Cerai Ketika Live Tak Wajar, Nak Bercerai Perlulah Secara Berakhlak

Dulu timbul persoalan lafaz cerai What’s App tapi terbaru tular pula cerai ketika ‘live’ di TikTok. Ia berikutan situasi seorang usahawan wanita yang diceraikan talak dua ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok disaksikan oleh lebih 20 ribu pengikutnya.

Mengulas tentang perceraian sebegini menurut Mufti Kelantan Datul Mohamad Shukri Mohamad perpisahan suami isteri sepatutnya berlaku secara berakhlak, di hadapan hakim Mahkamah Syariah dan bukannya menerusi cara lain termasuk ketika sedang bersiaran langsung di media sosial.

Ini kerana katanya perkahwinan adalah satu amalan yang sangat besar kepada Islam dan mengkehendaki supaya satu-satu perkahwinan itu berlangsung secara tenang, aman dan bahagia.

Ujarnya jika berlaku perselisihan faham atau perbalahan ia perlu diselesaikan secara baik seperti yang dianjurkan Islam.

Ads

“Ini berikutan ketika nak berkahwin dulu, kita menggunakan cara Islam termasuk orang tengah dengan ada pertunangan, risikan dan langkah-langkah awal yang diambil sebelum kita kahwin.

“Jadi untuk berpisah ini, sama… kalau jalan terakhirnya perlu kepada bercerai maka bercerai secara berakhlak seperti yang dianjurkan oleh Islam. Namun, kita masih bersaudara dan menjalin ukhwah Islamiah serta tidak perlu bermasam muka,” katanya memetik laporan dalam Berita Harian.

Perkara tak baik tak perlu dihebohkan

Ujar Mohamad Shukri lagi dalam konteks sekarang, mereka yang mahu bercerai perlu menghadirkan diri bersama-sama di depan hakim Mahkamah Syariah untuk mohon perceraian.

Ads

“Kenapa hal begini (bercerai) kita nak hebohkan kerana kita bimbang perkara tidak baik ini akan menjadi perkara biasa dan ikutan. Orang kata dia bercerai dan kita pun nak bercerai.

“Jadi perkara ini seolah-olah menjadi galakan untuk bercerai. Sebab itu bercerai dalam talian dan dihebohkan ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak dikehendaki oleh agama.

Ads

“Kalau perkara yang baik memang kita perlu hebohkan dan perkara yang negatif ini tidak perlu dihebohkan,” katanya.

Sebelum ini, situasi diceraikan ketika live di TikTok juga pernah berlaku kepada seorang peniaga kosmetik dari Kelantan

Sumber: Berita Harian

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads