Hak Isteri Selepas Bercerai, Suami Jangan Ingat Boleh Lepas Tangan

Share

Tiada pasangan yang berkahwin ingin bercerai sebagai noktah kisah cinta romantik mereka. Sepatutnya kemesraan dan kebahagiaan di awal perkahwinan terus kekal hingga akhir hayat. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah yang menentukan ajal dan jodoh manusia.

Namun, dalam keadaan berduka ini, Allah tetap menjaga kepentingan dan kebajikan seorang wanita dengan mewajibkan bekas suami bertanggungjawab ke atas hak jandanya walau apa pun terjadi selagi bekas isteri itu diceraikan bukan disebabkan nusyuz.

Kita ikuti perkongsian yang amat bermanfaat dari peguam Syariah berpusat di Tampin, Melaka iaitu Rabiatul Adawiyah Ramli mengenai hak-hak isteri selepas bercerai buat rujukan suami dan isteri.

Artikel berkaitan:Lepas Cerai Suami Boleh Dapat Balik Mas Kahwin, Ini Penjelasannya!

Artikel berkaitan:ย Sebenarnya Suami Yang Selalu Hutang Nafkah Dengan Isteri, Punca Rezeki Makin Kurang

Memulakan coretannya, Rabiatul menegaskan bahawa bercerai bukanlah sesuatu yang diimpikan pasangan yang telah berkahwin. Namun setelah mencari jalan penyelesaian tetapi tetap buntu, sudah tentu jalan terbaik adalah berpisah.

Apa gunanya memilih derita jika suami atau isteri berhak menentukan jalan hidup sendiri selepas berpisah.

Walaupun telah berpisah, isteri dapat menuntut tujuh hak ini selepas proses perceraian berlaku. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan hak dan kepentingan sama ada bekas isteri, suami dan anak-anak tetap dilindungi biarpun telah bercerai.

Perlu diketahui, tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak bukanlah ketika hidup bersama sahaja tetapi tetap berjalan setelah bercerai juga.

๐‡๐€๐Š ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐„๐๐€๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐‘๐€๐ˆ๐€๐

Allah swt telah berfirman:

โ€œTempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka.

โ€œDan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknyaโ€. (Surah at-Talak : 6)

Apabila pihak-pihak yang dari perkahwinan yang sah telah dibubarkan perkahwinan samada telah dibubarkan perkahwinan tersebut melalui tuntutan perceraian atau fasakh oleh si isteri atau telah diceraikan oleh si suami samada di luar Mahkamah mahupun dengan kebenaran Mahkamah.

Maka apabila sesuatu perceraian itu telah disabitkan sebagai SAH tiada mana-mana perintah Mahkamah yang telah mengisytiharkan sebagai Nusyuz, maka si isteri ini diberikan hak mutlak yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk membuat tuntutan sepertimana di bawah :

๐Ÿ. ๐๐š๐Ÿ๐ค๐š๐ก ๐ˆ๐๐๐š๐ก

Nafkah iddah ini hanya boleh dituntut selama mana wanita tersebut ada tempoh iddahnya. Namun bagi wanita yang tidak diarahkan untuk beriddah oleh Mahkamah sebagai contoh wanita yang belum disetubuhi oleh si suami sepanjang tempoh perkahwinan tidak ada tempoh iddah.

Ini kerana tujuan tempoh iddah ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak-pihak untuk Rujuโ€™ kembali dan bertujuan bagi memastikan rahim wanita tersebut bersih dari kandungan.

๐Ÿ. ๐๐š๐Ÿ๐ค๐š๐ก ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ

Tempat tinggal adalah wajib disediakan dalam tempoh iddah Rajie (yang boleh dirujuโ€™). Ini adalah kerana dalam tempoh tersebut, pihak-pihak diberi ruang sekiranya ingin menyambung Kembali (Rujuโ€™) ikatan perkahwinan.

โ€ฆ.. Merujuk di dalam Dalil Nabi Muhammad saw yang bersabda:
โ€œHanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminyaโ€. (Riwayat Ahmad dan An-Nasaโ€™i)

๐Ÿ‘. ๐๐š๐Ÿ๐ค๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ญ๐š๐š๐ก

Mutaah ialah sejumlah harta yang mana suami wajib berikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.

โ€ฆ. Ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran mengenai Mutaah:
โ€œKepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang maโ€™aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwaโ€. (Surah Al-Baqarah : 241)

๐Ÿ’. ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š ๐’๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐œ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah oleh suami dan isteri tersebut. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

๐Ÿ“. ๐“๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐š๐Ÿ๐ค๐š๐ก

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang telah diabaikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan kepada isterinya. Ianya menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar serta boleh dituntut.

๐Ÿ”. ๐‡๐š๐ค ๐‰๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐€๐ง๐š๐ค

Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

๐Ÿ•. ๐๐š๐Ÿ๐ค๐š๐ก ๐€๐ง๐š๐ค

Sekiranya dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak mempunyai anak tak kisahlah berapa ramai sekalipun, maka si ibu boleh menuntut sejumlah wang kepada bapa anak-anak tersebut mengikut keperluan anak dalam kadar yang wajar.

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Maka inilah senarai atau jenis-jenis tuntutan yang boleh dibuat atau dituntut oleh isteri yang diceraikan tanpa alasan yang munasabah.ย 

Dimanakah tuntutan ini boleh dibuat?

Bagi memastikan prosedur tuntutan ini sah di sisi undang-undang, isteri boleh menuntutnya di Mahkamah Syariah andai kata bekas suami seolah lepas tangan.

Bagaimanapun, menurut Rabiatul, tuntutan ini adalah hak isteri samada hendak tuntut atau sebaliknya, tetapi ia hanya melibatkan tuntutan hak isteri sahaja.

โ€œPart Nafkah Anak dan Hak Anak jangan dinafikan pula. Itu hak anak selepas pasangan bercerai. Siapa anda untuk nafikan hak-hak mereka walhal anda yang memilih untuk bercerai. Dan siapa anda juga sebagai bapa atau bekas suami untuk nafikan hak-hak merekaโ€

Jika tiada keadilan di Mahkamah Dunia, anda akan diadili di Mahkamah Akhirat. Yang penting usaha seterusnya barulah tawakal.

Oleh itu, moga tiada lagi yang ketinggalan keretapi berkenaan apa hak-hak isteri selepas penceraian Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan pada yang juga. InsyaAllah.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan dan membantu wanita agar mengetahui apakah hak sebenar seorang isteri setelah bercerai dengan suami. Tuntutlah selagi ia menjadi hak bekas isteri, jangan sesekali nafikan hak anda.

Kashoorga: Allah telah mengaturkan segala sebaik-baik aturan. Tuntut;ah hak sebagai belas isteri kepada bekas suami kerana nafkah ini bukan sah semasa berkahwin sahaja, tetapi juga selepas bercerai. Nafkah buat isteri hanya termaktub selagi mana tidak berkahwin lain.

Sumber perkongsian: RabiatulAdawiyahAssociates

ย 

ย 

IKLAN