Siapa sangka pemuda yang nampak bersahaja daripada penampilannya, rupa-rupanya seorang syahadah yang memiliki suara yang sangat merdu ketika mengalunkan bacaan ayat al-Quran.
Itulah Ahmad, seorang pemuda yang tular di media sosial kerana berambut perang dan memakai baju kumpulan ‘heavy metal’, Avenged Sevenfold namun mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dengan alunan suaranya yang merdu saat mengalunkan bacaan al-Quran.
“Sebenarnya ayat-ayat yang saya baca itu bukanlah ayat-ayat yang ‘rare’, sebaliknya hanyalah bacaan manzil biasa sahaja,” katanya lagi ketika ditemu ramah oleh mStar.
Dia turut berkongsi cara menghafal ayat-ayat suci al-Quran dengan mengulangi satu ayat atau muka surat sebanyak 60 ke 70 kali sehari.
Ahmad berkata lagi, dia menerima banyak tawaran yang ingin menaja baju Melayu. Namun Ahmad menolak semua tawaran yang diterima, kerana dia percaya lebih ramai yang lebih memerlukan di luar sana.
Lebih-lebih lagi, dia lebih selesa dengan gayanya yang sekarang.
Ads
Apabila disoal berkaitan warna rambutnya, dia menjawab rambutnya berwarna perang kerana memakai inai untuk menutup uban di kepala.
Pemuda ini turut menyatakan bahawa dia berasa tidak layak menerima pujian daripada netizen.
“Saya tak rasa saya layak mendapat pujian dan saya anggap komen-komen baik daripada netizen adalah sebagai doa untuk saya,” tambahnya.
Ads
Terdahulu, satu video Ahmad yang dimuatnaik oleh pemilik akaun @abang_tamanna2.0, Munhameer Yusuf di TikTok tular dan mendapat perhatian sehingga mencapai tontonan sebanyak 2.5 juta dan hampir 260 ribu tanda suka.
Ahmad di’tebuk’ oleh Munhammer ketika berpakaian ringkas t-shirt kumpulan Avenged Sevenfold dan berambut perang yang membuatkan netizen tidak sangka, pemuda yang berpenampilan begitu mempunyai suara alunan yang sangat merdu.
Ketika ditebuk, Ahmad membaca Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24 dengan begitu lancar dan bertajwid.
Justice for Bella, anak down sindrom yang didera menarik perhatian masyarakat. Ditempatkan di Rumah Bonda yang juga rumah perlindungan remaja hamil mula dibongkar satu persatu termasuk ada dakwaan terbaru yang ada pelatih turut menerima nasib sama.
Kala itu ramai yang menyuarakan situasi berbeza rumah perlindungan Baitus Solehah yang juga menempatkan wanita hamil tanpa nikah. Bukan sekadar tempat untuk bersalin tetapi mereka dimasukkan ke sini adalah indvidu yang ingin berubah dan bertaubat atas dosa-dosa zinanya pernah dilakukan. Ia tempat orang nak belajar memperbaiki iman, membetulkan amal, solat dan membaca quran.
Dalam satu pengakuan pengasasnya, Muna Liza Ismail, dia menubuhkan Baitus Solehah bukan kerana duit.
“Saya asaskan Baitus Solehah kerana mahu mengajak orang ke syurga. Saya berbuat kebajikan kepada yang mahu bertaubat dan berubah. Kalau kau tak ikhlas bertaubat dan berubah, dah masuk pun terkeluar semula secara terhormat atau tersingkir dengan hormat.Kita kejar akhirat, dunia akan ikut.
Bila masuk sini kerana mahu dibimbing bertaubat, mahu berubah, semua dapat. Bertaubat kerana sedar diri tersilap, maka berusaha untuk mohon ampun kepada Allah, takut azab Allah. Berusaha betulkan solat dan istiqomah mengerjakan solat, belajar mengaji dan istiqomah belajar mengaji. Ini akhirat. Ini dinamakan mengejar akhirat. Apabila sudah tinggal di Baitus Solehah, selalu bersabar dengan ujian, dengar arahan dan patuhi peraturan, akhlak makin baik, tidak sombong atau bergaduh, sebaliknya saling bekerjasama dan menjaga persaudaraan sesama penghuni, maka kebaikan lain akan datang,”.
Dalam satu perkongsian terkini, anak kepada Pengasas Rumah Baitus Solehah iaitu Najdah Othman ada berkongsi sebab kenapa ibunya menubuhkan rumah perlindungan tersebut yang mana pada awalnya dia juga tidak memahaminya namun selepas dia dewasa barulah dia menyedarinya mengapa ibunya menubuhkan ruma perlindungan itu.
Zaman dulu dulu masa FB ni kategori BBNU, mak aku ni jadi moderator satu laman forum Halaqah.net. Dah pupus dah forum ni, tinggal alumni halaqian je.
Dulu, mak tolong aturkan Baitul Muslim. Perantara pada muslim – muslimah nak cari jodoh ikut syariah. Dapatlah tolong beberapa pasangan cari pasangan hidup. Dalam masa yang sama juga, selalu jadi tempat luah masalah sosial, banyaknya kes zina, kayu tiga & kehamilan luar nikah. Kes pertama yang mak bantu, seorang pelajar universiti mengandung, buntu tak tahu nak buat apa. Hanya teman lelaki dan seorang kawan baik je yang tahu. Kandungan dah sarat benar, dah tak boleh sorok di balik baju kurung.
Mak suruh datang rumah, di Johor. Jadi mak tolong uruskan sampai selamat melahirkan. Aku pun time tu ada, kebetulan cuti semester. Panjang adik tu bercerita pada aku. Kisah sosial di University. Kisah cinta dengan teman lelaki. Kisah curang si teman lelaki. Kisah buas si teman lelaki.
Sampai sekarang aku masih ingat nama dia & teman lelaki tu. Selepas melahirkan, dia sambung belajar semula macam biasa. Si lelaki berjanji mahu berubah dan mahu bertanggungjawab selepas habis belajar.
Aku pun masih belajar, ada kala kami bertanya khabar. Lama-lama, dah terputus berita. Dan akhir sekali, takde jodoh pun antara mereka berdua. Lepas satu, satu, ada je masalah dan kes yang serupa. Mengadu pada mak. Apa nak buat. Lama-lama mak tahu, ini satu ‘penyakit’ yang mesti dirawat.
Dulu aku pun sama je fikir macam orang lain, kenapa nak bantu orang yang dah berzina? Damage has done, but what next?
Benda dah jadi, apa peranan kita sebagai masyarakat terutama orang Islam? Apa yang kita kena buat untuk elak ‘dosa kedua’ dan apa yang kita boleh bantu?
Apa tanggungjawab kita sebagai saudara se-Islam?
Begitulah bagaimana mak dapat idea nak tubuhkan Baitus Solehah, idea yang aku selalu tentang, aku selalu tak setuju, aku selalu bengang dan selalu tak puas hati! Bilik aku kena rembat kot!
2013 ditubuhkan dari apa ada, hingga 2021 dapat banyak sokongan pelbagai pihak dan masyarakat setempat. Gigih dulu mak buat kertas kerja sorang-sorang, sebab mak ni cikgu, maka rangka kerja tu lengkap siap objektif dan matlamat.
Kitorang adik beradik macam bolayan, ibarat kata modennya, tak kosher. Tapi tulah. Walau hati memberontak, bila tengok perjuangan mak, sorang demi sorang balik dari perantauan untuk jadi tulang belakang mak. Bila lama-lama tinggal bersama, fahamlah.
Faham juga dengan nasib hidup dan ujian setiap orang yang berbeza. Tak sama. Kadang tu, kita rasa susahnya ujian hidup kita. Tapi, bila duduk dengan mereka ni, macam-macam kisah. Macam-macam perangai. Macam-macam ragam.Kadang tu, tak terfikir dek akal, wujud kisah orang begini.
Keluarga berantakan. Keluarga dadah. Anak tak sah taraf, pun sekarang mengandung anak luar nikah, bila diselidik, sudah 4 keturunan tak sah taraf. Pak saudara groom anak saudara (siap nak menikah sama) Kena rogol dengan kawan sekerja.
Pelajar sekolah ‘study group’ berdua dalam bilik OKU diajak main suka-suka. Anak pak imam terlanjur. Pelajar master diperdaya. Termengandung anak luar nikah yang kali ke 5. Mak janda bosan tak tahu nak buat apa. Tanyalah, apa je yang belum ada?
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Sejak kebelakangan ini nama Pendakwah Bebas yang juga seorang Cina Muslim, Ebit Lew Sangat viral.
Dalam kita sedang berdepan wabak pandemik COVID-19, Ustaz Ebit Lew juga tidak kurang mendapat perhatian.
Ini adalah kerana sifatnya yang banyak membantu golongan susah terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu terkesan dengan wabak ini.
Malah ramai tertanya-tanya dimanakan beliau memperoleh sumber kewangan memandangkan pertolongan yang diberikan begitu tinggi perbelanjaannya.
Dalam posting terbarunya di laman sosial, Ustaz Ebit Lew menjelaskan siapa beliau sebelum ini dan bagaimana memperoleh rezeki untuk disedekahkan kepada golongan yang memang memerlukan.
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar.
“Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja.
“Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri.
“Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
“Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.
“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.
“Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim.
“Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.
“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad.
“Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew
‘Suami meninggal selepas tamat larian.’ Isteri dedah kisah, sejadah selit di pinggang ketika marathon. Rupanya ada kisah di sebalik gambar suaminya yang tular dan kisah ini menjentik hati warganet.
Malahan luahan seorang wanita iaitu isteri kepada pelari tersebut tentang pemergian suami tersayang usai menamatkan marathon Langkawi mengundang muhasabah diri.
Sebelum itu, media melaporkan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, meninggal dunia selepas selesai menamatkan larian Langkawi Half Marathon.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan ahli akademik itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.
“Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah beri bantuan awal dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
“Ujian Covid-19 yang dibuat adalah negatif dan mayat akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk post mortem. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sudah tentu, isteri adalah insan yang terdekat bagi seorang suami. Hilang insan tersayang dalam sekelip mata, Dr Sheereen Zulkefly menitipkan luahan yang meruntun hati di laman sosial Facebook.
Memuat naik foto Allahyarham berlari sambil menyelitkan sehelai sejadah di bahagian pinggang, Sheereen menceritakan semula kebiasaan Dr Nik Mohd Faiz seperti mana dikongsikan rakan suaminya bernama Syahmi.
Berikut perkongsiannya:
Kisah sejadah. Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawa sejadah viral tatkala pengumuman berita kematiannya. Allahuakbar.
Sebenarnya, gambar itu dirakam sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Beliau berhenti sebentar untuk solat Subuh dan kemudian meneruskan lariannya.
Alhamdulillah, memang begitulah cara dia. Sangkutkan sejadah kecil tiap kali larian supaya dia boleh berhenti solat sebaik masuk waktu.
Di Langkawi International Half Marathon 2022, allahyarham suami saya menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian.
‘Dia lihat ramai yang tunggu turn untuk menggunakan khemah untuk solat subuh. Setelah selesai solatnya, dia memberitahu sahabat lariannya, Syahmi, “Ko pakailah sejadah aku. Lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni kepada pelari lain. Biar aku dapat pahala berterusan.”
Tulis Sheereen selesai rakan suaminya, Syahmi menunaikan solat subuh, Allahyarham memberikan sejadah digunakan kepada pelari lain.
“Abang, pakai sejadah saya dan serahkan untuk diguna oleh orang seterusnya ya”.
“Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam bot marin dalam perjalanan menuju ke Jeti Kuala Perlis bersama jenazah Allahyarham untuk dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
“Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala beterusan itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Aamiin Allahumma Aamiin,” coretnya.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.