SOALAN: Saya akan bernikah dengan seorang lelaki pada hujung tahun ini. Namun saya tidak mampu untuk melakukan kenduri. Apakah hukumnya seseorang yang bernikah tanpa membuat sebarang kenduri?
JAWAPAN: Berkahwin merupakan sesuatu yang harus. Mengisytiharkan perkahwinan pula adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa. Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.
Ada beberapa cara untuk mengumumkan perkahwinan mengikut keselesaan masing-masing.
Ads
Antaranya:
1. Melalui medium media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
2. Melalui jamuan makan kecil.
3. Memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melalui ziarah menziarahi.
Ads
Namun adalah lebih bermakna jika diadakan kenduri. Perlu diingatkan bahawa kenduri tidaklah semestinya besar. Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”
Ikatan perkahwinan ialah ikatan suci antara seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Usia muda merupakan usia terbaik untuk berkahwin, baik dilihat daripada sisi psikologi dan kesihatan.
Namun tidak ada ketetapan tertentu usia yang sesuai untuk seseorang untuk berkahwin. Selalunya jika dirasakan bahawa sudah mempunyai keupayaan dan kematangan, tidak ada salahnya untuk menyegerakan perkahwinan.
Kalau saat ini usia anda 23 hingga 25 tahun dan merasa masih terlalu muda untuk berkahwin, sebaiknya pertimbangkan alasan berikut mengapa dalam usia begini sudah waktunya untuk hidup berpasangan.
1. Elak Dosa
Berkahwin dalam usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perlakuan maksiat. Di samping itu juga ia dapat menjaga fitnah dengan mereka yang bukan mahram.
2. Mudah Menyesuaikan Diri Dengan Pasangan
Pasangan suami isteri yang masih muda memiliki sikap toleransi yang tinggi terhadap pasangannya dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
3. Melatih Diri Untuk Matang
Perkahwinan juga mengajar kita erti kematangan. Berkahwin dalam usia muda boleh mengasah kematangan diri kerana kita sudah mempunyai tanggungjawab baik sebagai suami ataupun isteri. Kita boleh belajar menjadi dewasa bersama pasangan. Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian.
4. Emosi Lebih Terkawal
Berkahwin dalam usia yang muda terbukti lebih cepat mendewasakan pasangan tersebut suami isteri. Emosi juga jadi lebih terkawal. Hal tersebut dipengaruhi oleh ketenangan yang hadir seiringan dengan adanya pasangan hidup.
5. Mengejar Impian Bersama Pasangan
Pastinya setiap orang mempunyai impian. Melalui perkahwinan, kita boleh mendapat sokongan penuh daripada pasangan. Dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat menggapai impian tersebut.
6. Faktor Kesuburan
Peluang memperoleh keturunan lebih tinggi ketika usia masih muda di mana ketika inilah waktu subur wanita sedang dalam tahap maksimum. Semakin meningkat usia seseorang maka semakin menurun tahap kesuburan terutama golongan wanita.
Nah, bagi anda yang sudah bersedia untuk berumah tangga, persiapkan diri dengan baik agar dimudahkan prosesnya, dan jangan lupa banyak berdoa agar diberi yang pasangan terbaik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apabila diajukan soalan kepada lelaki, apakah saat paling menggetarkan hati dalam hidup mereka, rata-rata jawapannya ketika hendak berkhatan dan ketika duduk bersila untuk melafazkan akad nikah. Dua situasi itu agak menyeramkan dan boleh membuat dada mereka berdegup kencang.
Justeru untuk menghilangkan kegugupan ini, disarankan untuk melakukan beberapa perkara ini:
1) Latih Lafaz
Lafaz akad nikah sudah diketahui apa yang bakal disebut nanti. Jadi cuba buat latihan dengan orang terdekat misalnya adik atau abang. Ulang berkali-kali sehingga anda fasih akan susunan ayatnya.
2) Buat Persedian Rapi
Sebelum bersalam dan goncang tangan untuk lafaz akad nikah, selalunya jurunikah akan meminta pengantin memberikan dokumen kebenaran nikah termasuklah kad pengenalan. Siap-siapkan segala dokumen yang diperlukan dengan rapi dan letak di tempat yang mudah untuk anda ambil. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menambah kegugupan anda. Kalau takde penyakit cepat gugup tak apa juga.
3) Anggap Hal Ringkas Sahaja
Apabila rasa gugup datang, memang boleh berpeluh dibuatnya. Sediakan tuala kecil untuk mengelap peluh. Positifkan pemikiran dan diri anda. Anggap ini hanya satu hal yang simple sahaja. Bukannya susah. Kalau anda fikir ianya mudah, maka mudahlah jadinya.
4) Tenang
Jangan kelam-kabut. Sila tenangkan diri anda. Jika perlu, sediakan sebotol air mineral untuk anda teguk sesekali sementara menunggu jurunikah dan memulakan proses akad nikah.
5) Jaga Pernafasan
Perasaan gemuruh sangat berkait rapat dengan cara anda bernafas. Darah gemuruh menyebabkan nafas menjadi pendek-pendek dan laju. Rileks bro. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Ini membantu melegakan perasaan.
6) Pakai singlet atau kemeja-T nipis di dalam
Baju pengantin selalunya dibuat daripada fabrik yang tidak serap peluh. Justeru usah lupa menyarung singlet atau kemeja-T nipis di dalam baju pengantin untuk menyerap peluh. Pakaian selesa membantu anda lebih tenang.
7) Jangan Banyak Bergerak
Sebagai pengantin lelaki yang bakal diberi 100 peratus tumpuan ketika akad nikah nanti, memang gemuruh tak dapat dielakkan. Tolong jangan banyak bergerak. Anda ada ramai saudara mara yang boleh membantu melancarkan majlis. Tolong beri tumpuan pada proses akad nikah. Jangan bergerak ke sana sini. Duduk setempat dan fokus. Insya-Allah gemuruh hilang.
8) Semangat!
Walaupun gugup dan gemuruh, semangat perlu ada. Jangan sesekali menjadi begitu takut sehingga menjejaskan emosi. Hei, tak seronok ke nak jadi suami? Jadi, tolong semangat ya.
9) Minum air secukupnya
Air mineral perlu jadi teman baik anda ketika ini. Teguk sesekali jika terasa tekak kering kerana perasaan gugup itu datang.
10) Pastikan Cukup Tidur
Pastikan anda dapat rehat sepenuhnya pada hari sebelum majlis pernikahan. Tidur yang cukup membantu tubuh mendapat stamina dan emosi lebih stabil. Jadi, mudahlah untuk anda melawan rasa gugup pada majlis akad nikah nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan dalam hubungan suami isteri itu pasti ada pasang surutnya. Kata orang perselisihan faham atau ‘gaduh-gaduh manja’ itu sebagai asam garam dalam kehidupan rumah tangga.
Namun begitu sebagai pasangan, jangan biarkan terlalu lama jika isteri merajuk. Pastikan ada inisiatif memujuk isteri kerana dialah teman kita di malam hari.
Jika rajuk berpanjangan pasti akan membuatkan perhubungan suami isteri jadi dingin dan hambar.
Tidak salah rendahkan ego memujuk isteri kerana hati wanita ini sangat halus. Mereka terlalu ‘malu’ minta diupujuk dan pastinya hati berbunga-bunga jika dapat dipujuk dengan kata-kata manis.
Tidak perlu beli hadiah mahal, cukuplah sekadar pelukan sayang tanda kita mahu berdamai.
Ayuh, ikuti perkongsian Imam Muda Hassan berkenaan hal ini.
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri.
Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.
Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah