Dalam musim PKP dan dalam masa sama kita sedang berpuasa di bulan Ramadan. Dan kini hanya tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum menjelangnya Syawal.
Ramai antara kita ternanti-nanti detik Malam lailatul Qadar. Adakakah kita insan bertuah yang akan menemui malam yang lebih baik dari malam sebelumnya.
Dan pastinya 10 malam terkahir ini kita digalakkan untuk melakukan pelbagai amal ibadah serta bersedekah.
Perkongsian di laman sosial Facebook Ayunie Anuar memberitahu cara untuk mengumpul Tabung Lailatul Qadar.
TABUNG LAILATULQADR
Ads
Hasil berforum semalam dgn Ustaz Azian (bekas imam Masjid USJ9), beliau cadangkan satu idea yg sangat menarik, praktikal dan menguntungkan.
Salah satu cara mudah utk “mengena” amalan sedekah kita di malam Lailatul Qadar ialah dgn menyediakan Tabung Lailatul Qadar.
Kemudian minta semua ahli keluarga utk menyumbang sejumlah wang ke dalam tu SETIAP malam esp di 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan putus, setiap hari masukkan walaupun seringgit.
Niatkan bahawa bila habis Ramadhan nanti, hasil kumpulan dlm tabung itu akan diserahlan kpd pihak yg layak (anak yatim, asnaf, masjid dsb.) Tak perlu serah sekarang. Boleh tunggu kemudian.
Ads
Tapi deposit setiap malam. Jika terkena deposit kita pada Lailatul Qadar, pahalanya LEBIH BAIK dari seribu bulan. Bukan sama, tapi lebih baik!
Note: of course boleh aje bagi infaq direct setiap malam (eg secara online). Tabung ni lebih utk mengajak ahli keluarga esp anak2 kecil utk turut sama bersedekah.
Contoh pengiraan kasar ikut Maths moden jika terdeposit hanya RM1:
RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30K. Kalu nak nilai RM1juta, boleh deposit RM33 sehari.
Saya dah sediakan tabungvtersebut utk keluarga saya. Jom semua pakat sediakan juga, dan KONGSI gambar tabung anda dan ayat penerangan di atas utk menggalakkan rakan2 FB anda buat juga.
Saya izinkan copy/paste & share, termasuk gambar sekali. Semoga usaha kita mendapat bantuan Allah utk menemui Lailatul Qadar tahun ini.
Mohon betulkan kalau salah. KONGSI2KAN!
Copy paste from
Zaid Mohamad Coach Smart Parenting Malaysia. 18 Ramadhan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebagai manusia yang lemah, tidak dinafikan ada kalanya kita dipenuhi rasa malas untuk membaca kitab suci al-Quran ini. Padahal kita boleh kumpul pahala berganda dengan membacanya walaupun hanya satu ayat saja.
Namun, bagaimana caranya untuk terus bersemangat membaca Al-Quran? Ini 5 cara yang anda boleh lakukan:
Perbetulkan niat anda. Niatkan baca anda dengan harapan Allah akan memberi petunjuk dan panduan dalam kehidupan seharian.
Jika anda bosan melihat Al-Quran yang hanya bersifat dua warna yakni hitam dan putih sahaja, dapatkan Al-Quran yang berwarna-warni. Telah banyak dan pelbagai corak Al-Quran yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.
Jika kita faham akan sesuatu pasti perasaan ingin mengetahui akan lebih melonjak-lonjak. Jadi, setiap kali membaca Al-Quran cuba anda fahamkan apa yang sedang disampaikan oleh ayat tersebut. Dengan cara ini ia dapat merangsang minat anda untuk terus membaca Al-Quran
Ayat Al-Quran boleh dijadikan sebagai doa dan zikir harian. Jadi, sekiranya anda terjupa ayat yang boleh dijadikan doa maka tandakan ayat tersebut dan hafal.
Tak kisah lah walau apa pun perasaan kita, sama ada gembira, sedih, kecewa dan lain-lain rasa, jadikan Al-Quran sebagai alat untuk menghiburkan diri anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa tidak mengenali empunya nama Farah Lee. Personaliti ini sangat aktif di media sosial kerana sering berkongsi ilmu motivasi dan keibu bapaan kepada pengikutnya.
Biarpun hidup sebagai ibu tunggal, tetapi Farah Lee dilihat seorang yang positif dalam meneruskan hidup dan membesarkan anak tunggalnya, Maream seorang diri.
Farah memberitahu pelbagai cabaran serta kata-kata hinaan yang pernah diterima sebelum berjaya seperti hari ini dalam dunia perniagaan.
Katanya banyak pengorbanan yang telah dilakukan demi kesejahteraan anak sehingga dirinya dilihat rela berkorban masa dan juga tenaga.
Bukan itu sahaja, Farah juga mendedahkan perjalanan hidupnya agak sukar kerana banyak pihak kurang senang dengan dirinya dan bertindak melemparkan kata-kata negatif padanya.
Namun begitu, segala kerja keras dilalui berbaloi kerana kini kehidupannya dilihat berjaya apabila limpian untuk memiliki sesuatu yang mewah mampu direalisasikan olehnya sendiri.
Farah dilihat membeli sebuah kereta jenama mewah beserta nombor plat kenderaan yang eksklusif yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit.
“Masih terngiang ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka,
“Tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat…”“
“Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually.
“Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot
“I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost.
“Now that the wall was demolished — I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah.
“Arwah Papa once confessed to me; “Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu”. Sadly, you’re not here to see us today Papa. But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang.
“Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.
“Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.
“It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat.
“Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, WITH hardship comes ease.
Dalam masa sama Farah juga telah berjaya menyelesaikan thesis pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-kanak di University of Leeds, United Kingdom hujung Februari lalu.
Walau bagaimanapun sesi graduasi ‘Master’ yang sepatutnya berlangsung Julai lepas masih tertangguh. Dia juga sebelum ini adalah graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan.
Biarpun sibuk menguruskan perniagaan serta tanggungjawab sebagai ibu, Farah juga aktif menyertai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan dengan menubuhkan platform Chidrity by Farah 29 September tahun ini.
Ternyata kisahnya Farah Lee ini memberi insiprasi buat semua bahawa setiap kesusahan itu akan Allah ganti dengan sesuatu yang manis di pengakhirannya nanti. Malah perkongsiannya itu juga turut mendapat respon baik dari warganet.
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)