Tidak dinafikan wabak Covid-19 yang melanda dunia hari ini ada hikmah yang tersembunyi. Melihat kepada kes kematian yang tinggi, adakalanya mencecah lebih 300 orang dalam sehari meletakkan nyawa manusia itu sangat “rapuh”. Bila-bila saja boleh dicabut.
Syukur alhamdulillah bagi mereka yang menerima hidayah dari Allah, memilih jalan ke arah kebaikan selain menyebarkan dakwah dalam kalangan rakan-rakan. Dalam industri hiburan tanahair juga, Nabil antara personaliti yang memilih untuk menukar corak kehidupannya dan seluruh ahli keluarganya selepas mengikuti jemaah tabligh. Begitu juga pelakon Amar Asyraf Zailuddin,Datuk Nash, Aliff Aziz, penyanyi rap Mk K Clique, Shahrul Ridzwan dan ramai lagi.
Malah tidak terkeculi penyanyi diminati ramai terutama di kalangan para wanita iaitu Anuar Zain yang turut menyertai jemaah tabligh dan dilihat sedang menuang air teh tarik kepada para jemaah di sebuah masjid di Selangor. Bahkan dalam video yang tular itu, kelihatan Nabil Ahmad yang meminta penyanyi itu menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini.
Bukan setakat menyertai jemaah tabligh, dilihat ramai lagi barisan pelakon dan penyanyi popular tanahair yang bersama-sama dengan Ustaz Ebit Lew dalam memberikan sumbangan makanan kepada penduduk gelandangan tanpa mengira latar belakang. Mungkin sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini ketika dalam industri.
Di perkongsian Ustaz Ebit Lew, dapat dilihat ramai artis popular seperti pelakon Zul Ariffin yang bersama-samanya memberi gelandangan makan baru-baru ini. Begitu juga barisan selebriti lain seperti Suffian Suhaimi, Zahiril Adam, Harris Anuar, Khai Bahar, Syafik Farhain, gaming idola anak muda iaitu Soloz dan Daddy Hood, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Zul Ariffin turut memberi makanan kepada gelandangan di KL baru-baru ini.Harris Alif dan Harris Anuar bersama Ustaz Ebit Lew.Harris Anuar, pelakon muda banyak bawa kawan bersama dalam misi membantu ummah. Suffian Suhaimi penyanyi terkenal pun sama-sama dalam usaha ini. Zahiril Adzim pelakon cerita juvana. Syukur idola anak muda kini bersama dalam kerja khidmat masyarakat dan kerja umat.
Ads
Terharu berjumpa 2 anak muda yang baik dan jutawan masa muda. Masa depan negara. Anak muda semua kenal mereka dalam dunia gaming. Idola anak-anak kita dan negara. Soloz dan Daddy Hood.Terharu rasa dapat berkongsi dalam fikir iman dan akhirat. Niat nak hidupkan kebaikan dan kasih sayang dalam umat serta misi kemanusiaan. Baik sangat dan lemah lembut dalam pertuturan. 3 penyanyi terkenal dan baik. Sufian Suhaimi, Khai Bahar dan Syafiq Farhain.Baik jer Syafiq Kyle..katanya dah lama nak jumpa ustaz. Nak belajar dan sama-sama buat kerja kebaikan ini. Syukur Allah temukan.Alhamdulillah bersama Atu Zero 3beradik bersama misi kasih sayang kerana Allah. Ramai pakcik makcik semua kenal. Happy diaorang. Mesra dan sangat rendah diri. Siap berkongsi nasihat dengan anak muda. Terharu melihat usaha anak muda semua.
Kesemuanya sedang berubah ke arah kebaikan dan membantu umat Islam lain dan ternyata di sebalik wabak Covid-19 ini, ada hikmah yang tersembunyi. Berdoalah agar kita juga menerima hidayah sebegini dan andai sebelum ini sudah istiqomah teruskan perjalanan yang baik ini. Di akhirat Allah tidak kenal kita sebagai orang popular di dunia tapi kita dinilai berdasarkan rahmat Allah dan amalan kebaikan kita lakukan semasa hidup.
Bacalah doa ini agar diri kita diberikan hidayah sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 213 yang bermaksud “Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki-Nya kepada jalan yang lurus”.
Ini doa memohon hidayah Allah
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
“Berilah kami petunjuk kepada jalan yang lurus.” (al-Fatihah: 6)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Ads
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon selalu dari-Mu hidayah, takwa, sikap ‘iffah, dan kekayaan.” (HR. Muslim no. 4898)
Di sebalik hidayah, kita juga harus terus beristiqomah dengan jalan pilihan itu. Bacalah doa memohon istiqomah Allah.
“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (Ali Imran: 8)
Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam. Ia diturunkan secara berperingkat melalui Nabi Muhammad SAW. Turunnya kitab suci ini merupakan satu rahmat yang paling besar bagi manusia kerana al-Quran adalah panduan hidup mereka.
Ia mengandungi pelbagai pedoman untuk kehidupan seharian. Kita dituntut untuk membaca, mengkaji dan memahami isi kandungannya supaya boleh menjadikannya sebagai rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian baik dalam bidang politik, sosial mahu pun ekonomi.
Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 16:69 bermaksud “Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam.
Di media sosial, tular satu perkongsian bagaimana hendak memagar kebun dari dimasuki binatang seperti tupai, monyet dan sebagainya dengan membaca surah Al Khafi ayat 18.
Jelas individu berkenaan, dirinya mempunyai kebun durian dan menanam dua jenis pokok iaitu D24 dan D2. Tetapi dalam tempoh dua tahun ini tak merasa buah kerana dicuri monyet dan tupai yang jumlahnya agak banyak.
Namun katanya satu ketika ada mendengar satu temuramah melibatkan Ustazah Asma’ Harun dengan seorang tua, Wan Umi Kalthum berusia dalam lingkungan 81 tahun bagaimana menjaga kebunnya.
Ayat yang diajar ialah bacakan surah al Khafi ayat 18
Arab Latin :- Wa taḥsabuhum aiqāẓaw wa hum ruqụduw wa nuqallibuhum żātal-yamīni wa żātasy-syimāli wa kalbuhum bāsiṭun żirā’aihi bil-waṣīd, lawiṭṭala’ta ‘alaihim lawallaita min-hum firāraw wa lamuli`ta min-hum ru’bā
Bermaksud : Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
“Alhamdulillah, selepas diamalkan surah Al Khafi ini dan dibaca di kebun sendiri, dah seminggu tupai dan monyet tak datang. Jadi dapatlah merasa buah durian nanti,” katanya berkongsi kelebihan surah ini yang bertindak “memagar” kebun dari dimasuki binatang.
Dalam pada itu carian di YouTube mendapati Ustazah Asma Harun ada menemuramah nenek ini yang memberi petua ini.
Saksikan video perkongsiannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa tidak mengenali mualaf dari Korea Selatan yang sangat popular, Ayana Moon. Sudah lama dia memilih Islam sebagai agama barunya dan hingga kini masih lagi kekal istiqamah.
Tahun ini lebih istimewa kerana gadis berusia 25 tahun ini menjalani ibadah puasa bersama adik lelakinya, Aydin Moon yang mengikut jejak langkahnya masuk Islam sekitar Mei 2019 lalu.
Tahun ini merupakan kali pertama adiknya berpuasa dan bagi Ayana kegembiraan menyambut Ramadan kali ini kerana pertama kali mereka berpuasa bersama dan dia mempunyai teman untuk berbuka.
Malah adiknya juga turut belajar mengaji sepanjang di bulan puasa ini melalui jadual yang disusun olehnya. Seperti dia, adiknya juga turt bersemangat menjalani ibadah puasa buat kali pertama.
Dalam posting di laman Instaramnya, Ayana yang kini berhijrah ke Indonesia turut mengucapkan Ramadan al-Mubarak kepada followernya yang kini berjumlah 2.6 juta dengan muat naik foto dia dan adiknya menunggu waktu berbuka di Seoul, Korea Selatan.
Posting di muat naik turut mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing turut mengucapkan salam ramadan kepada Ayana dan adiknya yang baru bergelar mualaf.
Melihat sesuatu yang luar biasa, ramai antara kita suka berkongsinya di media sosial. Adakalanya kita mahu lebih ramai tahu akan kejadian yang berlaku tanpa menyedari kejadian itu tidak tepat dan boleh mengundang kegusaran kepada ramai orang.
Begitu halnya dengan sebuah video yang tular di media sosial apabila diperlihatkan salji turun di bumi Makkah sekaligus dikaitkan dunia sudah semakin ke penghujungnya. Isu ini sama seperti di Tabuk, Arab Saudi yang turun salji dan ia fenomena biasa namun dikaitkan dengan dunia sudah akhir zaman.
Bahkan antara tanda-tanda kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai"..
Namun kadang kala tidak semua berita boleh dikongsi sehingga kini mendapat kesahihannya. Kerana kadang-kala kejadian itu bukan berlaku di lokasi dinyatakan sebaliknya tempat lain.
Hal inilah yang berlaku di media sosial di mana individu ini memperlihatkan salji turun di Makkah dan memaklumkan ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat besar, semoga kita termasuk ke dalam golongan orang beriman yang selamat di jalan Allah SWT. Aamiin, kongsinya.
Di sebalik isu ini, yang dengan jelas memperlihatkan kawasan masjid diliputi salji hingga ada mulai mempercayainya, ada individu yang berada di bumi Makkah memaklumkan, tiada sebarang salji turun di bumi baroqah ini.
“Tak pasti jangan kongsi,” tulisnya.
Dan lebih tepat kejadian salji turun ini memang benar berlaku tapi bukan di Mekah sebaliknya di Masjid Arridho, Iran dan hal ini maklumkan oleh satu perkongsian kerana kawannya berbangsa Iran.
Bahkan ada invidu berkongsi berkongsi “janganlah buat video berunsurkan fitnah. Sempat lagi nak delete. Ini bukan di Mekah atau Madinah. Aku hari-hari tengok live Mekah di Youtube. Tak ada salji pun..
“Allahuakbar, baru tadi mak hantar gambar di Mekah masa umrah tak ada pula salji. Kat mana sebenarnya ni, tanyanya.
Apa yang pasti, dunia sudah tua dan ada banyak tanda-tanda kiamat kecil sudah muncul. Namun bila terjadinya kiamat itu terjadi semuanya atas kekuasaan Allah. Walallahualam..
Duit raya sudah jadi sebahagian tradisi raya kita, malah kebanyakan kita akan awal-awal lagi membuat persiapan kewangan untuknya.Amalan ini juga sebenarnya selari dengan ajaran...