Gurauan Manja Neelofa Pada Suami, Sempat Usik PU Riz Jadi “Tikus Makmal” Ketika Hidang Sarapan Pagi

Share

Beberapa hari ini trending tentang majis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz.

Kemeriahan majlis akad nikah ditambah rekaan pelamin cukup indah ilham dari Bukit Jabal Rahmah, penyatuan dua jiwa iaitu Nabi Adam dan Hawa, kedua pasangan pengantin baru ini kelihatan bahagia.

Ternyata kebahagiaan kedua pasangan pengantin baru ini dilihat semakin bertambah apabila Neelofa sempat mengusik suaminya ketika menghidangkan sarapan pagi buat PU Riz apabila menulis di Instagram lofa.page “Tikus Makmal Pertama??? Ha ha ha Lofa Lofa. Sian Encik Suami”.

Dalam pada itu ibunya Datin Kartini turut dilihat merakamkan momen indah itu dan dari video dikongsikan jelas Haris dilihat tersenyum seakan malu-malu.

 

Mahu Zuriat mujtahid

Dalam pada itu, dalam satu saluran video You Tube milik Nur Atisha Khan, dalam satu ucapan dibuat selepas keduanya bergelar suami isteri, Pu Riz berharap berharap perkahwinan yang dibina dengan isteri tercinta, Neelofa bakal dikurniakan zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan Islam).

Jelasnya, lagi, dia mengharapkan, dari perkahwinan ini adalah apa saja yang bakal kami harungi akan membawa kami ke syurga. Selain itu, saya juga mendoakan agar dikurniakan zuriat-zuriat yang akan jadi mujtahid di akhir zaman.

“Tiada apa yang saya harapkan lagi selain akan terapkan sunnah dalam keluarga. “Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami. Saya berharap dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti

,” katanya dalam video berkenaan.

IKLAN