Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq adalah nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini. Rezeki itu luas, ia tidak terbatas pada wang ringgit atau harta benda saja.
Sebaliknya rezeki itu datang dari pelbagai sudut seperti rezeki telah dijamin, rezeki kerana usaha dan kerja, rezeki kerana bersyukur, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki kerana istgfar, rezeki kerana bernikah, rezeki kerana anak, rezeki kerana sedekah bahkan rezeki kerana menyambung silaturahim.
Dalam keadaan negara diuji dengan banjir di pelbagai tempat, nampaknya rezeki tak disangka berlaku di Pantai Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor kerana puluhan ribu kupang naik ke darat tanpa disangka-sangka.
Ads
Bahkan gambar-gambar menunjukkan terlalu banyaknya kupang ini dikongsikan di fb warga sekinchan.
Ads
Menurut gambar dikongsi oleh Alia Humaira, rumah emaknya berdekatan pantai sahaja dan ramai yang pergi mengutip rezeki tidak terduga di pantai ini. Kelihatan berbaldi-baldi diangkut. Di saat ramai yang bertanya lokasi pantai ini, jalan masuk ke pantai ini mesti melalui dari Agrobank Tanjong Karang, jalan terus sampai jumpa pantai.
Ads
Walau ramai menyifatkan fenomena alam ini agak luar biasa dan dikaitkan ingin berlaku tsunami apabila hidupan laut “mendarat” di pantai, ia menurut fahaman masing-masing. Memang benar tsunami terjadi selepas banyak kejadian hidupan laut datang ke pantai (seperti terjadi di Indonesia) namun kehadiran puluhan ribu kupang ini juga adalah rezeki tidak terduga buat warga Tanjung Karang pagi tadi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Disebabkan satu dialog dalam episod yang disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, menyebabkan watak animasi Fizi dalam Upin Ipin dikecam netizen.
Biarpun perbualan itu hanya dalam kalangan kanak-kanak dan membabitkan watak dalam animasi Upin Ipin, namun kesannya sangat memberi impak pada penontok cerita bersiri ini.
Menyedari dirinya menjadi kecaman, Fizi tampil memohon maaf dalam satu video call yang dibuat kepada Upin Ipin.
Dia memohon maaf atas keterlanjurannya yang menyatakan tidak ada syurga untuk anak yang tidak mempunyai ibu.
Seperti video sebelum ini, keleteh Fizi yang sedih kerana dikecam ramai, mencuit hati peminat namun usahanya memohon maaf menerima pujian.
Sebelum ini, menerusi satu adegan yang disiarkan dalam episod berkenaan berjudul Syahdunya Syawal itu, Upin dan Ipin bersama Fizi dan Mail berbual tentang tanggungjawab anak untuk membantu ibunya.
Kata Mail, dia perlu membantu ibunya membuat persiapan hari raya kerana “syurga di bawah telapak kaki ibu”.
Kenyataan itu kemudian dibalas dengan soalan dari Upin dan Ipin, yang diketahui merupakan watak anak yatim piatu.
“Kalau tak ada ibu?” tanya mereka.
“Tak adalah syurga,” itu jawapan kontroversi yang diberi Fizi.
Memetik laporan Berita Harian beberapa hari lalu, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata reaksi orang ramai terutama penonton Indonesia membuktikan betapa watak-watak animasi berkenaan sangat dekat dengan masyarakat.
“Emosi sungguh penonton di Indonesia apabila Fizi melafazkan dialog berkenaan. Jelas mereka sebenarnya sangat sayang dengan watak Upin dan Ipin.
“Ada sebab dialog dilontarkan Fizi termasuk babak itu diwujudkan. Ini kerana persoalan di mana syurga bagi anak yatim, terus berlegar dalam fikiran kita,” katanya.
Perihal mengenai syurga ada disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 25.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”.
Matlamat akhir kehidupan manusia di dunia ialah memperoleh syurga berbanding neraka kerana neraka digambarkan suatu tempat yang menggerikan. Pasti ramai orang beriman dan beramal soleh ingin memasuki syurga kerana syurga digambarkan satu tempat yang sangat indah. Tapi tahukah kita, ada lima benda berasal dari syurga tapi ada di dunia ini.
Apakah lima barang berasal dari syurga namun ada di dunia ini?
Sesiapa yang ke Makkah pasti menginginkan mencium hajarul aswad. “Kepayahan” mencapai ke penjuru terletaknya hajar aswad itu hanya mereka yang pernah merasainya faham apa diperkatakan kerana ribuan manusia berasak-asak mahu mencium batu tersebut.
Asal kejadian dikatakan ia dikatakan berwarna putih namun selepas dicium oleh manusia-manusia yang berdosa, ia bertukar menjadi warna hitam. Berdasarkan hadith, Hajar Aswad dibawa oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu membangunkan Kaabah.
Dari Abdullah bin Amru berkata, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kamu masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).
Menurut Ibn Ishaq dalam bukunya Sirah Rasul Allah SAW, diceritakan kisah pembinaan semula Ka'abah oleh kabilah – kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda keatas Ka'abah yang telah memusnahkan sebahagian strukturnya. Ketika itu, Hajarul Aswad telah dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Ka'abah. Setelah pembinaan semula siap, kabilah – kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ketempat asalnya didalam Ka'abah.
Kemudiannya, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Ka'abah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka. Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad bin Abdullah. Usia beliau ketika itu baru mencecah 35 tahun, iaitu 5 tahun sebelum beliau menerima wahyu keRasulan. Dengan kebijaksanaan baginda, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad di tengah – tengah kain tersebut. Setiap ketua daripada setiap kabilah Mekah itu diminta untuk bersama memegang tepian kain tersebut lalu mengangkatnya.
Akhirnya Nabi Muhammad SAW sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ketempat yang sepatutnya sedia ada, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil. Begitulah asalnya bagaimana Muhammad bin Abdullah mendapat gelaran "Al-Amin" atau "Orang Yang Dipercayai" dikalangan masyarakat Arab.
2. Batu Maqam Nabi Ibrahim
Sama seperti Hajar Aswad, batu Maqam Nabi Ibrahim ini terletak di sisi Kaabah. Ia dikatakan menjadi batu pemijak Nabi Ibrahim ketika membangunkan Kaabah. Dikisahkan, ketika Nabi Ibrahim perlu meletakkan batu-batuan dan tanah ke tempat yang lebih tinggim maka Nabi Ibrahim telah memijak batu ini yang mana batu ini terangkat dengan sendirinya (atas izin Allah taala).
Pada batu tersebut masih terdapat bekas tapak kaki Nabi ibrahim. Dahulunya batu ini dikatakan memancarkan cahaya putih seperti Hajar aswad, namun Allah telah memadamkan cahayanya kerana dipercayai cahaya itu masih ada, cahayanya apabila digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka ia akan menerangi seluruh bumi antara ufuk timur dan ufuk barat.
Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda, “Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari syurga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian nescaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.
3. Kayu Gaharu
Ramai pernah dengar kayu gaharukan. Ia banyak terdapat di Indonesia dan harganya mencecah ribuan ringgit sekilogram dan banyak dibuat minyak wangi. Satu hadis menyebut mengenai kayu gaharu. Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda “golongan penghuni syurga yang pertama kali masuk syurga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhari).
4. Cincin Nabi Sulaiman
Wahab bin Munabih mengatakan bahwa cincin Nabi Sulaiman dikenal dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman” yang diciptakan Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya berasal dari langit yang memiliki empat sisi di antara sisinya tertulis kata:
Pada sisi pertama tertulis “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” ertinya : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.
Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki ”
Pada sisi ketiga tertulis “Kullu syai’in haalikun illallah” ertinya : Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah. .
Dan pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” ertinya : Maha suci engkau wahai Tuahanku yang tidak ada sekutu bagimu.
Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan. Di mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai bala tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang buas sebagai pekerjanya dan para Malaikat sebagai utusannya.
Beliau pernah berdoa kepada Allah meminta kerajaan yang tidak pernah ada yang menyamai setelahnya. Sebagaimana firman Allah SWT : “Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35). Gambar : FB
5. Daun Tin
Ramai tahu kisah Nabi Adam yang melanggar perintah Allah selepas terpedaya dengan bisikan syaitan agar tidak memakan buah khuldi. Namun akhirnya Nabi Adam dan isteri yang menyesali perkara ini diturunkan ke bumi dan cuba mencapai dedaun yang ada di syurga namun dedaun menjauhi dirinya. Hanya daun Tin berasa sedih kepada Nabi Adam dan menutup tubuh Nabi Adam. Allah berikan kelebihan kepada daun tin berupa buahnya yang manis tanpa biji.Gambar buah tin (abahtani.com)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak semalam rayuan seorang ibu anak enam yang menyara kehidupan keluarga dengan berniaga burger dengan pendapatan tidak sampai RM50, Dayana Mohamad tular di media sosial khususnya aplikasi tik tok.
Dalam linangan air mata, Dayana menunjukkan situasi ibunya yang lumpuh seluruh badan terbaring di atas katil dan apa yang mengecewakan dirinya borang permohonan bantuan kewangan untuk membeli susu dan lampin pakai buang ibunya sudah dua kali dikemukakan kepada pihak berkuasa khususnya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan kebajikan Masyarakat negeri namun tiada jawapan dari pihak berkuasa.
Lebih menyedihkan borang permohonannya tahun lepas didapati hilang dan dirinya kembali mengisi termasuk sudah memenuhi apa yang diinginkan. Tapi sayang, permohonannya tiada jawapan. Lebih menyedihkan katanya, adakah dirinya perlu meminta bantuan dari pihak gereja berikutan kewangan yang menghimpit?.
Di sebalik linangan air mata dirinya, hari ini dengan kuasa viral yang ada, pihak berkuasa sudah turun menziarahinya di rumah.
Dalam satu penjelasan memetik portal Majoriti, katanya, dia sudah membuat permohonan berkenaan sejak dua tahun lalu.
“Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur dan membuat permohonan di sana sebelum berpindah ke Teluk Intan, Perak.
“Saya jangkakan permohonan saya sudah di proses tetapi sudah dua tahun tidak ada sebarang maklum balas daripada mereka,” katanya.
Dayana memberitahu pihak JKM sudah datang ke rumahnya dan memaklumkan bahawa mereka akan segera menguruskan permohonan tersebut.
Bagi permohonan LPZ pula Dayana memberitahu, dia sudah dihubungi dan dimaklumkan bahawa berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan permohonannya masih belum diproses.
“LPZ Perak memberitahu bahawa berlaku salah faham yang mana mereka sebenarnya tidak menerima sebarang borang prmohonan daripada pihak LPZ Kuala Lumpur.
“Oleh yang demikian, mereka tidak dapat berbuat apa-apa tentang perkara tersebut dan akan menguruskan permohonan saya secepat mungkin,” ujar ibu kepada enam cahaya mata itu.
Katanya lagi, dia berterima kasih kepada orang ramai yang membantu berkongsi videonya kerana jika ia tidak tular belum tentu pihak berkaitan akan memberi respon dengan segera.
Alhamdullillah, semoga urusan keluarga ini dipermudahkan Allah, begitu juga pihak berkuasa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?