yang ke-7).
Kemudian apabila sampai di rukun Syaami (sebelum rukun Yamani), anda akan lihat pelekat petak kecil menyerong ke kiri, di situ pegawai akan memastikan anda ‘corner’ ke bulatan yang ke-6, dan begitulah seterusnya sehingga anda telah sampai pada pusingan tawaf yang ke-7 dan terakhir, anda akan berada pada bulatan yang paling kecil dan paling dekat dengan Ka’bah yang ditulis pada pelekatnya “المَسَارُالأَوَّل” Al-Masaar al-Awwal(trek pertama)
Ini kalau jemaah umrah tengah ramai, kalau dah saki baki yang tawaf tu, pegawai tak kisah pun kalau kita nak tawaf kesemua pusingan pada bulatan yang paling dekat dengan Ka’bah.
Yang terakhir sekali, apabila anda telah sampai pada pusingan terakhir di buatan yang paling kecil itu, pegawai tahulah ini pusingan terakhir anda dan mereka akan memastikan anda keluar dari tempat tawaf di bahagian sebelum Maqam Ibrahim, yang mana diletakkan pelekat petak-petak menyerong ke kanan memanjang sampai ke arah tempat anda solat sunat lepas tawaf di situ.
Ini agar memastikan tidak berlaku “accident” bila anda nak keluar dari trek tawaf tersebut.
“Ma Sya Allah! Unik kan? Kami pun teruja melihat sistem yang mereka terapkan pada musim Covid-19 ini”
Ada yang pernah bersuara: “Inilah antara hikmah Covid, kalau tak kerana Covid, tak adalah mereka pandai buat sistem seperti ini”
“Antara kelebihan tawaf norma baharu mengikut bulatan-bulatan yang ditetapkan ini, kita tidak akan tersalah kira pusingan tawaf, betul tak? Kalau tak, rasanya ramai juga di antara kita yang pernah ‘lost count’ semasa tawaf: “Eh, dah pusingan 6 ke 7 eh?” Banyak betul kes was-was dalam ibadah ini”
Alangkah indahnya kalau perlaksanaan sistematik ini dapat diterapkan juga pada masa akan datang untuk mengucup Hajar Aswad, Multazam dan juga al-Hijr(Hijir Ismail)”, ulas mereka.
InshaAllah, kepada bakal jemaah kita tunggu dan lihat serta alami sendiri nikmat, indah dan syahdunya melakukan tawaf norma baharu ini.
Kashoorga: Sungguh teruja untuk lakukan ibadah umrah ini. Alhamdulillah, walaupun diselubungi kerisauan penularan Covid 19, Insha Allah, Tuhan lindungi semua jemaah yang ke sana. Patuhilah SOP yang ditetapkan.
Banyak hikmahnya pandemik ini terjadi. Jika ada ada ahli keluarga dan kenalan bakal kerjakan umrah, kongsikan cerita ini sebagai gambaran awal buat mereka.
Rasanya baru sahaja bersua muka dengan Penceramah Bebas ini untuk bertanya mengenai hukum Fiqah.
Malah selepas itu ada juga berhubungan melalui WhatsApp juga untuk tujuan sama.
Segala pertanyaan dijawab dengan baik dan tepat. Permintaan tidak pernah dihampakan begitu saja.
Siapa sangka itulah antara kenangan tidak dapat dilupakan kerana empunya diri Ustazah Shadiya telah meninggal dunia bertemu PenciptaNya awal pagi tadi di rumahnya.
Ternyata kehilangan beliau sangat dirasai semua. Melalui laman Instagram Fedtri Yahya ada muat naik perkongsian tentang pemergian Ustazah Shadiya yang memang dikenalinya sebelum ini.
Menurut Fedtri berita yang begitu duka apabila perginya sebutir bintang dalam dunia dakwah.
“Al Fatihah. Berita yang begitu duka. Perginya sebutir bintang dalam dunia dakwah… Ustazah Shadiya Abbas telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
“Semoga legasi ilmu yang ditinggalkan menjadi kebahagiaan yang tak terhingga damainya untuk dia di alam sana.
“Masih tak percaya dengan berita ini Orang yang sangat baik dan berilmu. Tenanglah di sana kekanda @shadiyaabbas
Dalam posting selepas itu, Fedtri turut muat naik perkongsian kisah di mana sebelum itu Ustazah Shadiya ada terlibat dengan satu kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya.
Dalam situasi itu, arwah yang lemah ketik itu masih tetap meminta agar auratnya terpelihara sekalipun tahu ketika itu saat darurat dan ada mudharat. Waktu itu Allah makbulkan doanya apabila auratnya sentiasa terpelihara.
“Imbasan peristiwa: Ketika kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya… Ustazah Shadiya yang lemah tidak meminta apa-apa kecuali satu –
“Auratnya terpelihara, sekalipun dia tahu ada darurat dan ada mudarat. Allah makbulkan doanya…
“Kini dia telah pergi buat selamanya. Dugaan athma. Anak-anak masih kecil. Semoga segala ilmunya membuka mata hati dan marilah nanti kita bantu anak-anaknya setelah segala urusan penting selesai. ..
“Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi buat Ustaz @mkazman
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FEDTRI YAHYA & USTAZAH SHADIYA ABBAS
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...