Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.
Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan korban uat ibu baa tau ahli keluarga tercinta yang sudah meninggal dunia.
Namun begitu apa hukum melakukan ibadah korban bagi mereka yang telah meninggal dunia? Sah atau tidak?
Menurut penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, adalah tidak sah korban yang dibuat orang yang sudah meninggal dunia kecuali jika orang tersebut sudah berwasiat.
Tidak sah buat korban untuk orang sudah meninggal dunia
“Tidak sah korban untuk orang yang sudah meninggal unia kecuali orang tersebut ada membuat wasiat melakukan korban.
“Contoh kalau arwah ayah ada berkata, kalau ayah mati dulu sebelum musim korban, buatkan lah korban satu bahagian untuk dirinya.
“Kalau dia ada kata begitu maka sah korban. Kalau tidak ada wasiat dari si mati maka tak sah korban.
Namun begitu ujarnya jika tetap juga mahu melakukan korban untuk insan yang telah meninggal dunia ada caranya.
“Caranya begini, kita buat korban untuk bahagian kita yang masih hidup. Selepas sembelih, maka kita katakan bahawa ‘jadikanlah pahala korban ini untuk bapa yang telah mati’.
“Kalau begitu hukumnya harus dan ini adalah hukum mengikut mazhab Syafie. Bagaimanapun dalam mazhab lain dibolehkan untuk korban untuk yang sudah mati,”jelasnya lagi.
INFO: Berapa bahagian dalam korban?
Dalam ibadah korban, jumlah bahagian bergantung kepada jenis haiwan yang disembelih:
-Kambing atau biri-biri – hanya satu bahagian, dan hanya untuk seorang sahaja.
-Lembu atau kerbau – boleh dikongsi sehingga tujuh bahagian (7 orang).
-Unta – juga boleh dikongsi sehingga tujuh bahagian.
Setiap satu bahagian mewakili satu individu yang ingin melakukan ibadah korban.
Sebelum kita mendirikan solat, sudah tentu kita akan menjaga sebaik mungkin air wuduk yang diambil sebelumnya. Ada beberapa hal yang akan menyebabkan wuduk terbatal.
Namun adakah jika kita muntah ia turut menyebabkan terbatalnya wuduk?
Kita baca penjelasan ustaz Azhar Idrus tentang hal ini.
Seorang kawan saya ada memberitahu yang muntah menyebabkan wuduk kita terbatal. Katanya dia mengetahui perkara itu setelah membaca sebuah buku tentang solat. Mohon penjelasan ustaz sebab setahu saya muntah tidak menyebabkan wuduk kita batal.
Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang.
Oleh itu jika keluar sesuatu dari selain kemaluan seperti keluar muntah melalui mulut atau keluar air melalui hidung atau keluar darah melalui telinga adalah ia tidak membatalkan wuduk.
Ertinya : “Bermula pendapat mazhab kami , sesungguhnya tidak membatalkan wuduk dengan keluar suatu dari selain kemaluan hadapan dan belakang seperti darah orang berbekam dan muntah dan berdarah hidung samada sedikit yang demikian itu atau banyak.
Dengan inilah berkata Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dan Ibnu Abi ‘Aufa dan Jabir dan Abu Hurairah dan Aisyah r.a. dan Ibnu Musayyab dan Salim bin Abdullah bin Umar dan Al-Qasim bin Muhammad dan Thawus dan Atha’ dan Makhul dan Rabi’ah dan Malik dan Abu Tsur dan Daud.
Dan telah berkata Al-Baghawi ialah pendapat kebanyakkan para sahabat dan tabi’in. Dan berkata satu kumpulan wajib berwuduk dengan sekelian yang tersebut itu dan ialah mazhab Abu Hanifah dan As-Tsauri dan Al-Auza’I dan Ahmad dan Ishaq.” (Kitab Al-Majmu’ Sharah Al-Muhazzab)
KESIMPULAN Muntah tidak membatalkan wuduk samada banyak atau sedikit dan samada sengaja atau tidak.
Salah satu dosa yang amat ditakuti dan perlu dijauhi ialah riak. Riak adalah salah satu daripada sifat syaitan. Mahukah kita mewarisi sifat itu. Nauzubillah. Sesungguhnya kita mudah terdedah kepada fitnah dunia.
Tanpa kita sedar malah menjadi trend dan kebanggaan pula apabila merakam segala amalan baik atau apa yang kita miliki, lalu dipertontonkan kepada umum menerusi akaun sosial media dengan alasan sebagai satu perkongsian positif. Kita ikuti penjelasan ringkas sejauh mana perbuatan ini boleh jatuh riak oleh ustaz Azhar Idrus.
Selalu kita lihat dalam sosial media seperti facebook atau instagram ada setengah orang yang mengambil gambar mereka sedang beribadah untuk dikongsikan adakah boleh berbuat demikian?
Perbuatan merakam gambar sedang melakukan ibadah atau lain-lain amal soleh jika bertujuan menunjuk-nunjuk ibadahnya kepada manusia supaya dipuji akan dia maka itulah riak namanya.
Di akhirat nanti siapa yang riak dengan ibadahnya ketika di dunia tidak mendapat balasan amalan mereka itu di sisi Allah bahkan mereka akan mencari orang yang mereka tunjukkan ibadah mereka dulu dan pada hal tiada mendapati di sisi mereka sebarang pahala.
Telah diriwayatkan daripada Mahmud bin Labid Al-Ansari r.a. Rasulullah SAW bersabda :
“Sungguh yang lebih aku takut atas kamu ialah syirik kecil. Berkata sahabat : Apakah dia syirik kecil wahai Rasulullah? Sabdanya : iaitu riak. Allah akan berfirman kepada mereka pada hari kiamat nanti ketika manusia dibalas akan amalan mereka : Pergilah kamu sekalian kepada orang-orang yang kamu tunjukkan amalan kamu di dunia maka lihatlah adakah kamu dapati sebarang ganjaran di sisi mereka?” (Hadis Imam Ahmad)
Oleh kerana itu hendaklah berhati-hati jangan sampai terikut-ikut perbuatan setengah orang pada zaman ini yang suka berkongsikan gambar dengan tujuan menunjuk-nunjuk amal soleh dan ibadah mereka di sosial media.
Perbuatan ini supaya dipuji atau disukai manusia seperti gambar sedang solat atau berada di masjid atau sedang tawaf atau sedang bersedekah atau sedang menolong orang susah atau menulis kitab atau membaca Quran atau berzikir atau seumpamanya yang mana semua perbuatan riak ini akan menyebabkan kemurkaan Allah dan pelakunya berhak mendapat siksa azab pada hari akhirat.
Berkata Imam Ibnu Rajab :
وهذا العمللايشكمسلمأنهحابط،وأنصاحبهيستحقالمقتمناللهوالعقوبة .اهـ.
“Dan amalan ini (yaitu riak) tidak syak lagi oleh seorang sesungguhnya ia adalah sia-sia dan sungguhnya pelakunya nanti berhak mendapat murka Allah dan azab siksanya.” (Kitab Jami’ul ‘Ulum Wal Hikam)
Kesimpulannya jika yang mengambil gambar beribadah kemudian ditunjukkan di media sosial itu bertujuan mendapat pujian dan menunjuk-nunjuk maka perbuatannya itu adalah haram dan amalanya itu sia-sia tidak mendapat pahala kerana telah melakukan riak.
Ada pun jika bertujuan supaya orang lain akan mengikut untuk turut melakukan amal soleh dan ibadah dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk dan tiada di dalam hatinya keinginan mendapat pujian dan disukai manusia maka tidak termasuk riak dan hukumnya tidak mengapa tetapi hendaklah tidak dengan berlebih-lebihan.
Wallahua’lam
Kashoorga: Pucuk pangkalnya adalah niat. Jika memang tiada sekelumit pun untuk menunjuk dan memang atas niat untuk usaha dakwah dan kebajikan, maka ia bukanlah satu masalah. Namun jika ia hanya untuk suka-suka, elok simpan sahaja untuk tatapan sendiri.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Dahi adalah 7 anggota sujud.’ Boleh terbatal solat bila dahi terlapik kain telekung sendiri. Wanita terutamanya ambil berat bab ini kerana disebabkan dahi terlapik telekung, solat kita terbatal.
Bayangkan jika perkara ini telah kita lalui bertahun-tahun lamanya dan disebabkan kita kurang pengetahuan agama, rupa-rupanya solat kita tak sah.
Ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini dan hadam baik-baik perkongsiannya.
Boleh terbatal solat jika dahi terlapik dengan kain telekung sendiri saat bersujud. Sebab dahi ni adalah 7 anggota sujud yang wajib diletak pada lantai bagi menyempurnakan solat kita. Hati-hati ya.
Tujuh anggota sujud ini adalah dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki.
Di ruangan komen, terdapat beberapa kemusykilan lain yang kita dapat kongsikan bersama berkaitan isu ini.
Adakah terbatal solat seseorang jika tapak tangan terlapik dengan telekung?
Jelas Ustaz Farid Rashidi, anggota sujud yang tak boleh berlapik adalah dahi. Yang lain tak ada masalah. Kaki perempuan memang wajib tutup aurat.
Manakala pertanyaan seterusnya, Adakah sebaiknya seseorang itu kena solat atas tanah atau lantai yang bersih oleh kerana sejadah juga sejenis kain yang melapik 7 anggota sujud.
Jawapannya, sejadah bukan pakaian yang dipakai. Jadi tak ada masalah sujud atas sejadah. Dari 7 anggota itu dahi yang wajib sujud tanpa berlapik dengan pakaian yang bersambung dengan badan sebagaimana telekung.
Manakala bagi lelaki yang bentang ridak atau sejadah kecil di tempat sujud itu tidak mendatangkan sebarang masalah. Ini kerana serban atau kain rida’ yang dipakai berpisah daripada badan seseorang boleh untuk sujud di atasnya dan tak batalkan solat.
Namun begitu, jika tali serban atau kain rida’ itu bersambung dengan badan dan bergerak dengan pergerakan orang yang solat. Maka tidak boleh untuk sujud di atasnya dan solatnya adalah terbatal.
Bagaimana pula dengan pemakaian mask ketika solat, sebenarnya memakai pelitup muka dibenarkan kerana tak menghalang dahi ketika bersujud.
Kashoorga: Bba solat ini adalah perkara utama yang perlu kita ambil berat kerana dia adalah tiang agama.
Dalam keheningan Ramadan yang sarat dengan rahmat dan keberkatan, inisiatif “Pot of Hope” oleh Nu Ideaktiv bersama Rasa tampil sebagai satu gerakan yang bukan...