Pemergian yang menghidupkan hati, demikian yang boleh dikatakan terhadap arwah Nurly Shahirah Azman salah seorang mangsa yang maut dalam tragedi bas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam.
Satu persatu kisah tentang hafizah ini dikongsi di media sosial dan kesemuanya adalah tentang dia dan al-Quran.
Pemergian beliau bukan hanya menyingkap cerita cintanya terhadap al-quran yang cukup indah tapi gadis ini turut meninggalkan senaskhah lengkap al kitab ditulis dengan tangannya. Kemas dan cantik…
Perkara ini dikongsi oleh Najmuddin Azman yang juga abang kepada arwah Nurly.
Ads
“Koleksi arwah, tahriri… Arwah suka mengulang quran. Dan arwah tulis satu al quran guna tangan untuk kuatkan hafalan arwah.
Ads
“Berpusu-pusu media call aku dik, tanya apa amalan kau dik. Ada yang beritahu dekat tempat kejadian wangi sangat.
“Dik, kau jaga al quran sangat baik. Kau tak pernah miss mengulang al quran setiap hari. Kita jumpa di syurga ye dik. Kami sayang kau dik. Tenanglah kau disana dik,” demikian luahan Najmuddin dalam satu perkongsiannya di media sosial.
Ads
Untuk pengetahuan tahriri merupakan rutin bagi setiap pelajar yang menghafaz Al-Quran. Di samping menghafaz, mereka juga perlu mengingati cara menulis ayat-ayat suci Al-Quran. Dan inilah juga yang dilakukan oleh arwah Nurly, malah tulisannya cukup kemas dan indah sekali.
Dengan 30 juzuk kitab Allah dalam dadanya, nashkah lengkap tulisan tangan peninggalannya, arwah yang juga mengajar anak-anak mengaji dikatakan meninggal dalam keadaan sedang memeluk al-Quran. Semoga al Quran menjadi cahaya yang menerangi kubur Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman.
Jika sudah ditakdirkan Allah SWT menjadi duyufurrahman maka tiada yang dapat menghalang. Pasti akan dipermudahkan malah dengan cara yang tidak disangka.
Sama seperti seorang jemaah haji dari Libya yang kisahnya tular baru-baru ini bila mana pesawat berpatah balik sebanyak dua kali demi membawanya menunaikan haji.
Berikut adalah kisah beliau yang dipetik dari hantaran Ustaz Hanafi Malek, yang diceritakan dengan penuh pengajaran.
Kisah seorang jemaah haji dari Libya. Namanya Amer Al-Mahdi Mansoor. Dia dalam perjalanan nak tunaikan haji.
Bila dapat jadual penerbangan, dia pergi ke lapangan terbang macam biasa, sama macam jemaah haji yang lain.
Sampai di lapangan terbang, dah ramai jemaah haji yang berada di sana. Mereka dapat layanan yang sangat baik. Amer Al-Mahdi dimaklumkan dia dalam kumpulan penerbangan yang terakhir.
Namun, ada satu perkara tak dijangka berlaku. Ketika nak ambil passport, pegawai bertugas beritahu ada masalah. Tapi bukan masalah besar, mereka akan cuba selesaikan dengan segera.
Jemaah lain teruskan prosedur macam biasa dan masuk dalam pesawat. Tinggal Amer menanti urusan yang belum selesai. Ustaz tak pasti, berapa lama Amer tersangkut di situ.
Akhirnya kapten bertugas dalam kapal maklumkan, mereka tak dapat tunggu lagi. Mereka pun tutup pintu pesawat untuk berlepas.
Allahuakbar, besar dugaan yang Amer Al-Mahdi lalui.
Ya lah, bayangkan kita berada di tempatnya. Pasti sangat gembira dapat jemputan haji. Semua persiapan sudah sempurna dilakukan. Hanya selangkah lagi nak masuk kapal terbang.
Pegawai keselamatan bertugas cuba memujuk Amer.
“Ini semua kerja Allah. Mungkin bukan rezeki kamu.”
Tapi Amer jawab dengan tenang dan penuh keyakinan bahawa dia tetap akan sampai ke rumah Allah.
“InshaAllah, kapal terbang tak akan berlepas tanpa saya.”
Walaupun gagal masuk ke dalam pesawat, Amer tetap tidak pulang. Dia yakin dapat menunaikan haji tahun ini.
Takdir Allah. Tak lama lepas itu, Amer dimaklumkan ada kerosakan teknikal dan kapal terbang itu terpaksa berpatah balik. Jadi pegawai keselamatan yang masih bersama Amer cuba dapatkan kebenaran agar dia dapat masuk.
“Tolong buka pintu kapal dan bagi keizinan kepada Haji ini untuk masuk.”
Namun, jawapan yang mereka dapat tetap menyedihkan.
“Tidak boleh.”
Alasannya adalah enjin kapal terbang sedang dihidupkan. Pegawai keselamatan itu cuba tenangkan hati Amer. Dia cakap, “Jangan sedih. Mungkin Allah ada rancangan lain untuk kamu.”
Dengan penuh keyakinan, Amer tetap jawab, “Demi Allah, saya tak akan tinggalkan lapangan terbang ini.”
Kali kedua, pesawat berlepas semula. Namun, Allah sekali lagi menunjukkan kekuasaan-Nya. Ada kerosakan teknikal lagi.
Kali ini, kapten kapal sedar akan sesuatu. Bukan hanya kerana kerosakan teknikal, tapi ada sesuatu yang tertinggal. Dia pun berkata.
“Saya takkan terbang tanpa Amer.”
Akhirnya, Amer diizinkan naik kapal terbang. Mereka semua sampai ke Tanah Suci dengan selamat. Allahuakbar.
Tuan puan yang dirahmati Allah. Cerita perjalanan haji Amer Al-Mahdi ini sedang viral di seluruh dunia.
Cerita ini mengajar kita tentang kuatnya keyakinan pada Allah. Jangan putus asa dan bertawakal kepadaNya.
Dua kali pesawat rosak, dua kali Amer diuji, dan dua kali juga Allah menunjukkan bahawa Dia lah sebenar-benar Perancang.
Ustaz nak kongsi pelajaran dalam konteks hidup yang diuji dengan sakit yang berat. Ada yang mengadu,
“Ustaz, saya ni sakit. Tak boleh buat apa dah. Tak mampu nak ke mana-mana dah. ”
Jangan macam itu. Jangan cepat putus asa. Selagi mana hati kita terus bergerak menuju Tuhan, selagi itu kita tak akan “terkandas” di mana-mana perhentian.
Mungkin badan tak lagi kuat, langkah tak mampu macam dulu. Tapi doa, sabar, syukur dan harapan itulah ‘haji’ yang sedang kita lalui dari tempat duduk kita sendiri.
Ustaz selalu ingatkan diri sendiri. Allah bukan pandang sejauh mana kita mampu berjalan, tetapi sejauh mana kita yakin dan berserah kepada-Nya dalam keadaan apa sekalipun.
Meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut akibat kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, semalam tergolong dalam kategori syahid akhirat.
Demikian ulas Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang memberi jawapan berpandukan pandangan tokoh ulama iaitu Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ‘Atiyyah Saqr dan lain-lain yang menyatakan umat Islam meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya bukan akibat kecuaian atau maksiat sendiri, termasuk dalam kategori syahid akhirat.
Memetik penjelasan beliau dalam laporan Harian Metro ujar Mufti Pulau Pinang ini walaupun kemalangan jalan raya tidak disebut secara khusus dalam hadis, ulama kontemporari memasukkannya (kemalangan itu) dalam qiyas terhadap kematian tertimpa atau terbakar yang mengejut dan menyakitkan, serta tidak disengajakan oleh mangsa.
“Dalam insiden tragis yang menimpa sekumpulan penuntut dalam perjalanan ke institusi pengajian tinggi, persoalan adakah mereka syahid sangat relevan, khususnya kepada waris dan masyarakat yang ingin memahami kedudukan sebenar mangsa di sisi agama.
“Ulama membahagikan syahid kepada tiga kategori iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia saja serta syahid akhirat iaitu mereka yang tidak meninggal dunia di medan jihad, tetapi (meninggal dunia) dalam keadaan tertentu disebut dalam hadith Nabi seperti mati lemas, terbakar, tertimbus dan sebagainya.
“Dalam kes kemalangan itu, mangsa adalah penumpang dan penuntut universiti yang dalam perjalanan menuntut ilmu, maka insya-Allah mereka tergolong dalam kategori syahid akhirat, iaitu diberi ganjaran besar oleh Allah di akhirat kelak. Bagaimanapun, jenazah mereka tetap dimandikan dan disolatkan sebagaimana jenazah biasa,” katanya.
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi semalan, seramai 15 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa penuntut UPSI dan sebuah lagi kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...