Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu hantaran di media sosial beliau.
Amalan ringan dijamin syurga
1. Membaca Doa Selepas Wuduk
Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang mengambil wuduk, dan kemudian dia membaca:
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّ الله، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
” Maka Allah akan membuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memilih untuk memasukinya dari mana-mana pintu yang dia kehendaki. ” (Hadis Riiwayat Muslim)
2. Menjawab Setiap Lafaz Azan
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah mengajar kepada para sahabat lafaz yang perlu dijawab ketika azan dilaungkan oleh muazzin.
Ads
Kemudian, dihujung hadis tersebut, Rasulullah menjelaskan bahawa sesiapa yang melakukan sedemikian:
وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
“Maka telah pasti ke atas dirinya syurga” (Hadis Riiwayat al-Nasa i)
Ads
3. Membaca Ayat Kursi Selepas Solat
Rasulullah menjelaskan bahawa sesiapa yang membaca ayat kursi selepas selesai solat, akan dijamin syurga:
” Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. ” (Hadis Riiwayat al-Nasai)
Terdapat tiga golongan yang dijamin oleh Allah sekiranya dia hidup, dia akan diberikan rezeki dan kecukupan, dan sekiranya dia meninggal, Allah akan memasukkan dia ke dalam syurga. Yang pertama: Sesiapa yang memasuki rumah dan memberi salam kepada ahli keluarganya, maka Allah memberi jaminan baginya… ” (Hadis Riiwayat Ibn Hibban)
Kecanggihan teknologi hari ini membolehkan al-quran berada di dalam telefon bimbit kita. Ia sekali gus memberi kemudahan untuk umat Islam membacanya dengan mudah.
Namun begitu adakah kita dibolehkan membacanya bila-bila saja tanpa berwuduk. Seperti yang kita maklum sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar.
Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
(Surah al-Waqiah, 79)
Bagi menentukan apakah menyentuh al-Quran yang terdapat di dalam aplikasi telefon bimbit diwajibkan untuk berwuduk atau tidak, maka sebaiknya diperhalusi adakah ia juga dikategorikan sebagai Mushaf atau tidak.
Mushaf adalah sesuatu yang ditulis padanya daripada al Quran dengan tujuan pembelajaran
Oleh itu, dalam memahami maksud mushaf Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Bantani menyebut:
وَالْمرَاد بالمصحف كل مَا كتب فِيهِ شَيْء من الْقُرْآن بِقصد الدراسة كلوح أَو عَمُود أَو جِدَار
Maksudnya: Dan dimaksudkan dengan Mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran.
Bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan tulisan, Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairimi menyebut di dalam Hasyiahnya, bahawa tulisan (كِتَابَةً) bemaksud yang tertulis di atasnya, iaitu apa yang terdapat padanya tulisan, seperti lembaran dan kain sama ada ditulis padanya dengan menggunakan dakwat atau selainnya, dan begitu juga ukiran berbentuk huruf pada batu, kayu atau pada tanah dipermukaan bumi.
Jika sekiranya melukis bentuk huruf di udara atau air maka ia bukanlah sebagai tulisan mengikut pandangan mazhab seperti yang disebut al-Ziadi. (Lihat Hasyiah al-Bujairimi al-Khatib, 3/498)
Justeru, dapat difahami bahawa al-Quran yang dibuka di dalam telefon pintar tidak termasuk di dalam kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa harus membaca al-Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk, ini kerana aplikasi al-Quran tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki.
Namun, sebaiknya disunatkan untuk berwuduk ketika membaca al-Quran serta menjaga adab-adab ketika membaca al-Quran sepertimana yang digariskan oleh para ulama seperti menutup aurat, mengadap kiblat dan membersihkat mulut.
Kenapa Tak Boleh Baca Basmallah Ketika Membaca Surah Al- Taubah
Tidak seperti surah surah lain dalam al-Quran, surah Al Taubah agak berbeza kerana tidak dimulai dengan lafaz Basmallah. Terdapat sebab-sebab surah ini tidak dimulakan dengan lafaz tersebut.
Imam al-Qurtubi menyatakan di dalam tafsirnya, terdapat lima sebab dalam hal ini di antaranya ialah:
Pandangan pertama menyatakan bahawa, golongan Arab pada zaman Jahiliyyah apabila di antara mereka terdapat kaum yang melakukan perjanjian kemudian ingin memutuskan perjanjian itu, maka mereka tidak akan menulis lafaz basmalah pada surat untuk memutuskan perjanjian itu.
Oleh itu, surah Bara’ah (al-Taubah) diturunkan bertujuan untuk memutuskan perjanjian di antara Baginda Nabi SAW dengan kaum Musyrikin. Di mana Baginda Nabi SAW mengutuskan Saidina Ali RA membaca surah ini kepada mereka tanpa memulakannya dengan lafaz Basmalah.
Pandangan yang kedua, Imam Qurtubi menukilkan athar daripada Ibnu Abbas RA, bahawa ia bertanya kepada Saidina Usman RA berkenaan dengan tidak diletakkan lafaz Basmalah pada Surah al-Taubah. Maka Saidina Usman RA menceritakan bahawa ketika diturunkan sesuatu ayat maka Baginda SAW akan memanggil tukang tulisnya untuk menulis dan meletakkan sesuatu surah serta ayat pada tempat yang ditentukan oleh Baginda SAW.
Saidina Usman menceritakan lagi bahawa Surah al-Anfal merupakan surah yang terawal diturunkan dan surah Bara’ah (al-Taubah) merupakan surah yang terakhir diturunkan di dalam al-Quran. Begitu juga, isi kandungan serta penceritaan di dalam kedua surah ini adalah hampir sama. Selain itu, Baginda Nabi SAW tidak menjelaskan kepadanya bahawa surah al-Anfal dan Surah al-Taubah merupakan satu surah yang sama atau tidak. Oleh itu, Saidina Usman RA berpendapat (menurut sangkaannya yang kuat) bahawa surah al-Taubah merupakan sebahagian daripada surah al-Anfal, oleh sebab itulah Saidina Usman RA tidak meletakkan di antara keduanya lafaz Basmalah.
Mengikut pandangan yang ketiga, terdapat riwayat daripada Saidina Usman RA, menyatakan bahawa surah al-Taubah tidak tertulis baginya lafaz Basmalah kerana surah ini merupakan kesinambungan daripada surah al-Baqarah oleh kerana itulah tidak ditulis di antaranya lafaz Basmalah. Begitu juga apa yang disebut oleh Said bin Jubair RA, menyatakan surah al-Taubah menyerupai surah al-Baqarah.
Imam Qurtubi menukilkan pandangan Abu Ismah dan selainnya, mereka menyatakan, pada zaman Saidina Usman ketika dihimpunkan al-Quran, terdapat perselisihan para sahabat Rasullullah SAW berkenaan dengan surah al-Taubah. Sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa surah al-Taubah dan al-Anfal merupakan satu surah dan sesetengah daripada mereka menyatakan dua surah yang berbeza. Oleh itu, Saidina Usman mengambil jalan tengah dengan tidak mencantumkan kedua-dua surah ini kemudian beliau tidak meletakkan lafaz Basmalah. Dan ini bertujuan untuk membenarkan pendapat kedua-duanya.
Pandangan kelima, Imam Qurtubi menukilkan riwayat dairpada Abdullah bin Abbas RA ketika beliau bertanya kepada Saidina Ali RA berkenaan hal tidak ditulis lafaz Basmalah pada surah al-Taubah. Justeru Saidina Ali RA menyatakan bahawa lafaz Basmalah merupakan lafaz keamanan dan surah al-Taubah diturunkan kerana peperangan. Al-Mubarrid menyatakan bahawa tidak boleh dihimpunkan di antara keduanya (iaitu Basmalah dan Surah al-Taubah). Kerana Lafaz Basmalah merupakan rahmat dan Bara’ah di turunkan kerana kemarahan.
Dalam hal ini dapat disimpulkan membaca lafaz Basmalah ketika hendak memulakan surah al-Taubah adalah tidak dituntut oleh syarak kerana tidak ditulis padanya di dalam al-Quran.
Selain itu, sebab diturunkan surah ini bertujuan untuk peperangan dan lafaz Basmalah merupakan lafaz rahmah. Oleh itu, tidak sepatutnya dihimpunkan kedua-dua di dalam satu masa yang sama.
Justeru sebaiknya kita disarankan membaca lafaz Ta’awuz pada permulaan bacaan surah al-Taubah. Ini seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Firman-Nya:
Maksudnya: Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (Surah al-Nahl, 98)
Dari bangku sekolah lagi, kita diajar agar menjauhkan diri dari perbuatan memiliki harta haram.
Kita tahu betapa besarnya dosa memperoleh harta secara haram. Selagi syaitan wujud menghasut dan merosakkan nafsu manusia, selagi itu lah kita tidak kering dengan dosa.
Saban hari ada sahaja berita tentang penyelewangan wang syarikat, ketirisan, riba, mencuri, merompak, memeras ugut dan banyak lagi perbuatan terkutuk menjurus kepada pemilikan harta haram.
Jika sempat bertaubat dengan membersihkan segala harta haram itu sebelum mati, InsyaAllah kita tidak hadapi masalah untuk ke syurga. Audit diri, lihat bagaimana kita dapat membersihkannya.
Sebarang rezeki yang diperoleh dari pekerjaan haram haruslah ditinggalkan atau dimusnahkan segera. Sebagai contoh, jika anda bekerja di tempat yang berkaitan dengan penghasilan, penjualan, pemasaran dan pengendalian arak, maka bersegeralah berhenti, walau apa pun alasannya.
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu: kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. [al-Baqarah 2: 278-279]
Dikisahkan bahwa suatu hari Safwan ibn Umayyah r.a tidur di masjid Nabi SAW berbantalkan bajunya. Di saat terlelap dalam tidurnya, bajunya dicuri oleh seseorang. Namun, pencuri bajunya itu berhasil ditangkap dan segera dihadapkan kepada Rasulullah SAW. Maka segera Baginda memerintahkan agar sesuai hukum mencuri dalam Islam pencuri itu dipotong tangannya.
Mengetahui pencuri bajunya akan segera dipotong tangannya, Safwan r.a merasa hiba, sehingga dia berkata kepada Rasulullah SAW,”Wahai Rasulullah SAW, apakah tangannya akan engkau potong kerana dia mencuri bajuku? Ketahuilah bahawa aku telah menghalalkan bajuku untuknya.” Rasulullah SAW menganggapi ucapan Safwan r.a dengan bersabda: “Mengapa tidak engkau maafkan sebelum engkau melaporkannya kepadaku?
Menyesal, kerana telah memakan atau menggunakan barang yang haram untuk dimakan atau digunakan serta bertekad untuk tidak mengulanginya.
Jangan lupa memanjatkan doa pengampunan dosa kepada Allah atas dosa memakan atau menggunakan harta yang haram untuk digunakan.
Apabila harta haram tersebut diharamkan disebabkan cara mendapatkannya yang terlarang, maka wajib untuk mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya atau meminta untuk dimaafkan. Baik pemiliknya adalah perseorangan atau institusi atau organisasi dan lain-lain.
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau mengambil barang milik temanmu, baik hanya sekadar bermain-main atau bersungguh-sungguh. Dan bila engkau mengambil barang milik saudaramu, maka segera kembalikanlah kepadanya.”
Pada hadis lain Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa pernah melakukan tindak kezaliman kepada seseorang, baik dalam urusan harga dirinya, atau hal lainnya, maka segeralah dia meminta untuk dimaafkan, sebelum tiba hari yang tiada lagi dinar atau dirham.
Bila hari itu telah tiba maka akan diambilkan dari pahala amal salehnya dan diberikan kepada orang yang dia zalimi sebesar tindak kezalimannya. Dan bila dia tidak memiliki pahala kebaikan, maka akan diambilkan dari dosa-dosa orang yangd ia zalimi dan akan dipikulkan kepadanya”
Segala harta haram didermakan atau disalurkan untuk kepentingan masyarakat Islam tanpa mengira siapa dan di mana. Demikian pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.
Derma yang disalurkan itu boleh sahaja berbentuk pemberian wang atau derma fizikal asalkan untuk manfaat orang ramai. Niatkan untuk orang yang dizalimi tersebut serta niatkan untuk menyucikan diri dari dosa harta haram.
Boleh juga disalurkan pada maslahat kaum muslimin dan fakir miskin selain untuk masjid. Demikian pendapat ulama Lajnah Ad Daimah Kerajaan Saudi Arabia.
Harta haram tersebut tidak boleh disalurkan untuk pembangunan masjid kerana harta tersebut haruslah berasal dari harta yang suci.
Harta haram didermakan untuk tujuan ke jalan Allah, iaitu untuk jihad di jalan Allah. Demikian pendapat terakhir dari Ibnu Taimiyah.
Jihad ada pelbagai cara dan antaranya membantu keperluan berperang umat muslim yang melawan kafir dan sebagainya.
Sekiranya harta haram yang dicuri tidak mampu dikembalikan disebabkan suatu hal, misalnya disebabkan tidak tahu di mana orang itu tinggal atau alasan lain, wang atau benda yang haram tersebut boleh diberikan kepada yang amat memerlukan bantuan seperti korban peperangan, bencana alam, kecelakaan seperti apa yang berlaku di Lubnan.
Namun harta tersebut tidak dihitung sebagai sedekah atau amal. Ia hanya untuk membersihkan dan dalam rangka menyucikan diri saja.
Jika harta didapat dari sesuatu yang tidak baik itu telah meninggal dunia orang yang bersangkutan, maka ia perlu diberikan kepada ahli warisnya dan dengan taubat serta permintaan maaf terlebih dahulu, tentunya memang harus diperlukan keberanian untuk mengakui perbuatan silam.
Namun tentu hal itu jauh lebih baik daripada nantinya mendapat balasan yang berat di akhirat.
Jika harta didapat dari menzalimi orang lain seperti mencuri dan tidak boleh pula mengembalikannya, harta itu boleh disumbangkan kepada yang memerlukan dengan meniatkan sedekah untuk orang yang dizalimi dahulu.
Kashoorga: Apa pun juga, yang paling utama jangan diulangi perbuatan terkutuk memburu harta haram. Berusaha keraslah dengan mencari rezeki halal
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bukan mahram tinggal serumah di homestay sering menimbulkan persoalan. Ketahui penjelasan tentang khalwat, aurat dan batas pergaulan yang perlu dijaga.