Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surah at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya. Hanya mereka yang mengamalkan bacaan surah ini sahaja yang tahu tentang ‘khasiat’ dua potong ayat ini.
Umur saya dah 32 tahun, tapi baru dua tiga hari ni saya tahu hikmah ayat ini. Baru sahaja saya amalkan 7 kali selepas Solat Fardu tanpa fahami maksud pada hari pertama, pelbagai perkara positif berlaku pada saya.
Terkejut saya. Rezeki saya melimpah ruah. Aura saya jadi luar biasa. Kekuatan saya dapat juga berbeza. Badan yang sakit lenguh seminggu hilang begitu sahaja. Allahuakbar.
HATI RASA SEBAB
Setelah saya baca apa maksud ayat tersebut, saya terus sebak. Sebak yang sukar diceritakan. Sayangnya Allah pada saya. Allahuakbar.
Ads
2 ayat dari Al-Quran ni belum pernah saya jadikan amalan harian selama ini. Dah 32 tahun mencari erti hidup sementara ini, baru saya bertemu ayat ini dengan memahami terjemahannya dan merasai hikmahnya setelah sahabat saya yang juga merupakan jiran saya berkongsi ayat ini pada saya pada jam 9.05 pagi dalam whats app pada 21 Mei 2019.
Ads
Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129 yang bermaksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.
129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”
Buat sahabat yang terbaca perkongsian ini pagi ini, anggaplah ia rezeki untuk mengetahui kehebatan Ayat Al-Quran ini dan amalkanlah sepenuh hati.
Yakinlah yang segala kesulitan akan diangkat, segala bebanan akan hilang, jika berhutang In sha Allah akan keluar dari bebanan dan yang paling agung, pasti akan bertemu kebahagiaan luar biasa nanti. In sha Allah.
Umum mengetahui pelakon drama kepolisan, Gerak Khas, Abby Abadi telah selamat melahirkan anaknya secara pembedahan walaupun usia kandungan baru 24 minggu.
Bayi pramatang seberat 540 gm yang dinamakan Baby D kini berada dalam pemantauan dan diletakkan di dalam NICU (Neonatal Intensive Care Unit).
Sebaik muat naik perkembangan Baby D ini, ramai yang menzahirkan simpati pada Abby dan keluarga. Sangat beruntung Abby kerana ramai insan yang menyayanginya.
nurmalasari_adikmanis Bismillah… Alhamdullillah… Insya Allah dengan izin Allah swt baby nya sehat sis…
norgayah_mohammad semoga kalian dipelihara Allah taala dan baby D diberi kesembuhan dan kesihatan yg memberangsangkan. Tak sabar nak tengok baby D bergumpal bermain2 sama dgn daiyandayana
roslina349 Alhamdulillah…Semoga baby D membesar dengan sihat.you stay strong Baby Boy…
norhayati70700Aaminn…semoga baby D cepat sihat dan dipermudahkan segala nya…
Bukan sahaja ada antaranya yang dari tanah suci Mekah dan Madinan mendoakan kesihatan Abby dan Baby D, tetapi juga Pusat Tahfiz turut membuat solat hajat kepada mereka berdua.
Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat….Ada yang doakan di Madinah Mekah…
Pusat Tahfiz pun ada buat solat hajat untuk baby…semua sayang baby
Mama pun dah sihat..BP mama tak tinggi sgt dah….Baby jangan risau tentang mama ya.
Allah ada, Allah yang lebih berkuasa dari segala2nya….
Baby x keseorangan kat NICU, abah dan mama akan sentiasa datang jumpa baby…..
Tadi lama sangat baby pegang jari mama….nampak kuat jari baby pegang jari mama….Abah tahu dalam diri baby ada kekuatan mcmana dalam diri mama…
Abah sayang baby dunia akhirat….Abah sayang semua, Abah doakan agar kita semua dapat berkumpul…
Walaupun berada dalam kedaan yang tidak begitu sihat, namun Abby tetap rajin menyebarkan dakwah di media sosial untuk mengingatkan warganet. Semoga usaha Abby ini akan mendapat ganjaran sebaiknya dalam membawa kebaikan kepada orang lain.
Tugas mendidik dan menjaga anak-anak itu terletak di bahu kedua ibu bapa. Mereka inilah insan yang bakal mencorak masa depan anak-anak sama ada mahu menjadi insan berjaya atau sebaliknya.
Dan sememangnya tugas ini bukanlah mudah. Banyak masa perlu dikorbankan untuk
memastikan mereka menjadi khalifah Allah yang diredainya di muka bumi ini.
Melalui satu perkongsian di Harian Metro di mana pasangan suami isteri, Hussin Ismail, 65 tahun dan Rosmunainah Asmuni, 65 tahun telah dikurniakan sembilan orang anak dan kesemuanya adalah hafiz al-Quran.
Menurut pasangan ini yang berasal dari Kampung Tebakang Bukit Payong Terengganu memberitahu telah mendidik anak-anak mereka dengan menghafal kitab suci itu dari kecil lagi.
“Saya dan suami mendidik semua sembilan anak menjadi hafiz pada usia muda dan kemudian turut cemerlang dalam bidang lain.
“Al-Quran itu bukan diturunkan kepada orang cerdik atau genius saja, tetapi mukjizat kepada semua. Bermakna orang biasa juga boleh menjadi hafiz dan hafizah, asalkan ada keinginan.
“Malah, selepas bergelar hafiz, lebih mudah untuk menghadam ilmu lain dengan lebih cepat berbanding orang biasa dan tidak keterlaluan jika dikatakan, ia kunci untuk menjadi seorang genius,” katanya ketika ditemui di Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini.
Menurut Rosmunainah, ibu kepada sembilan tahfuz ini berkata dia dan suami tidak mengamalkan petua atau ritual tertentu, cuma menjaga makan dan minum anak-anaknya.
Semua sembilan anaknya terdiri daripada Siti Nuur Izzati, 38, kini menjadi pengurus di Maahad Tahfiz Al-Nursi, Shah Alam; Mohd Saifullah, 37, (Ketua Eksekutif Akmal); Mohd Fakhrurrazi, 35, (bekas peserta program Imam Muda musim ke-2 dan penyelia pentadbiran Akmal di Shah Alam); Siti Fatimatuzzahra, 33, (pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor); Siti Nuur Nazifah, 31, (guru tahfiz ulul albab); Mohd Iqbal, 29, (penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Zulqornain, 26, (Timbalan penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Khidhir, 23, dan Mohd Danial, 21, kedua-duanya masih menuntut di Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan.
Menurut , kejayaan mendidik sembilan anak bergelar hafiz membuatkan dia semakin bersemangat berkongsi kaedah dengan orang lain.
Daripada situ katanya, timbul idea untuk mewujudkan Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) yang kini mempunyai 80 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa setahun.
“Kami menggunakan kaedah fast track iaitu revolusi hafazan al-Quran dalam tempoh setahun. Ia membabitkan pengurusan masa, suasana, makan minum dan kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar,” katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selain Indonesia atau Vietnam, Korea juga menjadi destinasi pilihan untuk kaki travel. Bukan saja kerana promosi tiket murah, tetapi kerana keindahan tempat berkenaan terutama buat kaki selfie.
Biarpun bukan negara Muslim, tetapi pengunjung ke Korea mudah untuk mendapatkan makanan halal. Walau pun begitu, ada juga beberapa tempat yang perlu kita pastikan makanan dijual adalah ‘halalan tayyiban’.
Salah satu tempat yang dikatakan agak meragukan status halal makanan dijual adalah di Myeongdong Street. Walaupun banyak menjual makanan ‘halal’ di kawasan yang popular ini.
Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang netizen mempersoalkan mengenai status kehalalan makanan di sana.
Dalam posting dimuat naik di laman twitter, dia ternampak ‘taktik’ licik salah seorang penjual sebuan stall yang telah menyalah guna label halal ini.
Menerusia satu perkongsian video, pemilik akaun menggunakan nama @Najib_Ayub telah merakam gelagat seorang penjual yang katanya telah menaikkan signboard halal apabila ternampak ramai wanita bertudung di kawasan kedainya.
Namun begitu, peniaga ini kemudiannya bertindak turunkan semula signboard berkenaan apabila melihat pelancong dari Filipina yang datang ke kedai berkenaan.
Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi. pic.twitter.com/cNIL8n7Z6o
Dalam postingnya juga dia sempat menasihatkan kepada mereka yang mahu berkunjung ke Korea supaya berhati-hatri dalam mencuba street food di sana kerana bimbang terkena dengan sikap peniaga yang mengambil kesempatan.
Malah ada antara salah satu kedai yang turut menyediakan daging khinzir namun meletakkan tanda halal di sana.
Ternyata posting ini menarik perhatian ramai warganet dan turut bersetuju bahawa makanan di Myeongdong Street tidak semuanya halal dan kebanyakannya scam pelancon Muslim.
Jadi bagi sesiapa ‘kaki travel’ yang mahu ke sana, agar lebih-lebih berhati-hati dengan soal makanan. Kita perlu peka dengan bahan-bahan dalam makanan berkenaan adakah benar-benar halal dan boleh dimakan.
Dalam pada itu, Najib ketika dihubungi oleh Harian Metro memberitahu bukan niat untuk memburukkan peniaga di situ (Korea Selatan), tetapi video dikongsi sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia yang mahu mencari makanan halal di sana.
Menurutnya juga, video berkenaan dirakam secara spontan oleh isterinya, Nurul Nadiah Abd Aris, 28, ketika berjalan sekitar kawasan berkenaan pada waktu malam.
“Ketika berjalan di Myeongdong, saya terkejut apabila melihat papan tanda dengan logo halal diletakkan di bawah meja niaga ketika kunjungan pelancong Filipina sedangkan ia digantung di hadapan gerai sebelum itu.
“Situasi itu seolah-olah menunjukkan peniaga terbabit hanya menggantung papan tanda berlogo halal ketika kunjungan kumpulan pelancong Muslim saja sebagai taktik untuk menarik kehadiran mereka.
“Namun, tidak semua peniaga di situ bersikap begitu kerana ada juga yang jujur,” katanya lagi yang turut memberitahu ada juga segelintir warganet salah tafsir dengan perkongsian video berkenaan.
Namun dia tidak peduli kata-kata negatif berkenaan kerana hanya menjalankan tanggungjawab berkongsi pengalaman ketika melancong. Malah terserlah pada mereka yang menonton untuk buat penilaian sendiri.
“Saya selalu melancong dan pernah menetap selama tiga tahun di Dublin, Ireland sebelum pulang ke tanah air.
“Apa yang saya perhatikan, terdapat satu persamaan dalam kalangan segelintir pelancong Muslim iaitu mudah tertarik untuk membeli makanan di gerai atau restoran yang mempamerkan logo halal.
“Selain itu, ramai juga yang menaruh keyakinan tanpa was-was terhadap makanan laut dijual sedangkan sos dan minyak digunakan untuk menggorengnya belum dijamin status halalnya.
“Ada juga yang memberi alasan tidak salah memakannya kerana darurat sedangkan pilihan di tangan kita.
“Apa salahnya jika kita memeriksa terlebih dulu bahan yang digunakan, memasak sendiri dan atau membeli peralatan seperti sudu, garpu serta periuk jika ragu-ragu.
“Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan peniaga saja sebaliknya perlu berusaha mencari maklumat sebelum melancong kerana segelintir peniaga menganggap hidangan bebas alkohol dan daging khinzir termasuk dalam kategori makanan halal,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.