Antara syiar terpenting yang membezakan seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam ialah daripada segi pakaian yang menepati kehendak dan piawaian syariat. Disiplin berpakaian ini lebih kerap disebut sebagai kewajipan menutup aurat kerana secara asasnya Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai, tetapi menetapkan bahagian mana yang wajib ditutup bersama beberapa kriteria asas.
Apabila seorang wanita Islam mengenakan pakaian, bukan si pemakai sahaja yang mendapat ‘saham’ tetapi si tukang jahit pun turut mendapat ‘saham.’
Perlu diketahui, bahawa gaji atau pendapatan yang didapatkan dari pekerjaan yang haram bekerja sebagai tukang jahit pada bahagian membuat pakaian haram atau menjadi karyawan kepada model yang menjual pakaian haram adalah harta yang haram.
Nabi bersabda, “Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu maka Allah pasti mengharamkan pendapatan yang dihasilkan darinya” [HR. Abu Daud, no. 3488, dinilai sahih oleh Al-Albani]
Orang yang sudah terlanjur bekerja dengan pekerjaan haramdi atas, wajib segera keluar dan mencari pekerjaan lain yang halal sehingga halal pula gaji dan makanan yang dia makan atau tidak membuat pakaian yang menjolokkan mata. Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada kita sekalian dan memudahkan semua urusan kita serta membukakan pintu untuk kita mengecapi kekayaan-Nya dengan cara lebih halal.
Ads
TUJUH GARIS PANDUAN PAKAIAN MUSLIMAH DI HADAPAN BUKAN MAHRAM
1.Menutupi keseluruhan tubuh melainkan wajah dan tapak tangan.
Ads
2. Pakaian yang dipakai bukanlah perhiasan yang melampau atau bertabarruj sehingga menarik perhatian.
3. Pakaian yang dipakai itu tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit dan membayangkan anggota tubuh.
4. Pakaian yang longgar, tidak ketat dan memperlihatkan bentuk tubuh sehingga boleh menimbulkan syahwat.
Ads
5. Tidak memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki bukan ajnabi.
6. Pakaian yang dipakai tidak menyerupai pakaian lelaki.
7. Tidak dipakai untuk tujuan menunjuk-nunjuk atau ingin nampak glamor.
Sesungguhnya menutup aurat itu adalah demi untuk menjaga kehormatan diri seorang wanita yang sangat tinggi nilainya dalam Islam.
Sumber: FB: Prof Dr Muhaya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Islam itu indah. Walau dengan hanya sedikit kebaikan seperti sedekah jariah, Allah akan berikan ganjaran yang sangat besar tak terhitungkan jumlahnya. Setiap perbuatan baik itu akan dicatat dan dibalas di kemudian hari biarpun ia hanya sekecil-kecil sedekah.
Sebagaimana firman Allah SWT:
فَمَنيَّعمَلمِثقَالَذَرَّةٍخَيرًايَّرَه Ertinya “Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (QS. Al- Zalzalah: 7)
Dalam Islam terdapat begitu banyak jenis sedekah jariah dan pahalanya kekal mengalir walaupun kita telah meninggal dunia. Ia seakan sebuah ladang buah-buahan yang sentiasa mengeluarkan hasil untuk dimanfaatkan oleh tuan punya ladang. Dari Abu Hurairah r.a, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثَةٍ : إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ “Jika manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: (1) sedekah jariyah, (2) ilmu yang diambil manfaatnya, (3) anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.” (HR. Muslim, no. 1631)
Apa kata kita lihat 10 jenis sedekah jariah yang boleh kita jadikan sebagai ‘ladang buah’ yang tidak putus menghasilkan buah-buahan untuk pemiliknya.
Diriwayatkan dari ‘Umdah al-Qari, Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang membina masjid yang dengannya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga (HR al-Bukhari dan Muslim)
Membangun masjid atau mendermakan tanah wakaf untuk dibangunkan masjid merupakan amal jariah yang boleh kita lakukan.
Masjid yang dibangun di atas tanah pemberian kita akan dipakai sebagai sarang ibadah. Apabila masjid itu digunakan oleh masyarakat berhampiran, ia akan menjadi ladang pahala yang terus mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.
Walaupun hanya sebuah perigi kecil, tapi ingatlah bahawa Allah tidak melihat kepada saiz atau besar sumbangan kita sebagai pengukur pahala. Dengan perigi kecil itu lah, kita akan mendapat pahalanya selagi mana ia memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menggali perigi, (kemudian) tidaklah setiap yang memiliki ruh, baik dari kalangan manusia, jin, dan burung yang minum dari perigi tersebut, melainkan Allah (pasti) akan membalasnya kelak di hari Kiamat.”
Mencetak buku atau posting artikel ke sosial media dan digital yang bermanfaat terutama berhubungan dengan ilmu agama dan ajaran kebaikan akan menjadi salah satu jenis sedekah jariah.
Ilmu yang bermanfaat dari buku akan mengalirkan pahala kepada kita yang menyebarkan ilmu itu. Bersyukurlah kepada para penulis atau wartawan yang menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.
Mungkin cara ini kurang popular di negara kita. Bukan tidak ada, tetapi kurang. Memberi tempat tinggal untuk orang yang bermusafir juga termasuk dalam sedekah jariah yang amalannya tidak akan terputus.
Sedekah atau memberikan sebahagian harta secara iklas juga merupakan salah satu jenis sedekah jariah.
Sebagaimana dalam Firman Allah SWT: مَثَلُالَّذِينَيُنْفِقُونَأَمْوَالَهُمْفِيسَبِيلِاللَّهِكَمَثَلِحَبَّةٍأَنْبَتَتْسَبْعَسَنَابِلَفِيكُلِّسُنْبُلَةٍمِائَةُحَبَّةٍوَاللَّهُيُضَاعِفُلِمَنْيَشَاءُوَاللَّهُوَاسِعٌعَلِيمٌ Ertinya: “Perumpamaan orang -orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai:tumbuh seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al- Baqarah ayat 261)
Wadah ilmu hadir dalam pelbagai bentuk. Selain buku yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain juga akan menjadi amalan dan sedekah jariah bagi kita kelak.
Sebab ilmu yang bermanfaat akan senantiasa membawa seseorang menuju jalan kebaikan. Tentunya amalan nya akan terus mengalir kepada kita yang ikhlas mengajarkan ilmu yang bermanfaat tadi.
Dari Abu Hurairah Berkata, Baginda Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya termasuk amalan dan kebaikan orang mukmin yang masih mengalir selepas kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau mushaf al-Qur`an yang diwariskannya, atau masjid yang dibangunnya, atau rumah singgah bagi para musafir yang dibangunnya, atau sungai yang dialirkannya, atau sedekah yang dkeluarkan dari hartanya saat sihatnya dan di masa hidupnya, (semua itu) masih mengalir kepadanya selepas kematiannya. ” (HR. Ibnu Majah; Shahih at-Targhib)
Perihal anak yatim telah disebut sebanyak 32 dalam al-Quran. Tentulah ini menunjukkan betapa berkatnya jika kita menyediakan rumah anak yatim sebagai tempat berlindung mereka.
Usaha kita itu menjadi ladang amalan bagi kita dan pahalanya berterusan tanpa henti. Islam meletakkan kedudukan tinggi buat anak-anak yatim dan sewajarnya lah kita memelihara kebajikan mereka.
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW : « أَفْضَلُالصَّدَقَةِسَقْيُالْمَاءِ» “Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum.” (HR. Muslim).
Sesunggunya Nabi ketika ditanya bagaimana Islam yang baik itu. Baginda menjawab : « تُطْعِمُالطَّعَامَوَتَقْرَأُالسَّلاَمَعَلَىمَنْعَرَفْتَوَمَنْلَمْتَعْرِفْ» “Engkau beri makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal maupun yang tidak kamu kenal.” (Terdapat dalam Ash-Shahihain).
Mengadakan majlis zikir merupakan amalan amal jariah yang pahalanya akan mengalir kepada kita kerana semua kegiatan dalam majlis itu merupakan kegiatan berlandaskan ajaran agama Islam.
Kashoorga: Ada 10 amal jariah yang boleh kita lakukan. Tepuk dada tanya selera. Sudah tentu kita mahukan pahala yang mengalir seperti derasnya air sungai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Rasulullah menjalani gaya hidup sihat sepanjang kehidupannya. Maka sebab itulah Baginda tidak pernah ditimpa penyakit teruk.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan malah diberi pahala.
Lalu bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Melalui perkongsian Fedtri Yahya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang kelebihan orang yang membaca At Taubah ayat 128-129.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. – jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.