Beberapa hari ini trending tentang majis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz.
Kemeriahan majlis akad nikah ditambah rekaan pelamin cukup indah ilham dari Bukit Jabal Rahmah, penyatuan dua jiwa iaitu Nabi Adam dan Hawa, kedua pasangan pengantin baru ini kelihatan bahagia.
Ternyata kebahagiaan kedua pasangan pengantin baru ini dilihat semakin bertambah apabila Neelofa sempat mengusik suaminya ketika menghidangkan sarapan pagi buat PU Riz apabila menulis di Instagram lofa.page “Tikus Makmal Pertama??? Ha ha ha Lofa Lofa. Sian Encik Suami”.
Ads
Dalam pada itu ibunya Datin Kartini turut dilihat merakamkan momen indah itu dan dari video dikongsikan jelas Haris dilihat tersenyum seakan malu-malu.
Dalam pada itu, dalam satu saluran video You Tube milik Nur Atisha Khan, dalam satu ucapan dibuat selepas keduanya bergelar suami isteri, Pu Riz berharap berharap perkahwinan yang dibina dengan isteri tercinta, Neelofa bakal dikurniakan zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan Islam).
Ads
Jelasnya, lagi, dia mengharapkan, dari perkahwinan ini adalah apa saja yang bakal kami harungi akan membawa kami ke syurga. Selain itu, saya juga mendoakan agar dikurniakan zuriat-zuriat yang akan jadi mujtahid di akhir zaman.
“Tiada apa yang saya harapkan lagi selain akan terapkan sunnah dalam keluarga. “Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami. Saya berharap dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti,” katanya dalam video berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hari kiamat itu pasti terjadi. Banyak surah menyebut tentang perkara ghaib ini. Antaranya surah At-Tuur ayat 9-11 yang menyebut, “Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya. Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa. Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran.
Dalam surah Al-Qaariah ayat 5 menyebut pada hari kiamat nanti, dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
Hari kiamat digambarkan sebagai kemusnahan dunia lalu digantikan dengan alam akhirat. Ia alam yang menentukan sama ada kita akan memasuki syurga Allah atau neraka atas semua dosa dan kesyirikan yang kita lakukan atas dunia.
Walau tidak dinyatakan secara spesifik bila kiamat akan terjadi, nampaknya ilmuan sains turut mengkaji Al-Quran di sebalik teknologi yang mereka ciptakan.
Ini dibuktikan pada IEEE Aerospace Conference pada 7 Mac lalu di mana para ilmuan sains bercadang membina kapal seakan Kapal Nabi Nuh di mana seandainya bumi Kiamat, mereka dapat “menyelamatkan” 6.7 juta spesis makhluk bumi termasuk di dalamnya ada sperma, telur serta benih dari jutaan spesis penghuni bumi.
Dipetik dari Live Science pada 15 Mac (semalam), para ilmuan ini terus mencari-cari apa yang mampu menyelamatkan kehidupan di muka bumi ini jika perkara buruk menimpa bumi. Dan antara yang dicadangkan ia membina Kapal Nabi Nuh di bulan. Tindakan diambil ini sebagai langkah berjaga-jaga jika “kiamat” itu tiba.
Bahtera itu nanti akan menyimpan 6.7 juta bahan bahan genetik yang dipelihara secara kriogenik seandainya terjadi apa-apa pada bumi. Para saintis berpendapat, langkah itu diambil berikutan planet Bumi terdedah kepada bahaya bencana alam, hentaman asteroid dan potensi perang nuklear yang akan mencetuskan kemusnahan sejagat.
Bahtera atau bank gen tersebut akan ditempatkan dengan selamat di permukaan Bulan sedalam antara 80 meter hingga 100 meter mempunyai ukuran sempurna untuk penyimpanan sel. Bahkan kedudukan lubang itu dapat menahan perubahan suhu serta ancaman meteorit dan radiasi.
Menurut Jekan Thanga yang juga penulis kajian tersebut, secara semulajadi persekitaran bumi sentiasa berubah. Namun menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga agar kesinambungan itu tetap terpelihara,” katanya yang mengetuai Eksplorasi Robot Angkasa dan Terestrial (SpaceTREx) di University of Arizona, Amerika Syarikat.
Pun begitu, menurutnya dengan semua teknologi yang ada berpendapat secara realitinya ia akan dapat direalisasikan dalam tempoh 30 tahun ke hadapan.
“Saya suka menggunakan analogi data. Peristiwa Bahtera Kapal Nabi Nuh umpama menyalin gambar dan dokumen dari komputer ke hard disk terpisah pada masa akan datang,” katanya lagi.
Malah pembinaan bahtera ini umpama menekan butang reset jika terjadi sesuatu kepada bumi.
Jelas Thanga lagi, The Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Lingkaran Arktik di Norway juga telah menyimpan sampel genetik spesies tanaman dari seluruh dunia dan telah digunakan untuk memperkenalkan kembali tanaman tertentu ke alam luar. Namun, tempat tersebut masih berisiko hancur jika paras air naik mendadak dari laut atau berlaku hentaman astroid.
Saintis berpendapat hanya dengan menyimpan maklumat genetik di tempat lain khususnya di bulan ia akan mampu bertahan dari segala ancaman di Bumi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru saja melangsungkan pernikahan dan dilihat bahagia, ternyata mula “terselit” sedikit kontroversi perkahwinan artis cantik, Hannah Delisha dan suaminya Imam Shah.
Ia berikutan “soal restu orang tua” yang ditulis secara simbolik oleh ibu Hannah iaitu Noor Ashikin Ahmad di instagramnya dan dilakarkan secara puitis menerusi puisi.
Di sebalik hikmah kejadian itu, ibu mentua Hannah iaitu bekas pelakon veteran Singapura, Mariana Yati menitipkan pesanan buat anak dan menantunya dengan berkata, “Syurgamu Merestuimu Anakku” di instagramnya @mariana_yati yang menggambarkan dirinya memberi restu sepenuhnya atas perkahwinan anaknya dan Hannah.
Malah dirinya turut meminta pasangan pengantin baru ini agar bersabar dengan musibah yang datang menduga.
Dalam perkongsiannya, dirinya turut menitipkan pesanan ini.
“SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku”.
Apa pun semoga perkahwinan baru dibina Hannah ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga masalah yang terjadi dapat diselesaikan dengan baik. Perkahwinan adalah penjalin hubungan dua buah keluarga dan penyatuan jiwa. Moga yang baik-baik untuk pasangan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isu rasuah bukan baru malah sejak dahulu lagi ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat. Bermula dari peringkat bawahan hingga atasan, menerima dan memberi rasuah bukan perkara baru malah ada yang hidup senang lenang. Lebih menjijik dan mengancam negara, ada pegawai bertugas mengawal sempadan melepaskan warga luar memasuki Malaysia dengan mudah hanya selepas menerima rasuah.
Dalam usaha negara memperbaiki reputasi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019 tahun lalu menerusi Indeks global membabitkan 180 negara di seluruh dunia itu menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga ke-51, tahun lalu, berbanding berada di kedudukan ke-61 pada 2018, selain mencatatkan peningkatan skor sebanyak enam mata kepada 53, berbanding 47.
Jelas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, ‘pemulihan’ imej Malaysia itu didorong tindakan tuntas kerajaan dalam merungkai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC), FELDA dan Tabung Haji, pasca keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Ternyata rasuah harus diperangi oleh semua pihak. Malah sejak berbulan lalu, akhbar terkemuka Sinar Harian melancarkan kempen #RasuahBusters dalam memerangi budaya rasuah di negara ini.
Malah mulai hari ini, 1 Mac 2021 menerusi #MakKataJangan, kempen di peringkat nasional bagi memerangi rasuah telah dilancarkan secara besar-besaran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, budaya rasuah ini harus dihapuskan.
Dalam satu kenyataan media, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, kempen #MakKataJangan adalah kempen di peringkat nasional yang pertama diinisiatifkan oleh #RASUAH BUSTERS dalam usaha membanteras rasuah di Malaysia.
Teras utama kempen ini ialah mengajak rakyat Malaysia yang prihatin dan mengambil peduli tentang pentingnya membanteras rasuah dan turut bersama-sama menyebarkan dan mempromosikan video dan apa saja bentuk material sokongan kepada seberapa ramai yang boleh demi mewujudkan sebuah rantaian yang akan memberikan impak kepada pembasmian rasuah di Negara ini.
Kenapa dinamakan #MakKataJangan?
Jelas Datuk Dr Hussamudin, ada dua sebab utama mengapa ia dinamakan sebegitu.
“Pertamanya, ibu adalah amat istimewa. Mereka sanggup mengorbankan segala kemahuan sendiri demi memenuhi kehendak kita. Kita tidak perlu bersusah payah mendapatkan kasih dan sayang seorang ibu. Seorang ibu mengasihi anaknya tidak kira siapa mereka, kaya atau miskin atau apa pun jua keadaannya. Walaupun mereka marah, kemarahan itu keluar dari kemurnian hati mereka dan atas dasar ambil berat terhadap kita. Ibu adalah insan terakhir yang kita ingin kecewakan.
Keduanya, kami ingin menjadikan ‘Mak Kata Jangan’ sebagai budaya dan rutin dalam kita mencegah diri dari mengambil atau memberi rasuah kebiasaan. Sebaik berdepan dengan peluang dan kemungkinan melakukan salah laku rasuah, ingatkan diri kita bahawa ‘Mak Kata Jangan’. Bukan sekadar itu, Mak Kata Jangan juga boleh menjadi peringatan kita kepada orang lain sekiranya mereka pula ditawarkan dengan rasuah.
Apa yang boleh kita lakukan ialah menviralkan video dan memes mengenai kempen #MakKataJangan ini di semua platform media sosial kita.
“Kita juga boleh hasilkan karya sendiri sama ada video, poster, memes dan apa saja mengikut kreativiti menggunakan “Mak Kata Jangan”. Dapatkan bahan-bahan tersebut di www.MakKataJangan.com atau www.rasuahbusters.com.
“Jangan lupa gunakan tanda pagar #RasuahBusters dan #MakKataJangan.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan, pembasmian rasuah adalah sebuah perjalanan yang panjang.
“Matlamat utama kita adalah mewujudkan tabiat dan budaya nasional baharu melalui standard etika dan nilai-nilai moral tertinggi dengan menumpukan kepada punca berlakunya wabak rasuah. ‘Mak Kata Jangan’ merupakan kempen pertama kita bersama. Ianya tidak akan menjadi yang terakhir. Bersama kita bina Malaysia yang lebih baik!,”katanya yang merupakan Ketua Pasukan Ketua Pasukan, #RasuahBusters Central Team, Kuala Lumpur.
Saksikan video #MakKataJangan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...