Kecoh di media sosial mengenai kecurangan seorang suami yang mengkhianati cinta isteri yang tinggal secara jarak jauh. Lebih malang si suami didakwa menjalin hubungan cinta dengan kakitangan bawahannya termasuk pengakuan melakukan zina.

Benarkah curang itu pilihan? Atau kita memang termasuk dalam kategori “test market”. Ikuti kupasan Rohana Saad di fbnya yang pernah berkongsi info kenapa curang.

Baik kau setia saja!

Dah berpunya tapi melayan. Dah tersuka dikatakan takdir Tuhan. Ini bullshit kau tahu tak?. Setia atau curang, bukan bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran. Curang itu pilihan bukan kesilapan, so jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan takdir. Kita nak sesuatu pun atas pilihan kita sendiri dan kemahuan diri sendiri. Kalau kau pilih untuk setia, kau tak akan berani mendua.

IKLAN

Kalau nak setia, duduk jauh pun tetap setia. Kalau nak curang, duduk sebelah pun boleh curang. Kalau isteri dah “perfect” pandai masak, pandai jaga suami dan anak-anak, tapi kalau suami nak curang, dia curang juga.

Bila suami sakit, isteri sibuk nak jaga dia. Bila isteri sakit, suami sibuk nak cari penganti dia, betulkan? Jadi suami ni, jangan sesekali curang dengan isteri, sebab bila kau curang.. dia tak akan sama macam dulu lagi.

Kenapa curang? Sebab ingat akan dapat yang lebih baik? Tak. Sebenarnya bila kau curang, kau akan kehilangan seseorang yang sememangnya cuba menjadi terbaik untuk kau. Tapi kau tamak. Nak juga cari lain. Susah nak cantumkan hati isteri yang telah hancur. Nak dia layan kau macam dulu pun susah.

IKLAN

Jadi, jangan cuba-cuba untuk curang. Hati yang terluka tak mungkin kembali seperti asal, beringat-ingatlah. Bukan mudah untuk merawat luka, kalau sembuh sekalipun parutnya tetap ada.

Mengikut kajian, suami curang lebih cepat mati. Kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung. Curang perlu bekerja keras, kena padam mesej, lock phone dan kena fikir ayat-ayat untuk menipu. Terlalu susah untuk curang, baik setia je.

IKLAN

Pada suami di luar sana dan bakal suami, tolong laaaaa fikirkan hati dan perasaan isteri korang. Sebelum ada hati nak cari lain ingatlah masa susah dulu sama-sama, masa dah senang apa pasal pulak nak bagi isteri kau madu?. Bagi isteri kau makan hati tenguk kau berbahagia dengan orang lain.

Tidak semua suami adalah sampah dan tidak semua wanita juga adalah suci tanpa pernah melakukan kesilapan. Hakikatnya, segalanya bergantung kepada diri sendiri. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, baikilah perhubungan.

Bagi si perempuan yang menjadi orang ketiga, sailang hak orang pun pilihan. Kau dah tahu orang tu suami orang, kau boleh je tak melayan. Kau boleh je jauhkan diri. Tapi kau tetap memilih nak membina bahagia atas derita orang lain. Jangan risau, kifarah kejap je sampai. Sumber : Rohana Saad