Hati Tidak Terkesan Dengan Ayat Al-Quran, Puncanya Kerana Dosa!

Kitab suci Al Quran diturunkan untuk melenturkan hati, menenangkan jiwa dan membimbing manusia kepada kebenaran.

Namun, tidak semua hati mampu terkesan dengannya. Ada yang luluh dan lembut bila mendengar ayat Allah, ada pula yang tetap membatu kerana dosa dan keegoan.

Melalui perkongsian Dr Ahmad Sanusi Azmi, menurut al-Imam al-Khattabi, salah satu daripada mukjizat yang dimiliki oleh al-Quran adalah kekuatannya dalam menyentuh jiwa pembaca.

Dengan membaca al-Quran sahaja, ia berupaya meluluhkan hati orang yang beriman. Kata al-Khattabi:

في إعجاز القرآن وجه آخر ذهب عنه الناس فلا يكاد يعرفه ، وذلك صنيعه بالقلوب وتأثيره في النفوس

“Mengenai mukjizat al-Quran, terdapat satu perkara yang tidak ramai manusia mengetahui tentangnya, iaitu keupayaannya yang membentuk jiwa dan memberikan kesan terhadap hati.”

Ini selaras dengan firman Allah sendiri yang menyatakan bahawa Allah telah menurunkan sebaik-baik perbicaraan yang berupaya menggetarkan jiwa manusia.

Ads

Firman Allah:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَٰبًا مُّتَشَٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.” (Surah al-Zumar: 23)

Hati yang tidak terkesan dengan al Quran

Namun, Allah ingatkan juga di dalam al-Quran bahawa terdapat jiwa-jiwa yang keras yang enggan dan sukar untuk mengingati Allah disebabkan kerana dosa dan keegoan mereka terhadap kebenaran.

Golongan ini ditegur oleh Allah secara keras di dalam firman-Nya:

Ads

فَوَيْلٌ لِّلْقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ ٱللَّهِ

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.”

Apa yang menjadikan hati mereka tidak terkesan dengan al-Quran? Salah satunya adalah mereka tidak bersungguh mencermati ayat-ayat Allah, mereka tidak serius, bahkan mereka bermain-main saat ayat-ayat Allah dibacakan kepada mereka.

Firman Allah SWT:

Ads

مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍۢ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا ٱسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya.” (Surah al-Anbiya: 2)

Semoga Allah jadikan kita dalam kalangan mereka yang bersungguh dan bertafakkur apabila dibacakan kepada kita ayat-ayat al-Quran.

 

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads