Selagi pasangan masih ada, hargailah sebaiknya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

‘Ciptalah memori bersama, selagi nyawa dikandung badan.’ Sesibuk mana sekalipun carilah masa untuk pasangan kerana bila salah seorang tiada nanti, menyesal pun tak berguna.

Di awal perkahwninan, mungkin banyak masa ditumpukan kepada pasangan. Setelah dikurniakan cahaya mata, tumpuan beralih pula kepada anak-anak dan masa yang selama ini diluangkan pada pasangan makin kurang.

Tanpa sedar lama-kelamaan, hubungan suami isteri menjadi hambar dan tawar. Oleh sebab itu, walaupun mempunyai anak ramai, waktu bersama pasangan jangan dilupa. Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri dan hadam nasihatnya:

Artikel Berkaitan: “Arwah Sanggup Tak Pergi Kerja, Sentiasa Luangkan Masa Seolah Tahu…”, Isteri Luah Rasa Sedih

Ciptalah Memori Bersama

Sekali sekala, buatlah surprise kepada pasangan. Yang nak marah, boleh bertukar menjadi senyum.

Malah yang kecik hati, boleh terubat dengan sendiri. Yang tawar dan hambar, boleh jadi manis dan ceria kembali.

Surprise tu bukannya apa-apa pun. Itu tandanya ambil berat dan sangat menyayangi. Walaupun apa yang dibuat untuk surprise tu tak berapa ringgit pun.

Saya tak pandai nak main-main kata. Juga saya tak pandai nak hantar-hantar bunga. Saya bukan yang jenis macam tu kalau nak tunjuk sayang dan kasih mesra.

Selagi Nyawa

Saya percaya ramai suami di luar sana yang sama macam saya. Tak pandai nak buat macam orang perempuan buat dekat suami mereka. Almaklumlah, orang perempuan kan jiwa lembut dan romantis.

IKLAN

Sekadar yang saya boleh buat, saya buat. Macam hari ini saya culik isteri saya di sekolahnya. Tinggal keretanya dekat sana, naik kereta dengan saya. Kami keluar makan tengahari.

Isteri ni kadang-kadang bukan hendak apa pun dari suami. Mereka hendak perhatian saja. Malah, mereka suka kalau dibelai dan dimanja. Mereka suka kalau kita bagi sesuatu dekat mereka.

Dikandung Badan

Yang duit lebih, bolehlah bagi hadiah mahal-mahal. Bagi yang duit banyak, bolehlah bawa melancong merata tempat.

Atau yang skoda-skoda macam saya ini, berilah ikut kemampuan. Nasi goreng, telur mata dan keropok keping pun jadilah tanda ingatan.

Yang penting sebenarnya bukanlah pemberian tu. Yang penting ialah saat bersama tu. Enjoy the moment orang putih cakap.

Makan makanan best dan melancong tempat menarik. Apa yang best? ata apa yang menarik?

IKLAN

Makanan itu ke yang best? Tempat itu ke yang menarik?
Bukan. Sebenarnya, bukan makanan itu yang best. Bukan tempat itu yang menarik.

Baca Di Sini:

Siapa Patut Jaga Suami Terlantar & Masa Yang Sama Isteri Kena Bekerja Cari Nafkah? Mufti Wilayah Beri Pencerahan

Sesibuk Mana Sekalipun

Makanlah makanan paling mahal di restoran paling eksklusif sekalipun, tapi makan seorang diri saja, tak best mana pun.

Pergilah melancong ke tempat paling cantik dengan pakej paling mahal sekalipun, tapi pergi seorang diri saja, tak la best mana pun.

Tapi dengan siapa kita menikmati makanan itulah yang menjadikan makanan itu best. Dengan siapa kita melancong itulah yang menjadikan tempat pelancongan itu best.

IKLAN

Makan roti kosong dengan wife jadi best. Berjalan ke pasar pagi dengan kekasih hati jadi best. Tak ada apa sangat pun kan?

Tapi dia jadi sangat best. Kerana orang yang kita sayang dan kasih itulah akan menjadikan segala di dunia ini jadi best. Para suami dan para isteri sekalian.

Carilah Masa Untuk Pasangan

Hargailah setiap masa pasangan kita masih hidup. Sesibuk mana sekalipun kita, carilah masa untuk pasangan kita. Jika tak sempat nak rancang, secara mengejut pun bolehla.

Masa pasangan kita hidup masih hidup, kita tak ada la rasa benda tu penting sangat. Tapi bila pasangan kita dah tidak ada, itulah memori yang akan kita kenang sampai ke akhir hayat kita.

Ciptalah memori bersama pasangan sementara nyawa masih dikandung badan.
#KAB

Kashoorga : Selagi pasangan masih ada, hargailah sebaiknya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Sumber : Ustaz Anuar Basri

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI