Ads

Pemuda Buat Ramai Tersentuh Dengan Bacaan Al-Quran Yang Luar Biasa Merdu

Siapa sangka pemuda yang nampak bersahaja daripada penampilannya, rupa-rupanya seorang syahadah yang memiliki suara yang sangat merdu ketika mengalunkan bacaan ayat al-Quran.

Itulah Ahmad, seorang pemuda yang tular di media sosial kerana berambut perang dan memakai baju kumpulan ‘heavy metal’, Avenged Sevenfold namun mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dengan alunan suaranya yang merdu saat mengalunkan bacaan al-Quran. 

“Sebenarnya ayat-ayat yang saya baca itu bukanlah ayat-ayat yang ‘rare’, sebaliknya hanyalah bacaan manzil biasa sahaja,” katanya lagi ketika ditemu ramah oleh mStar.

Dia turut berkongsi cara menghafal ayat-ayat suci al-Quran dengan mengulangi satu ayat atau muka surat sebanyak 60 ke 70 kali sehari. 

Ahmad berkata lagi,  dia menerima banyak tawaran yang ingin menaja baju Melayu. Namun Ahmad menolak semua tawaran yang diterima, kerana dia percaya lebih ramai yang lebih memerlukan di luar sana. 

Lebih-lebih lagi, dia lebih selesa dengan gayanya yang sekarang. 

Ads

Apabila disoal berkaitan warna rambutnya, dia menjawab rambutnya berwarna perang kerana memakai inai untuk menutup uban di kepala.

Pemuda Buat Ramai Tersentuh Dengan Bacaan Al-Quran Yang Luar Biasa Merdu

Pemuda ini turut menyatakan bahawa dia berasa tidak layak menerima pujian daripada netizen. 

“Saya tak rasa saya layak mendapat pujian dan saya anggap komen-komen baik daripada netizen adalah sebagai doa untuk saya,” tambahnya.

Ads

Terdahulu, satu video Ahmad yang dimuatnaik oleh pemilik akaun @abang_tamanna2.0, Munhameer Yusuf di TikTok tular dan mendapat perhatian sehingga mencapai tontonan sebanyak 2.5 juta dan hampir 260 ribu tanda suka.

Ahmad di’tebuk’ oleh Munhammer ketika berpakaian ringkas t-shirt kumpulan Avenged Sevenfold dan berambut perang yang membuatkan netizen tidak sangka, pemuda yang berpenampilan begitu mempunyai suara alunan yang sangat merdu.

Ketika ditebuk, Ahmad membaca Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24 dengan begitu lancar dan bertajwid. 

BACA JUGA: Anak Pengacara Terkenal Fedtri Yahya Cemerlang, Raih Keputusan 9A UPKK 2025 

Ads

Di akhir video, pemilik akaun kelihatan sebak dan memeluk Ahmad kerana tanggapan pertamanya terhadap Ahmad adalah berbeza selepas mendengar bacaannya. 

Melalui tinjaun ruangan komen video yang berdurasi hampir 3 minit itu, rata-rata netizen memberikan pujian kepada Ahmad. 

“Salute dik. t-shirt Avenged Sevenfold, al-Quran dalam kepala,” komen netizen. 

Mereka tidak menjangkakan Ahmad merupakan seorang Hafiz dan ada juga yang berpendapat Ahmad boleh menjadi imam di masjid.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Puasa, Autophagy Dan Harapan Melawan Penyakit, Benarkah Tubuh ‘Memakan’ Sel Kanser?

Setiap kali Ramadan menjelma, perbincangan mengenai hikmah puasa bukan sahaja tertumpu kepada aspek rohani, malah turut merangkumi manfaat kesihatan yang semakin mendapat perhatian masyarakat. Antara...