Denda RM1000 Langgar SOP, Boleh Ke Tak Bayar? Peguam Ulas Isu Ini

Share

Standard pematuhan mengenai kesalahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kegagalan mematuhi undang-undang ditetapkan membolehkan individu disaman sebanyak RM1000.

Disaat ramai mengeluh kerana ketiadaan duit dan sebagainya, mungkin ramai yang mengabaikan bayaran denda ini dan mengharapkan saman itu berlalu begitu sahaja. Boleh ke dari sudut perundangan, kita mengabaikan bayaran denda ini? Peguam Hasif Hasan mengulas isu ini yang perlu kita faham dan tahu.

Baca catatannya :-

Rakan fb menghubungi saya bertanyakan mengenai kesalahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang telah beliau lakukan.

Terdapat tawaran kompaun sebanyak RM1000 ditawarkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh beliau disaman di bawah Seksyen 25 Akta yang sama.

Soalannya apa akan berlaku sekiranya beliau tidak mampu membayar atau tidak boleh membayar kompaun tersebut selepas berakhirnya tempoh 14 hari.

Jawapan saya.

Setelah berakhir tempoh tawaran kompaun selama 14 hari, maka pihak yang mengeluarkan saman boleh memfailkan kes di mahkamah.

Tarikh bila yang disaman perlu hadir ke mahkamah perlu dimaklumkan oleh pihak pendakwa kepada pihak yang disaman.

Di mahkamah, orang yang disaman masih boleh membuat rayuan kepada Majistret dan memohon agar kadar denda dapat dikurangkan berdasarkan alasan alasan yang munasabah dan sesuai.

Berapa jumlah denda yang bakal dikenakan di luar pengetahuan saya cuma denda (sekiranya dikenakan oleh mahkamah) mungkin RM1000 atau kurang.

Orang yang disaman juga perlu memohon kepada mahkamah agar tiada hukuman berbentuk pemenjaraan dikenakan terhadap beliau dan satu hukuman denda seminima atau sekurang mungkin dikenakan.

Sekian.

IKLAN