Ads

Doa Mengiringi Bahtera Rumah Tangga, Perkahwinan Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim Kini Memasuki Tahun Ke-14

Pelakon dan personaliti terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta, Datin Lisa Surihani yang kini memasuki tahun ke-14.

Berbeza dengan kebiasaan pasangan lain yang mungkin memilih makan malam romantik atau sambutan mewah, Yusry memaklumkan tahun ini mereka meraikannya dalam suasana Ramadan yang penuh sederhana dan bermakna.

Menerusi perkongsian di media sosial, Yusry menyatakan ulang tahun kali ini diisi dengan sahur dan iftar bersama, sambil mencari ruang-ruang kecil untuk muhasabah diri serta mensyukuri nikmat rumah tangga yang dikurniakan Allah SWT.

Beliau turut menitipkan doa agar perkahwinan yang dibina terus menjadi sumber sakinah dalam hati mereka, sentiasa dilimpahi barakah serta dikuatkan jalinannya seiring kekuatan jiwa sepanjang Ramadan.

Ads

Doa Mengiringi Bahtera Rumah Tangga, Perkahwinan Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim Kini Memasuki Tahun Ke-14

“Dengan izinNya, ulang tahun perkahwinan ke-14 kami tahun ini kelihatan sedikit berbeza. Kami sahur dan iftar bersama, mencari momen tenang untuk refleksi dan kesyukuran di celah ibadah. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Ads

“Doa kami sempena ulang tahun perkahwinan pada tahun ini adalah agar perkahwinan kami terus menjadi sumber ketenangan (sakinah) dalam hati kami, sentiasa dilimpahi keberkatan-Nya serta semoga bulan suci ini menguatkan jiwa kami sebagaimana ia turut menguatkan ikatan antara kami,” tulis bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Ads

Perkongsian itu turut mengundang reaksi positif warganet yang tersentuh dengan kesederhanaan pasangan ini dalam meraikan hari istimewa. Ramai mendoakan agar rumah tangga mereka terus kekal bahagia dan menjadi inspirasi pasangan Muslim lain dalam mengekalkan cinta yang berpaksikan iman.

Sekadar info, Yusry dan Lisa berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith yang kini masing-masing berusia 11, 9 dan 5 tahun.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Pemain Bola Sepak Wanita Brazil, Kathleen Souza Peluk Islam Menjelang Ramadan

Menjelang ketibaan Ramadan yang penuh keberkatan, dunia sukan antarabangsa dikejutkan dengan perkhabaran menyentuh hati apabila pemain bola sepak wanita Brazil, Kathleen Souza dilaporkan telah...