Hukum dengar lagu berunsur lucah…Dalam dunia hiburan hari ini, kita sering terdedah kepada pelbagai jenis muzik yang mana ada yang baik, ada juga yang membawa mudarat.
Lebih membimbangkan, ada lagu-lagu dengan lirik berunsur lucah dan porno yang diperdengarkan kepada semua lapisan masyarakat malah dihafal dan jadi ikutan anak anak yang masih kecil.
Persoalannya, apakah hukum mendengar lagu sebegini dalam Islam? Adakah sekadar hiburan atau sebenarnya membawa kesan besar pada hati dan iman kita?
Menjelaskan akan perkara ini menurut Mufti Wilayah Persekutuan Allah SWT telah mengingatkan dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah tanpa pengetahuan…” (Surah Luqman: 6)
Ayat ini jelas memberi amaran tentang hiburan yang boleh menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan jauh daripada jalan Allah SWT.
Nyanyian Yang Dilarang Syariat
Imam al-Ghazali rahimahullah menjelaskan, nyanyian dan lirik yang diharamkan adalah yang merangsang syahwat, mendorong kepada maksiat seperti zina dan arak, atau mengandungi kata-kata lucah, keji dan menghina. Orang yang mendengar dianggap turut bersubahat dalam dosa sebagaimana orang yang menyanyikannya.
Ads
Muzakarah Fatwa Kebangsaan juga telah menetapkan:
Jika lirik lagu baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, hukumnya harus.
Jika liriknya lucah, biadap, mendorong kepada maksiat dan bercampur gaul lelaki-perempuan hingga timbul fitnah, maka hukumnya haram.
Nasihat Kepada Stesen Radio & Anak Muda
Mufti menegaskan, penyiaran lagu berunsur lucah di radio adalah tidak wajar. Generasi muda mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme yang melalaikan. Oleh itu, stesen radio dan DJ perlu lebih bertanggungjawab menapis lagu, bukan hanya mengejar rating dan populariti.
Ads
Bagi umat Islam, kita juga bertanggungjawab menapis hiburan yang kita dengar. Pilihlah lagu yang baik, yang menenangkan jiwa dan mendekatkan hati kepada Allah SWT. Ingatlah, semakin banyak kita mendengar lagu melalaikan, semakin jauh kita daripada al-Quran dan zikrullah.
Seperti kata ulama, hiburan itu tidak salah selagi ia dalam batas syariat. Tetapi jika ia melalaikan dan merosakkan hati, maka di situlah bahaya sebenar.
Sama ada solat fardhu atau sunat, selepas membaca ummul kitab al-Fatihah kita akan susuli dengan bacaan surah pendek. Namun adakala juga kita ulang baca surah yang sama berturut dalam rakaat berikutnya.
Ada juga imam yang membaca surah yang sama pada rakaat pertama dan kedua berturut. Adakah batal solat? Kita ikuti penjelasan Mufti dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa hukum membaca surah yang sama selepas al-Fatihah di kedua-dua rakaat yang awal dalam solat?
Jawapan
Pada asasnya, membaca surah selepas bacaan al-Fatihah adalah sunat walaupun pendek. Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang awal. Sama ada solat secara jahriyyah atau sirriyah.
Adapun makmum tidak disunatkan membaca surah bahkan digalakkan untuk mendengar bacaan surah yang dibaca oleh imam.
Menjawab persoalan di atas, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Abdillah al-Juhaniy, bahawa seorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan kepadanya:
Maksudnya:Bahawa dia mendengar Nabi SAW membaca di dalam solat Subuh ‘Iza Zulzilat Ardh’ pada kedua-dua rakaat. Aku tidak tahu sama ada Nabi terlupa ataupun sengaja membacanya di dalam kedua-dua rakaat. Riwayat Abu Daud (816)
Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim al-Abadi menjelaskan: “Sahabat ragu berkenaan pengulangan Nabi SAW terhadap surah, adakah kerana lupa kerana kebiasaan dari bacaan Baginda SAW adalah membaca (surah) pada rakaat kedua dengan bacaan (surah) yang selain pada rakaat pertama.
(Jika demikian), maka tidak disyariatkan kepada umatnya. Atau perbuatan Baginda sengaja untuk menjelaskan akan dibolehkan (hal itu)? Maka, kejadian pengulangan tersebut menimbulkan keraguan, sama ada perkara itu disyariatkan ataupun tidak.
Apabila sesuatu perkara berkisar antara disyariatkan atau tidak disyariatkan, maka perbuatan Baginda SAW lebih utama difahami sebagai sesuatu yang disyariatkan.
Kerana asal dari perbuatan Baginda SAW adalah untuk pensyariatan, manakala lupa adalah keluar dari perkara asal.
Ibn Qudamah menyatakan: Sekiranya seseorang membaca pada rakaat (pertama) sesuatu surah, kemudian mengulanginya pada rakaat kedua, maka tidak mengapa.
Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya daripada lelaki dari Juhainah, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW membaca dalam Solat Subuh dengan surah “إذازلزلت” (Surah al-Zalzalah) pada kedua-dua rakaat.
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ “Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW.
Lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” Mereka pun bertanya kepada sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.” Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.” Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)
Ibn al-‘Arabi berkata: “Hal ini menjadi dalil bahawa dibolehkan mengulangi surah pada setiap rakaat.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan: Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang solat untuk mengulangi surah daripada surah-surah dalam al-Quran yang dibacanya pada rakaat yang pertama.
Harus bagi seseorang untuk membaca surah tertentu selepas al-Fatihah pada rakaat yang pertama, kemudian dia membaca surah yang sama pada rakaat yang kedua.
Walaupun begitu, kami berpendapat adalah afdhal membaca surah yang berlainan atau ayat yang berlainan berdasarkan kebanyakan amalan Nabi SAW ketika membaca selepas Fatihah dalam solat.
Justeru, keharusan bukan bermakna menjadi adat yang diulang pada setiap kali solat, tetapi perbuatan yang ghalib hendaklah dilakukan oleh para imam ketika solat.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Saya ada mendengar seorang sahabat bagi tahu jika berlaku perceraian sebelum lagi suami isteri duduk bersama maka suami akan mendapat semula mas kahwin yang telah diberikan kepada isteri. Betul atau tidak?
JAWAPAN :
Jika pasangan suami isteri bercerai sebelum berlaku persetubuhan dalam pernikahan tersebut dan telah ditetapkan jumlah mas kahwinnya maka suami mendapat kembali separuh dari maskawin yang telah diberikan dan separuh lagi milik isterinya.
Ertinya : “Dan jika kamu sekelian menceraikan isteri-isteri sebelum dari bahawa kamu menyentuh akan mereka dan kamu sekelian telah menetapkan maskawin bagi mereka maka hendaklah kamu bayar separuh dari maskawin yang telah kamu tetapkan itu.” (Al-Baqarah : 237)
Berkata Imam Ibnu Kathir :
عن ابن عباس أنه قال في الرجل يتزوج المرأة، فيخلو بها، ولا يمسها، ثم يطلقها ليس لها إلا نصف الصداق لأن الله يقول { وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ } قال الشافعي بهذا أقول، وهو ظاهر الكتاب.
Ertinya : “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. sungguhnya beliau telah berkata pada masalah seorang lelaki yang menikahi seorang wanita dan tidak duduk bersamanya dan tidak menyentuhnya kemudian dia menceraikannya maka tiada bagi wanita itu melainkan separuh dari maskawinnya dari kerana sungguhnya Allah telah berfirman : Dan jika kamu sekelian menceraikan isteri-isteri sebelum dari bahawa kamu menyentuh akan mereka dan kamu sekelian telah menetapkan maskawin bagi mereka maka hendaklah kamu bayar separuh dari maskawin yang telah kamu tetapkan itu.”
Berkata Imam Syafie : Dengan inilah aku berkata dan ialah yang zahir dari Al-Quran.” (Tafsir Ibnu Kathir)
والمراد بالمس المذكور في الآية : الجماع واختلف أهل العلم فيما لو خلا الرجل بامرأته ثم طلقها قبل أن يدخل بها فذهب قوم إلى أنه لا يجب لها إلا نصف الصداق ولا عدة عليها لأن الله تعالى أوجب بالطلاق قبل المسيس نصف المهر ولم يوجب العدة وهو قول ابن عباس رضي الله عنه وابن مسعود وبه قال الشافعي رحمه الله
Ertinya : “Dan yang dikehendaki dengan menyentuh pada ayat ini ialah bersetubuh. Dan bersalahan ulamak pada masalah jikalau suami tidak bersama dengan isterinya kemudian diceraikannya sebelum dari bersetubuh dengannya maka telah berjalan oleh satu golongan kepada bahawa tidak wajib bagi perempuan tersebut melainkan separuh sahaja dari maskawinnya dan tidak ada bagi perempuan itu eddah kerana sungguhnya Allah telah mewajibkan dengan talak sebelum bersetubuh itu separuh maskawin dan tidak mewajibkan eddah. Dan ialah pendapat Ibnu Abbas r.a. dan Ibnu Mas’ud r.a. dan dengannyalah berpendapat oleh Imam Syafie r.a.’ (Kitab Ma’alim At-Tanzil)
Kesimpulannya suami yang belum bersetubuh sekurangnya sekali dengan isteri yang dinikahinya apabila berlaku perceraiannya hanya wajib membayar separuh dari nilai mas kahwin yang telah ditetapkan.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.