Dipecat Kerana Tidak Mahu Terbang Ke Tel Aviv! Pilot Ini Menulis, Cukuplah Allah Memeliharaku

Share

Ada orang sanggup memperjudikan diri dalam dunia pekerjaan. Ada yang tak segan silu mengambil rasuah dan membuka pintu sempadan negara kerana terpedaya dengan nafsu untuk hidup senang. Isu seperti kartel daging adalah contoh yang cukup jelas. Begitu juga kemasukan beramai-ramai orang asing dan terus tidak keluar dari negara juga membuktikan jika tidak amanah, negara pun sanggup kita gadaikan.

Namun bukan semua terpedaya dengan nilai duit, kesenangan atau kemasyhuran sebaliknya berpegang teguh pada pendirian demi agama. Baru ini tular di luar negara, seorang juruterbang dari syarikat penerbangan Emirates yang dipecat kerana tidak mahu melakukan penerbangan ke kota Tel Aviv yang dunia tahu sering menindas Palestin.

Dalam kejadian dilaporkan oleh Public Maroko, juruterbang Mun’em Shahib Tabik telah berkongsi luahan hati di blog yang kemudian di kongsikan ke fbnya mengenai dirinya yang tidak lagi menjadi juruterbang selepas menolak menerbangkan pesawat ke Tel Aviv pada 12 Januari lalu.

Juruterbang berasal dari Tunisia itu kemudian terus menutup akaun facebooknya selepas menulis status “Allah saja yang memeliharaku.. saya tidak menyesal.”

Umum tahu, UAE baru saja menandatangan kepekatan perdamaian dengan Israel. Diikuti dunia Arab lain seperti Bahrain, Sudan dan Morocco. Sebelum ini bekas Presiden Amerika, Donald Trump menekan kesepakatan antara Israel- UAE pada 13 Ogos lalu. Ia merupakan kesepakatan normalisasi / perdamaian pertama antara negara Teluk dengan Israel dan ketiga dengan negara Arab selepas kesepakatan perdamaian Israel dengan Mesir pada tahun 1979 dan Jordon pada 1994.

Sumber : Palinfo / Gambar Pesawat Emirate mendarat di Tel Aviv oleh Memo.

IKLAN