Disebabkan satu dialog dalam episod yang disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, menyebabkan watak animasi Fizi dalam Upin Ipin dikecam netizen.
Biarpun perbualan itu hanya dalam kalangan kanak-kanak dan membabitkan watak dalam animasi Upin Ipin, namun kesannya sangat memberi impak pada penontok cerita bersiri ini.
Menyedari dirinya menjadi kecaman, Fizi tampil memohon maaf dalam satu video call yang dibuat kepada Upin Ipin.
Dia memohon maaf atas keterlanjurannya yang menyatakan tidak ada syurga untuk anak yang tidak mempunyai ibu.
Seperti video sebelum ini, keleteh Fizi yang sedih kerana dikecam ramai, mencuit hati peminat namun usahanya memohon maaf menerima pujian.
Ads
Sebelum ini, menerusi satu adegan yang disiarkan dalam episod berkenaan berjudul Syahdunya Syawal itu, Upin dan Ipin bersama Fizi dan Mail berbual tentang tanggungjawab anak untuk membantu ibunya.
Kata Mail, dia perlu membantu ibunya membuat persiapan hari raya kerana “syurga di bawah telapak kaki ibu”.
Kenyataan itu kemudian dibalas dengan soalan dari Upin dan Ipin, yang diketahui merupakan watak anak yatim piatu.
Ads
“Kalau tak ada ibu?” tanya mereka.
“Tak adalah syurga,” itu jawapan kontroversi yang diberi Fizi.
Memetik laporan Berita Harian beberapa hari lalu, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata reaksi orang ramai terutama penonton Indonesia membuktikan betapa watak-watak animasi berkenaan sangat dekat dengan masyarakat.
Ads
“Emosi sungguh penonton di Indonesia apabila Fizi melafazkan dialog berkenaan. Jelas mereka sebenarnya sangat sayang dengan watak Upin dan Ipin.
“Ada sebab dialog dilontarkan Fizi termasuk babak itu diwujudkan. Ini kerana persoalan di mana syurga bagi anak yatim, terus berlegar dalam fikiran kita,” katanya.
Menjadi impian bakal ibu mahukan suami menemani tatkala berjuang untuk melahirkan cahaya mata, lebih-lebih lagi anak pertama.
Namun kita hanya merancang, hanya Tuhan jua yang menentukan. Dek kerana tuntutan tugas menyebabkan suami tersayang tidak berada di samping sepanjang proses melahirkan.
Begitu pengalaman yang dilalui pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar yang telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan Petaling Jaya pada jam 2.23 petang semalam.
Namun begitu, kelahiran anak pertama ini tidak disaksikan oleh suami tercinta Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke malaysia disebabkan penularan COVID-19.
Dayah hanya ditemani oleh ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara di sebuah pusat perubatan di Damansara.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya.
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya.
Dalam pada itu sebelum bersalin, dalam posting terdahulu, Dayah ada berkongsi zikir yang diamalkan sebelum waktu untuk melahirkan.
Zikir ini adalah untuk permudahkan segala urusan (sepanjang proses melahirkan anak sulungnya) itu.
Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2:23pm tadi. Both mommy and baby doing fine alhamdulillah .
Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami . Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out . Macam mimpi . Indescribable feeling masha Allah
Syukur alhamdulillah
Pengacara Borak Kopitiam ini juga turut mendapat ucapan tahniah dari rakan selebriti atas kelahiran anak pertama pasangan ini. Dayah dan suami mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 yang lalu.
Kata orang selagi tubuh masih sihat dan mempunyai minat mendalam tidak salah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Dan bagi pelakon popular yang kini lebih banyak melakukan aktivit dakwah, Oki Setiana Dewi, 31 tidak menjadikan dirinya yang sedang hamil untuk meraih PHD.
Sepanjang empati tahun pengajiannya itu, pendakwah ini bertungkus-lumus menyiapkan kajian dan penulisan thesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”.
Ini sekaligus menjadikan beliau doktor ke-1225 Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Ustazah Dr. Oki Setiana Dewi juga telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun dan telah dikurniakan 3 cahaya mata.
Ternyata kisah ini sangat memberi motivasi dan inspirasi buat ibu-ibu di luar sana untuk terus mencapai kejayaan walau dalam apa situasi.
Hari ini dapat dilihat ketegangan perang makin memuncak di antara Palestin dan zionis Israel. Selepas tentera membedil kawasan awam dan meruntuhkan penempatan rakyat Palestin, bridget Al Qassam memberi amaran akan melancarkan serangan balas ke arah Tel Aviv. Buktikannya malam tadi, sebanyak 130 roket dilancarkan ke arah Tel Aviv di mana keadaan di kawasan itu sebahagiannya musnah dan keadaan menjadi hura-hara sebagaimana pernah dilalui oleh rakyat Palestin sebelum ini.
Dalam pada itu, pendakwah terkenal, PU Azman turut berkongsi kenapa doa untuk pembebasan Palestin belum dimakbulkan Allah?
Kenapa Allah tak menangkan Palestin? Palestin sedang menang. Menang dengan semangat jihad yang tumbuh dari iman.
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman".
Kita lihat mereka berkejaran dalam gempita bom dan peluru. Tapi hakikatnya, mereka sedang kejar syahid, sebaik-baik kematian. Kalau kita kesian dengan Palestin, kita patut lebih kesian pada diri kita kalau tak sudi berdoa untuk mereka. Padahal benda itu sangat mudah untuk dilakukan.
Kita tak galas tugas seberat Umar al Khattab yang membuka Baitul Maqdis dan tidak seperit Solahuddin al Ayubi yang membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman musuh Islam dan tak sehebat Mujahidin Palestin yang setia berjuang untuk pembebasan Palestin.
Lalu bila kita berdoa, kenapa Palestin masih tidak menang? Kerana rintihan kita menjadi pilihan Allah untuk DIA dengari. Boleh saja Allah lenyapkan perang ini 70 tahun yang lalu. Lalu apa yang tinggal untuk kita? Terus santai di zon selesa?
Usaha kita iaitu prihatin, risau, doa dan infaq bukan debu yang dipersiakan. Semua itu menempah ganjaran Allah sebagai umat yang mengambil berat hal saudaranya. Semua itu saham akhirat buat kita.
Kenapa rakyat Palestin mengukir senyum ketika ditangkap tentera Israel? Kerana kepercayaan mereka yang padu pada ganjaran akhirat. Mereka yakin janji Allah. Masa depan bukan di dunia persinggahan tapi di syurga abadi.
Jadi bila Yahudi dan Israel akan hancur? Mereka sedang bahkan telah lama hancur. Hancur dengan tamak yang akhirnya memberi laluan mudah Mujahidin untuk menggalas syahid ke syurga. InsyaAllah.
Cuma persoalannya, kita di mana sekarang ini?
-Cik Man-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kucing masuk syurga atau tidak? Ketahui penjelasan menurut Islam berdasarkan al-Quran dan pandangan ulama mengenai nasib haiwan di akhirat serta ganjaran berbuat baik kepada haiwan.