Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.
Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
ANAK ITU REZEKI
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Ads
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Oleh itu bagi mereka yang sudah mempunyai zuriat, usahlah menyakiti pasangan yang belum lagi dikurniakan zuriat. Janganlah ‘cederakan’ perasaan pasangan yang Allah belum lagi kurniakan cahaya mata kepada mereka sebaliknya berdoalah agar mereka segera dikurniakan anak yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya. Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ads
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia.
Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
Sumber kredit: FB: Dr.Zabidi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak zaman merdeka lagi kita semua rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni. Walaupun berbeza agama dan bangsa, tetapi tidak membataskan ikatan ukhwah antara satu sama lain.
Seperti perkongsia Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang memberitahu hari ini hari menyedihkan kerana menerima berita pemergian jirannya yang berangsa Cina.
Menurutnya jirannya mendiang Pakcik Choong atau nama sebenarnya Choong Kooy Choon selalu menghadiahkan pelbagai binatang peliharaan kerana mereka berkongsi hobi yang sama.
Malah setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, beliau tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk mendiang sekeluarga. Dan mendiang akan membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin.
Justeru Dr Zulkfli berterima kasih kepada Allah kerana menghadirkan insan ini untuk mencipta kenangan bersama dan mengingatkan beliau bahawa kita semua adalah dari nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Hari ini hari yang menghibakan apabila menerima berita pemergian seorang jiran saya yang berbangsa Cina. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas di media sosial,mungkin mengenali mendiang Pakcik Choong atau pemilik nama sebenar Choong Kooy Choon yang selalu menghadiahkan saya pelbagai haiwan peliharaan beliau kerana kami berkongsi hobi yang sama.
Setiap kali Tahun Baru Cina, saya tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk beliau sekeluarga. Beliau sudah pasti membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin. Hidup dengan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia adalah nikmat Allah SWT untuk kita manfaatkan bersama demi menbina masa depan Malaysia yang lebih harmoni. Terima kasih Allah SWT kerana menghadirkan mendiang Pak Choong dalam hidup saya, mencipta kenangan indah bersama dan membenarkan lagi keimanan saya bahawa kita semua asalnya daripada nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Firman Allah SWT: يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا “Hai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu menjadikan kamu semua berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu semua saling mengenali…” (Surah al-Hujurat: 13)
Kesetiaan seorang isteri itu tidak hanya ketika suaminya senang tetapi juga ketika susah. Betapa kasih dan sayangnya isteri meski si suami sudah terpesong dari ‘landasan’ namun dia tetap teguh berdiri di sebelah suaminya terus memberi sokongan.
Saya menerima pm daripada seorang wanita, ibu kepada 4 orang anak yang semuanya masih kecil. Baru sahaja dapat pengesahan daripada keputusan Ujian darah suaminya, POSITIF HIV. Persoalan kenapa suaminya semakin berubah sejak 3 tahun kebelakangan ini terjawab, rupanya dalam tempoh itu ada hubungan dengan kaum sejenis yang kenal hanya melalui FaceBook.
Suaminya sebelum ini seorang yang baik dan sangat rapat dengan anak-anak. FB yang dibuka 3 tahun lepas bermula segalanya. Nauzubillahi minzalik, hari ini bukan medsos (media sosial) anak-anak sahaja, medsos pasangan juga perlu dipantau, banyak kes kecurangan hingga penzinaan bermula di FB, sangat banyak.
Sejak beberapa bulan ni, saban hari suaminya bangun malam bermunajat bertaubat kepada Allah SWT, sentiasa dengan air mata merayu-rayu kemaafan daripada si isteri, anak-anak semuanya masih tidak mengerti.
Air mata darah sekalipun tidak akan mengubah hakikat yang sedang berlaku. Namun Allah sentiasa membuka pintu taubat dan rahmatNya. Isteri ini sedang mengumpul kekuatan untuk satu kemaafan yang menuntut bukan sedikit pengorbanan. Saya mohon doakan wanita ini terus positif melalui kehidupan dan diberi jalan keluar yang terbaik daripada Allah SWT. Wanita ini akan membaca doa dan kata semangat drpd kita semua.
*Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan wanita ini.
*Saya tidak mencadangkan apa-apa kepada beliau, samada teruskan dalam pernikahan atau berpisah, buat masa ini itulah pilihan yang dia sendiri buat, untuk akan datang kita sendiri tidak pasti. Doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Kelahiran di rumah, bertemankan doula (peneman bersalin) dan menolak nasihat doktor untuk bersalin di hospital menjadi trend mutakhir ini. Apa yang amat dikesali kerana keputusan itu dibuat berdasarkan pemahaman salah mengenai apa itu kaedah Islamik dan apa yang tidak.
Ajal memang ditentukan qada dan qadar. Namun harus kita ingat bahawa Islam menekankan kepentingan ikhtiar dan pengetahuan jelas yang dapat membantu kita membuat keputusan bersandarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir laman Facebooknya tentang isu doula.
Doula atau suami. Yang mana lebih baik?
Sebutlah apa pun tugas seorang Doula, itu sebenarnya juga tugas seorang suami dan lebih lagi. Sebagai peneman semasa proses kelahiran? Suami lebih baik. Sebab suami sendiri ada semasa proses paling awal semuanya ini terjadi.
Sebagai pemberi semangat kepada Isteri sebelum, semasa dan selepas kelahiran? Suami lebih baik. Suami lebih mengenali isteri berbanding Doula. Menghabiskan masa setiap hari dengan isteri. Memahami kehendak isteri dari hujung rambut hingga hujung kaki.
SUAMI LEBIH BAIK
Sebagai pemudah urusan isteri selepas bersalin seperti menjaga isteri, menyediakan makanan, menguruskan anak-anak dan termasuklah menyediakan persekitaran yang baik untuk Isteri? Suami lebih baik kerana suami lebih tahu tahap keselesaan yang diperlukan isteri. Anak – anak juga lebih kenal ayahnya dan privasi rumah terus terjaga. Ini lebih baik dari ada orang luar yang berkeliaran di rumah sendiri.
KAWAN YANG DISEWA
Kenapa Doula dikatakan diperlukan? Doula ini sendiri bermula di luar negara di mana ramai wanita yang bersalin tidak ditemani sesiapa disebabkan hubungan yang tiada batasan. Akhirnya, seorang wanita terpaksa menanggung kesemuanya seorang diri.
Dari sini datangnya peranan “peneman” atau dengan nama komersialnya Doula. Jangan terkejut, orang yang sunyi dan orang yang memerlukan sokongan, sanggup membayar orang lain untuk menjadi peneman di saat yang memerlukan ini. Dengan erti kata lain kawan yang disewa.
Berbeza sedikit di Malaysia di mana hubungan antara lelaki dan wanita tidak seteruk dan sebebas di negara luar. Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, boleh dikatakan mempunyai seorang suami di sisi.
Jadi, adakah seorang wanita di Malaysia masih memerlukan Doula? Ya dan tidak?
Jawapannya YA, apabila keadaan amat memerlukan. Buat wanita yang kehilangan suami, sama ada kerana penceraian, kematian atau pun disebabkan masalah perhubungan bebas. Di tahap ini, jika seorang wanita itu tiada sahabat handai, saudara mara atau pun malu dengan keadaan yang sedang dialaminya, memang dia memerlukan segala sokongan dan dorongan dari segi emosi yang Doula berikan.
Jawapannya TIDAK pula ialah apabila wanita yang bakal melahirkan itu mempunyai suami. Memang tanggungjawab suami menyediakan segalanya dari A sampai Z, menjaga emosi isteri, menjadi peneman isteri, pemberi semangat semasa isteri berjuang, memberi kasih sayang, mengingatkan yang semua yang dilalui ini berbaloi dan bersedia apabila diperlukan pada sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran.
Jika suami tidak boleh menjadi seperti yang di atas kerana kekangan tempat kerja yang jauh dan sebagainya, carilah orang yang boleh mengganti semua tugas itu. Mula dengan adik beradik, saudara mara dahulu. Jika tiada, Doula boleh memainkan peranan yang tidak lebih dari yang dinyatakan di atas.
Namun, jika si suami tidak boleh menjalankan tugasan wajib seorang suami seperti yang saya nyatakan kerana malas, tiada inisiatif dan tidak rasa itu semua penting, anda sepatutnya boleh berhenti menjadi suami. Kita namakan sahaja anda sebagai penderma sperma. Derma dan tinggal. Jika anda di tahap ini, andalah antara punca kenapa Doula ini wujud.
Jadi, tepuk dada tanya diri. Anda rasa Doula atau suami yang lebih baik untuk sentiasa berada di sisi?
DOULA HANYALAH PENEMAN
Sekali lagi saya tekankan, Doula hanya berfungsi sebagai peneman, pemberi galakkan, menyokong emosi dan fizikal. Tidak lebih dari itu dan Doula ini sebenarnya tidak perlu wujud jika semua suami menjaga isterinya dengan baik.
Suamilah Doula yang sebenar-benarnya. Kalau selama ini suami anda telah temankan anda semasa bersalin dan sepanjang masa dari awal kelahiran hingga selepas kelahiran, bolehlah minta suami print sendiri sijil Doula. Kerana Doula di Malaysia sendiri tidak diiktiraf KKM pun.
Saya amat terkesan dengan kenyataan Professor Imelda Balchin.
“Doula tidak ada apa-apa training perubatan untuk mengenali apakah kecemasan.”
Baca dan fikirkan kenyataan itu. Jika anda tidak rasa bimbang langsung, terpulanglah untuk meletakkan nyawa anda di tangan Doula. Saya secara peribadi, sama sekali tidak akan benarkan.
Silent treatment dalam rumah tangga boleh menjadi penderaan emosi yang merosakkan hubungan suami isteri jika tidak dikawal dengan komunikasi yang sihat.