Amalan berkirim salam adalah kebiasaan, malah ia telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Dan adalah wajib bagi kita menjawab kiriman salam ini sama ada melalui utusan yang menyampaikan atau kiriman surat atau sebagainya secara lisan dengan segera .
Kebanyakan kita akan menjawab kiriman salam ini dengan ucapan Waalaikumsalam. Namun begitu ia lafaz itu tidak tepat untuk menjawab salam yang dikirim melalui orang tengah.
Lafaz yang disunat adalah “وَعَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه”.
Diceritakan bahawa Malaikat Jibril A.S juga pernah menitipkan salam melalui Nabi SAW kepada Aisyah R.Anha kerana Aisyah tidak dapat melihat Jibril. Beliau menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda kepadanya:
Maksudnya: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.” Lalu aku menjawab: “وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat Allah).” Nabi SAW melihat apa yang tidak aku lihat.”[5]
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad, Aisyah R.Anha menjawab salam tersebut dengan lafaz:
Maksudnya: “Salam sejahtera kembali buatmu dan buatnya, rahmat Allah dan keberkatan-Nya.”
Ads
Sunat balas salam kepada penyampai juga
Dalam hal ini disunatkan untuk kita turut membalas salam kepada penyampai salam tersebut sebagaimana disebutkan oleh Imam al-Nawawi dengan mengucapkan lafaz salam, “وَعَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه” yang bermaksud “Ke atas kamu (utusan yang membawa salam) dan ke atasnya (orang yang mengirim salam) keselamatan, rahmat dan keberkatan daripada Allah jua.”
Dapat disimpulkan dengan jelas bahawa apabila seseorang datang dan menyebut bahawa seseorang menyampaikan salam kepada kita, maka wajib untuk kita menjawabnya dengan segera.
Selain itu kita turut disunatkan untuk membalas salam kepada penyampai salam tersebut sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di atas.
Jika dalam setiap solat fardhu kita membaca surah al-Ikhlas, ini bermakna kita telah membaca lima kali surah yang penuh keberkahan ini. Bayangkan kalau kita turut berzikir 33 kali surah ini setiap hari ditambah pula dengan membacanya dalam solat sunat.
Subhanallah kita boleh duduk menangis mengetahui khasiat-khasiat atau manfaat besar yang diberikan Allah kepada kita hanya dengan membaca surah pendek yang mengandungi 4 ayat ini.
Cuba darabkan sahaja jika dalam seminggu, sebulan dan setahun! Khabarkan kepada anak-anak kita agar hafal dan hayati ertinya lalu amalkan bacaannya setiap hari.
Untuk meringkaskan khasiat besar surah ini, kita baca senarai yang telah disusun cantik oleh Mohd Ibrahim untuk menaikkan semangat kita agar istikomah dalam membacanya setiap hari.
Bacalah Surah al-Ikhlaṣ1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
Apabila kita membaca Surah al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
a)Jika dibaca 3 surah ini; al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas pada waktu pagi dan petang, nescaya kita terhindar daripada mengalami apa-apa kesusahan.
b)Bacalah Surah al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Bacalah Surah al-Ikhlaṣ1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.” InsyaAllah berhasil.
a)Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara konsisten. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b)Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
Baca Surah al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
Bacalah Surah al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Bacalah Surah al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu, InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah : Sebagai bentenga atau pagar diri Sebagai suplemen, vitamin lahir dan batin (sihat jiwa raga jauh dari penyakit apapun) Anti sihir atau santau Mahabbah Murah rezeki Perubatan Membuka hijab Perlindungan dari zina Bersih dan sucikan hati kita
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan.
Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istikomah.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
Dengan membaca Surah al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada al- Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
Kashoorga: Daripada Anas r.a bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini (al-Ikhlas) lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”. IHR at-Tirmidzi)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sewaktu Ramadan yang lalu mungkin ramai yang berjaya khatam al-Quran. Ada yang khatam lebih dari sekali. Alhamdulillah..
Tapi ada juga yang selepas menamatkan bacaan sebanyak 30 juzuk, kitab suci al-Quran ini terus disimpan dalam almari atau disusun di atas rak tanpa terus membacanya.
Pendakwah selebriti, Ustaz Aniq Muhaimin Ismail atau lebih dikenali sebagai Aniq Muhai mengingatkan, membaca al-Quran bukan sekadar mengejar khatam, tetapi harus dijadikan amalan sepanjang hayat.
“Ingatlah, syarat al-Quran ini bukan bermakna apabila kita sudah habis (khatam) al-Quran, maka sudah tidak perlu baca lagi seperti novel,” katanya memetik perkongsian daripada Sinar Harian.
Benar, al-Quran bukan seperti sebuah novel yang apabila selesai dibaca, kemudian diletakkan kembali ke rak sehingga tahun berikutnya.
Ujar Ustaz Aniq Muhai, sebaiknya kalamullah itu ialah teman sejati yang seharusnya kita bawa dalam kehidupan seharian.
“Jadikan al-Quran teman kita. Jangan tunggu 11 bulan baru hendak buka semula,” katanya sambil mengingatkan bahawa Al-Quran bukan hanya untuk Ramadan tetapi sebenarnya sepanjang tahun dan setiap masa.
Dalam pada itu, Ustaz Aniq Muhai yang juga seorang penyanyi nasyid mengingatkan tentang kepentingan al-Quran yang tidak terbatas kepada sekadar membacanya, sebaliknya kitab suci itu harus dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
“Bila kita khatam, berusahalah untuk menghafalnya sebab dalam solat, kita tetap membaca bait-bait kalimah suci berkenaan.
“Takkan kita asyik hendak mengulang bacaan surah yang sama saja?” soalnya sambil mengingatkan umat Islam agar terus memperbanyakkan bacaan dan hafalan al-Quran supaya ia benar-benar menjadi cahaya dalam kehidupan kita.
Di samping itu, beliau turut mengingatkan bahawa konsistensi dalam beribadah juga tidak kurang pentingnya yang mana Ramadan lalu sepatutnya menjadi titik mula dan bukan sekadar episod bermusim.
Apatah lagi katanya, kita sering menyaksikan keajaiban Ramadan yang mana hati keras boleh menjadi lembut dan yang jauh boleh kembali dekat. Keindahan itu katanya, ia perlu diteruskan selepas Ramadan.
Jika seseorang itu pernah melakukan dosa besar dan menyesalinya, apakah yang perlu dilakukan bagi menghapuskan dosa tersebut termasuk juga dengan dosa kecil?
Orang yang pernah melakukan dosa besar hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha. Antara cara atau syarat bagi mereka yang benar-benar bertaubat kepada Allah ialah:
1. Bertaubat hanya kerana Allah SWT bukan kerana manusia.
2. Betul-betul menyesali dan benci akan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.
3. Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa.
4. Sekiranya melakukan kesalahan terhadap manusia, hendaklah memohon maaf kepada orang tersebut.
5. Dirikan solat sunat taubat untuk menyempurnakan lagi taubat kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan DIA Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka luas kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat. Sekiranya orang kafir tertarik dan kembali kepada Islam maka segala dosa yang pernah dilakukannya diampunkan sama sekali.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (al-Baqarah: 222)
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” (Riwayat Muslim)
Manakala dosa kecil pula boleh diampunkan dengan memperbanyak istighfar, menyempurnakan wuduk untuk mendirikan solat, berjalan menuju ke masjid untuk solat dan amalan-amalan yang lain. Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?